MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Koboi Brengsek.....

♠ Posted by kayrozz at 10:05 PM

Salam Muhibbah...

Aku sekali lagi terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di laman sepi blog ku ini. Bukannya apa, sebagai seorang rakyat Malaysia yang bermaruah, terkadang berasa tercabar kerana kebiadapan bangsa2 luar yang cuba memperkotak-katikkan negara tercinta, NegaraKu, Malaysia.

Bukankan kehidupan bangsa aku selama ini dihidupkan dan disatukan dengan linangan air mata dan lelehan darah yang tumpah di atas tanah pusakaku ini. Demi memperjuangkan dan mempertahankan tanah pusaka ini, terlalu banyak pengorbanan yang telah dipertaruhkan. Pelbagai bangsa dan masyarakat bersatu padu menyokong perjuangan untuk menyatukan seluruh rakyat agar mereka akan terus dapat hidup dan bersatu-padu seterusnya mempertahankan negara sehingga ke titisan darah yang seterusnya. Sesungguhnya darah yang mengalir di dalam tubuh ini akan sentiasa memberikan kehangatan dan kekuatan untuk terus memastikan bahawa segala halangan dan rintangan akan dapat diatasi bersama.

Koboi2 brengsek ini sememangnya tidak akan faham dan jelas dengan perjuangan serta pahit getir yang telah kita lalui. Usah dibilang perwira negara, pahlawan terhebat, serikandi tangkas, pemikir terulung dan ramai lagi kesatria dan negarawan yang bertungkus lumus untuk memastikan negara ini terus bertapak dan mencipta kemajuan demi kemajuan, kerana jumlahnya terlalu ramai dan kini akan terus dilahirkan sehinggalah kiamat menjelma. Kenapa mereka sanggup untuk memulakan api kemarahan sedangkan mereka tahu yang kelak akan membakar diri mereka sendiri. Jelik dan jijik dengan segala perbuatan dan peradaban mereka yang dilihat sebagai sudah keluar daripada norma2 manusia yang mahukan kehidupan.

Berapa ramai di antara mereka yang betul2 berani untuk menghadapi perjuangan sebenar? Jangan jadi jaguh kampung yang hanya kuat berkokok di halaman sendiri. Terpancar segala macam jerih dan payah mereka menggoyang sepanduk dan melaung serta melolong seperti anjing liar yang dahagakan air, menghina dan memaki seperti manusia bacul dan dayus. Aduhh...sedih dan rasa mual dengan segala perlakuan seperti sang arjuna nestapa yang gagah perkasa, tetapi realitinya hanyalah sebarisan askar kudung dan bermata buta. Hati mereka penuh dengan segala macam prasangka dan tertutup oleh momokan kuno lagi berbaur hasutan sehingga seperti dirasuk iblis dan syaitan. Memanglah di antara mereka tiada satu pun yang berhati waja, dulu kini dan selamanya hanya pasrah menjadi suatu bangsa yang mahu dijajah dari segi minda dan takhta. Pelik dan bosan dengan kerenah seumpama ini, ingin dikasihani tetapi sayang seribu kali sayang dengan segala sikap bodoh sombong lagi bongkak, mereka sanggup menjatuhkan bangsa dan saudara serumpun. Apakah tiada lagi penzalim dalam dunia ini yang ingin diperangi sehinggakan ingin menunjukkan kejantanan dengan saudara terdekat? Sesungguhnya, inilah petanda mereka menjadikan diri mereka sebagai bahan ludahan dan patung yang boleh dijadikan mainan bagi suatu agenda yang lebih besar lagi rumit untuk difahami. Inilah tandanya bila akal dan minda telah mati dan mudah untuk diperkotak-katikkan, maka ia akan terus dan kekal bebal dalam mengenali yang mana satu intan permata dan yang mana satu kaca. Kelak sudah terhantuk baru nak terngadah, pasti telah terlewat dan kalaupun ingin bertaubat mungkin sudah tidak bermakna.

Ketahanan kita adalah minda yang kukuh serta tahap kerohanian yang tebal. Kekebalan kita adalah perpaduan yang utuh serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Simbahlah dengan selautan ombak, kelak surut airnya semua pasir akan tetap bersatu...Rejamlah dengan panahan petir dan kilat berdentum, kelak berarak awan gelap mentari pasti terus menyinari. Kita mesti bersatu dengan akal yang paling sempurna, seterusnya berfikir dengan ketajaman minda akan memberikan kelebihan berbanding tenaga mereka dengan otak milik udang busuk dan hanyir.

Pergi Jahanam Wahai Koboi2 Brengsek......

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: