MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Glory!! Glory!! Setan Merah

♠ Posted by kayrozz at 9:03 PM
Manchester United (MU) merupakan satu pasukan yang berhak memegang status elitis di dalam Liga Premier Inggeris setelah berjaya menggondol Piala Liga sebanyak 11 kali. Ia bermula pada tahun 1993 apabila Sir Alex Ferguson mengakhiri badi ke atas kelab tersebut selepas 26 tahun tidak menjuarai Piala Liga.

Eric Cantona yang telah dibeli daripada Leeds United dengan yuran perpindahan sebanyak UK1.2 juta merupakan tonggak utama di sebalik kejayaan MU, bersama-sama Gary Pallister, Denis Erwin, Ryan Giggs dan Paul Ince.

MU telah berjaya mempertahankan trofi Liga pada kempen berikutnya termasuk untuk tahun 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001 dan 2003. Selain itu, trofi Piala FA turut memenuhi ruang kabinet mereka untuk tahun 1994, 1996, 1999 dan 2004, termasuk League Cup untuk tahun 1992 dan 2006.

Namun, kejayaan yang sukar dilupakan sehingga kini adalah kejayaan MU merangkul 'treble' bagi musim 1999 apabila menambah koleksi Piala Eropah (Champions League) selain Piala Liga dan Piala FA.

Chelsea telah menahan kemaraan dominan MU apabila memenangi Piala Liga untuk tahun 2005 dan 2006. Namun, bagu musim 2006/07, 'Red Devils' berjaya memenangi semula Piala Liga Barclays.

MU terus mengekalkan rentak kejayaan bagi musim 2007/08, meraikan kejayaan demi kejayaan selepas memenangi musim 'treble'. Chelsea dan Arsenal antara musuh yang paling rapat di dalam mengejar Piala Liga dan MU telah mengalahkan 'The Blues' sewaktu Piala Eropah menerusi tendangan penalti setelah seri 1-1 di Moscow dan Old Trafford.

Musim 2008/09 menyaksikan sekali lagi MU nyaris menggondol 'treble' apabila memenangi Piala Carling tetapi kalah tipis kepada Barcelona di final Piala Eropah.

MU berjaya mempertahankan Piala Carling untuk tahun 2010 tetapi saingan sengit sehingga ke akhir Liga Inggeris menyaksikan MU ketinggalan hanya satu mata di belakang 'The Blues'.

Sejarah Manchester United

Bermula dengan Newton Health L&YR FC pada tahun 1878, kelab ini telah menukarkan nama mereka kepada Manchester United pada tahun 1902. Enam tahun kemudian, mereka berjaya menjuarai Divisyen Satu, kemudian Piala FA pada tahun 1909, dan kejayaan merangkulnya pada tahun 1911.

Matt Busby merupakan Pengurus MU pada tahun 1945 dan menggerakkan kejayaan United untuk tahun 1952, 1956 dan 1957. MU merupakan kelab Inggeris yang pertama melayakkan diri untuk bertanding Piala Eropah dan berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir, sebelum kalah kepada Real Madrid. Tragedi telah menimpa pada tahun 1958 apabila kapal terbang yang membawa pemain-pemain MU terhempas selepas perlawanan Piala Eropah, mengakibatkan kematian 8 orang pemain.

Namun, Busby telah terselamat di dalam tragedi tersebut dan telah membina semula pasukan sehingga berjaya memenangi Piala FA pada tahun 1963, kemudian Piala Liga pada tahun 1965 dan 1967. MU telah berjaya merangkul Piala Eropah pada tahun 1968 apabila menumpaskan Benfica di perlawanan akhir - dan merupakan kelab Inggeris pertama yang berjaya memenangi piala tersebut. Setelah Busby bersara pada tahun 1969, pengurus selepasnya gagal untuk meneruskan rentak kemenangan MU dan selama 5 tahun MU tidak memenangi apa-apa gelaran.

MU berjaya untuk mendapatkan semula kejayaan pada tahun 1977 apabila memenangi Piala FA. Selepas itu, MU juga berjaya menggondol Piala FA untuk tahun 1983 dan 1985. Namun, apa yang menjadi detik pemangkin kepada kejayaan MU sehingga ke hari ini adalah kejayaan MU merangkul Piala FA pada tahun 1990 setelah menewaskan Crystal Palace pada perlawanan ulangan.

Kemenangan tersebut telah menyelamatkan Sir Alex Ferguson daripada disingkirkan sebagai Pengurus MU, dan selanjutnya tidak menoleh ke belakang dan terus mengekalkan rentak kemenangan MU apabila merangkul Piala Antara Juara Eropah selepas semusim memenangi Piala Liga pada tahun 1993.

Sorotan Piala Kebanggaan MU

  • 1992/93 - Kemasukan ke Liga Premier Inggeris.
  • 1992/93 - Eric Cantona tandatangan kontrak bersama MU sebanyak UK1.2 juta
  • 1992/93 - Juara FA Carling Premiership
  • 1993/94 - Juara FA Carling Premiership and FA Cup
  • 1995/96 - Juara FA Carling Premiership and FA Cup
  • 1996/97 - Juara FA Carling Premiership
  • 1998/99 - Juara FA Carling Premiership, European Cup, and FA Cup
  • 1999/00 - Juara FA Carling Premiership
  • 2000/01 - Juara FA Carling Premiership
  • 2001/02 - Juan Sebastian Veron cipta rekod perpindahan dengan UK28 juta daripada Lazio
  • 2002/03 - Juara Barclaycard Premiership
  • 2003/04 - Juara FA Cup
  • 2005/06 - Malcolm Glazer memiliki saham majoriti ke atas MU
  • 2005/06 - Juara League Cup
  • 2006/07 - Juara Barclays Premiership
  • 2007/08 - Juara Barclays Premier League, Juara European Cup
  • 2008/09 - Membeli Dimitar Berbatov dengan catat rekod kelab UK30.75 juta. Juara Barclays Premier League, Carling Cup, Juara Kelab Dunia
  • 2009/10 - Menjual Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid sebanyak UK80 juta. Juara Carling Cup.

'GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!'

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: