MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Vote ISA for All Gangterisme

♠ Posted by kayrozz at 10:41 AM

Aku nak kupas sikit mengenai pakatan Hindu Right Action Force (HINDRAF) yang telah melakukan demonstrasi semalam bagi membantah Novel Interlok. Memang aku rasa bagai nak termuntah melihat aksi juak HINDRAF yang bagaikan hero dan heroin melaung bantahan tersebut. Isu Interlok yang menampilkan perkataan 'pariah' di dalamnya telah membuatkan sebahagian juak yang tak berpuas hati ini menuntut supaya novel tersebut diharamkan.

Kalau nak diperkatakan mengikut kesinambungan jalan penceritaan di dalam novel Interlok tersebut, ia merupakan suatu penulisan yang betul-betul mengikut perjalanan sejarah semenjak bila keturunan sesuatu bangsa tersebut hendak diterjemahkan. Sejarah merupakan suatu bahan penceritaan yang mestilah jujur dan benar serta mendapat bukti sahih daripada mekanisme yang dipercayai. Jelas di sini, novel Interlok telah diadaptasi mengikut jalan pensejarahan yang betul, namun ada sesetengah pihak ini mengambil jalan singkat dengan mengaitkan ia sebagai tidak relevan dan bernada cemuhan dan perkauman.

Aku nak jelaskan di sini bahawa, mengikut pensejarahan orang melayu dan cina serta suku kaum orang asli dan bumiputera yang lain di bumi Malaysia ini juga mempunyai suatu takrifan sejarah yang kadang-kadang sukar untuk diterima ketika di alam realiti mahupun di zaman moden yang serba canggih. Aku tak merasakan mengenali 'pariah' itu sebagai suatu yang menjengkelkan, walaupun suatu ketika dulu ia mungkin suatu kasta yang paling merempat dan diklasifikasikan sebagai naif dan serba kekurangan. Namun, bangsa tersebut kenalah sama-sama memainkan peranan yang efektif dalam menjelmakan suatu pembaharuan dan pembangunan. Kalau terlalu taksub dengan bangsa masing-masing, maka inilah yang diertikatakan sebagai racist dan chauvinist iaitu terlampau ultra kepada satu-satu bangsa sahaja.

Aku melihat HINDRAF merupakan suatu pertubuhan haram yang wajib disekat daripada mencetuskan suasana huru-hara. Mereka menampilkan imej sebagai sekumpulan juak yang ingin menentang dasar-dasar kerajaan ketika ini. Mereka secara terang-terangan ingin melihat suasana aman dan demokrasi di Malaysia musnah akibat serangan provokasi melampau. Mereka tidak menghormati prinsip kehidupan bermasyarkat yang lebih berpandangan jauh bagi mencipta keharmonian negara. Mereka hanya melaungkan nafsu amarah dan mempunyai agenda tersembunyi yang sukar diramal. Justeru, aku mengharapkan agar kerajaan di bawah pimpinan YAB DS Najib lebih agresif dalam menentang provokasi yang cuba diketengahkan oleh juak seumpama ini. Bukakan sahaja pintu ISA luas-luas kepada mereka ini, supaya mereka sedar dan insaf dengan rencana yang dibuat hanyalah sebagai tuntutan hanya untuk sesuatu bangsa sahaja.

Kalaulah bangsa Melayu dan Cina juga mempunyai Malay Right Action Force (MRAF) dan Chinese Right Action Force (CRAF), maka apa akan jadi kepada kesatuan 1 Malaysia kelak. Fikir elok-elok, kalau tidak kelak negara sendiri turut binasa.

Vote ISA for All Gangterisme....

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: