CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Manusia & Istidraj

♠ Posted by kayrozz at 10:38 AM

Apakah itu Istidraj? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang aku akan paparkan dalam artikel kali ini. Tajuk yang amat penting, terutama, bagi anak-anak muda supaya jangan terkeliru dengan istilah ini.

Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman pembangunan ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seorang Islam di zaman silam. Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

Itulah sebabnya kita lihat masyarkat hari ini berbeza dengan masyarakat dulu. Bagaimana masyarakat hari ini? Dia telah terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Dia tidak memandang jauh seperti mana orang-orang dulu. Padahal mereka tidak belajar tinggi-tinggi hingga ke universiti. Kita sekarang cerdik pandai, ada ijazah, tapi bodoh.

Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat kebesaran dan kekayaan yang diperolehinya. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang bawahan kerana dia tidak tahu mengunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya. Dia tidak faham dengan nikmat dan rahmat Allah swt.

Buktinya telah banyak kita lihat dan dengar. Berapa banyak pemimpin-pemimpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati oleh Allah. Tidak juga kurang jumlahnya, kerajaan yang besar lagi utuh telah pun hancur dan musnah.

Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya, Ta'labah yang bakhil dan banyak lagi...semuanya telah musnah dengan kecongkakan mereka.

Nikmat Allah yang diberikan kepada Firaun tidaklah terkira banyaknya. Bersin pun dia tak pernah. Jangann kita ingat kita ini sihat, Allah sayang. Firaun lagi sihat. Tapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakan dia.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati sedangkan dia belum juga mati-mati hingaa dia merasa besar diri, takabbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalanya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja 40 ekor unta untuk membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dan dirinya sekaligus. Hingga ke hari ini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari-cari sehingga lupa solat Maghrib. Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya. Akhirnya jahanam harta kekayaannya.

Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberi jawapan.

Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah saw naik ke langit pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa orang besar sedikit merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya, dia merasa bangga. Rasulullah saw berjumpa dengan Allah di langit, tapi beliau tidak sombong.

Kejadian seperti ini akan berlaku sepanjang zaman. Allah swt telah berfirman dengan terjemahan:

"Sunnatullah tidak pernah berubah atau bertukar."

Apabila kita tinjau semuanya ini, maka hilanglah segala persoalan yang tidak dijawab dan keraguan selama ini yang sentiasa menganggu kita : Mengapa orang kafir kaya dan orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Dan tidaklah juga kita hairan kenapa orang ke masjid menaiki basikal buruk, yang ke kelab malam menaiki kereta mewah berkilat.

Wallahu' alam

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: