MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Transformasi UMNO - Kemungkinan Yang Sukar Terlerai

♠ Posted by kayrozz
Sidang perhimpunan agung UMNO pada kali ini menampakkan suatu percaturan baru dan penuh dengan rentak agresif oleh pucuk pimpinan tertingginya dengan diketuai oleh YAB PM sebagai Presiden UMNO. Rata-rata perwakilan cuba membahaskan ucapan dasar Presiden parti yang cuba mengetengahkan unsur transformasi di alaf baru dengan segala faktor diambil kira dan ini termasuklah aspek ekonomi, sosial/budaya, modal insan dan juga agama.

Meskipun bajet 2011 yang dibentangkan sememangnya relevan dengan ucapan dasar Presiden parti, namun perlu diingat bahawa cabaran yang mendatang pada kali ini sementelah lagi PRK DUN Galas di Kelantan tidak lama lagi akan menjadi kayu pengukur sama ada setiap janji dan pembentangan di persidangan UMNO ini mendapat kepercayaan rakyat dan seterusnya memberikan suatu cahaya dan sinar yang baru di Kelantan. Sayugia dimaklumkan bahawa rakyat Kelantan sememangnya sudah tepu dengan ajaran dan tarbiah daripada Tok Guru dan tidak keterlaluan jika DUN Galas kelak menjadi suatu misi mustahil untuk UMNO menerobos ke dalam jajahan takluk PAS dan Pakatan Rakyat.

Saya amat tertarik dengan hujahan yang diketengahkan oleh seorang Profesor bukan melayu sewaktu sesi soal jawab bersama Datuk Shahrizat di segmen rancangan TV popular tanah air. Hujahan beliau yang mengatakan BN telah hilang kerusi di kawasan segitiga emas pada PRU yang lalu adalah disebabkan oleh kepincangan minda masyarakat Melayu dalam menghasilkan kekayaan akibat tekanan ekonomi yang melampau.

Ketika rakyat mendatang dari luar bandar yang mahukan perubahan ingin berhijrah ke kota atau bandaraya, namun tidak mampu untuk mengejar momentum atau rentak tekanan ekonomi sekeliling lalu mencari arah untuk tidak menyokong pimpinan BN akibat perasaan amarah. Masakan hidup di bandar dengan memandu Perodua kancil, tetapi masih tidak mampu untuk menyara keluarga hasil daripada kenaikan harga petrol dan barangan lain. Namun, inilah hakikat yang harus ditelan oleh rakyat meskipun ia terlalu pahit. Saya percaya setiap rakyat ingin mencari suatu pembaharuan dan pembangunan kendiri ke arah yang lebih baik dan maju setapak. Pucuk pimpinan BN dan UMNO khususnya perlu mencari suatu formula yang paling pantas bagi mengelakkan ketegangan dari segi minda di kalangan rakyat yang berfikiran singkat, namun mereka inilah yang akan menjadi kuasa penentu kelak di musim PRU. Jangan faktor ini diambil mudah dan enteng oleh sesetengah pihak kerana ia bakal memberikan suatu lagi mimpi buruk seandainya ia tidak diteliti dengan penuh rapi dan telus.

Suatu lagi kuasa kemusnahan yang bakal menjadi faktor utama adalah faktor Pemuda UMNO yang tidak menampakkan barisan ampuh dan bersifat "pembunuh" kerana apa yang dilihat sehingga kini Pemuda UMNO masih lagi cuba bertatih dan asyik dengan status "elitis". Saya masih lagi teringat akan perpecahan sewaktu pemilihan di perhimpunan agung yang lalu di mana Saudara KJ mendapat tentangan hebat dan kritikan di kalangan ahli Pemuda UMNO. Meskipun sudah setahun berlalu, ia masih lagi menjadi perdebatan kedai kopi yang mahu KJ terus berundur sebagai Ketua Sayap UMNO yang paling penting ini. Status KJ yang umpama menangguk di air yang keruh sewaktu pimpinan Pak Lah, telah menjadikan KJ sungguh tidak popular sehingga kini kerana sudah pasti aura KJ masih tidak setaraf dengan pemimpin-pemimpin Pemuda sebelum ini. YAB PM perlu melakukan sesuatu yang pantas untuk mengelakkan KJ daripada beraksi sebagai pemain simpanan yang sudah cedera parah. Huraian mengapa KJ diketepikan daripada menganggotai barisan kabinet tetap menjadi suatu polemik murahan sehingga kini sehinggakan meletak barisan Pemuda UMNO sebagai hanya kuda tunggangan tanpa mempunyai suara di Kabinet bagi menyuarakan hasrat Pemuda secara lantang. Meskipun YAB PM sudah tahu anjakan politik tersebut di dalam barisan Pemuda, namun beliau perlulah sedar bahawa Ketua Pemuda seharusnya menjadi benteng pertaruhan yang mampu menarik peratusan yang besar di kalangan belia dan pemuda di Malaysia ini. Seingat saya, sehingga kini KJ masih belum mengadaptasi saranan YAB PM yang menyeru agar membawa Pemuda BN di Malaysia ke suatu era pembaharuan dan glokal. Tidak banyak gerak kerja tumpu yang dibawa Pemuda BN di mata rakyat apatah lagi global. Inilah kepincangan paling ketara yang menghantui BN di kala PRU13 kian menyinsing.

Barisan Naib Presiden UMNO(VP) seperti Datuk Zaid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Shafie Afdal sememangnya antara pelapis yang paling lantang bersuara terutama dalam konteks penyatuan ummah melayu. Saya amat teruja tatkala ketiga-tiga Hamba Allah ini diangkat menjadi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu kerana aura mereka sangat terserlah dan juga mempunyai kredibiliti tinggi dan boleh dipercayai. Selain ketelusan dan juga gigih menjalankan tugas, ketiga-tiga VP ini boleh dijadikan pendokong dalam mengetuai cabaran UMNO dan BN dalam memenangi hati rakyat. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, sudah tentu ada berlaku kecacatan yang sementara meskipun tidak kekal dan rakyat dan orang Melayu seharusnya memberikan kepercayaan kepada mereka dalam menjalankan tugasan.

Perlu diingat bahawa nakhoda yang melayari kapal perlulah cekal dan berjiwa kental dalam mengharungi segala badai dan gelora di tengah lautan. Bila-bila masa badai yang besar akan muncul dan secara tiba-tiba boleh menggoncang kapal, jika tiada bantuan barisan yang rapat dan cerdik dalam membantu nakhoda ini, maka kapal itu boleh tenggelam dan karam di lautan. Apa yang menakutkan, setiap anak-anak kapal/rakyat didalamnya akan tenggelam bersama. Inilah yang paling ditakutkan kerana sesuatu yang pasti apabila penyatuan di antara nakhoda dan anak-anak kapal akan menentukan sama ada kapal akan sentiasa timbul di lautan dan berlayar mencari daratan atau ranap dan musnah ditenggelami arus lautan yang ganas.

"Biarkan pembangkang mencari kesalahan di atas keberanian pemimpin dalam menjalankan tugasannya sebab berani kerana benar dan takut apabila membuat kesalahan, cuma jangan jadi pemimpin yang bersifat politikus kesiangan kerana loceng sudah lama berdering" - kayrozz.

-UMNOkucayunkucukanje-

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI