CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Kiamat Pasti Tiba

♠ Posted by kayrozz at 7:44 PM

Kurang ajar tak bila orang lain sedang ditimpa musibah, kita yang di dalam keadaan senang lenang memberikan reaksi yang menjengkelkan? Bukan sindiran sahaja malahan menjadikan ia sebagai bahan jenaka yang patut digelakkan secara berkumpulan. Ketawa berdekah2, sehingga mempamerkan kelibat syaitan yang berlindung di sebalik topeng wajah sedia ada. Kah..kah..kah, ketawalah wahai si manusia yang mempersendakan duka orang lain. Sampai bila nak ketawa? Ahaks...berkahaks!!!

Orang tua2 sedia berkata, kalau rakan sedang ditimpa bencana, jangan sesekali mempersendakan apa jua kesusahan dan keperitan yang sedang dihadapi. Itulah yang kita hadapi sekarang ini, kalau tidak masakan ada pepatah mengatakan, kawan ketawa memang ramai, kawan menangis susah nak cari. Tapi itu merupakan pepatah atau petitih yang masih lagi laku sampailah ke zaman serba canggih ini. Arini artikel aku bukan sebab nak cari kawan menangis, tapi aku macam nak korner sikit kenapa kita masih tak sedar bahawa dunia ini hanyalah pinjaman semata2, akhirat jualah tempat yang kekal untuk selama2nya (petikan ayat ni bagi yang selalu ke masjid setiap jumaat, memang ada diselitkan dalam bacaan khutbah).

Teori Nostradmus dan tilikan daripada puak Mayan menerusi kalendar ajaibnya sudah luas diperkatakan bahawa 2012 berkemungkinan akan berlaku zaman akhir bumi. Bilamana bumi ini akan dihancurkan selumat2nya oleh sekumpulan meteor dan bintang yang terkeluar daripada orbit asal. Ia secara terperinci diperjelaskan bukan hanya melalui teori tetapi melalui bukti2 saintifik dan pelbagai lagi alasan yang ditampilkan oleh pakar2 astrologi.

Namun, sebagai umat Islam kita seharusnya percaya dengan teguh di dalam Rukun Iman yang ke-5 iaitu percaya kepada Hari Kiamat (Judgement Day atau Dooms Day). Apa yang berlaku sehingga ke hari ini adalah merupakan perjalanan bumi yang sudah sekian lamanya berada di dalam orbit bintang di ruang angkasa. Berjuta-juta tahun lamanya planet bumi ini sudah berada di laluan tersebut, dengan kekuasaan Allah s.w.t yang menjadikan sekian alam dan makluknya, maka manusia dicipta sebagai penduduk muka bumi yang fana' ini. Justeru, memang sepatutnya manusia itu sedar akan Penciptanya yang telah mengetahui apa jua yang akan berlaku mahupun yang telah berlaku.

Kejadian pergerakan pusat bumi yang kian tidak stabil seperti yang berlaku baru2 ini mengakibatkan berlaku gempa bumi, kecairan bongkah ais, pemanasan terlampau, suhu air lautan yang berubah ketara, hutan belantara terbakar, banjir besar, gunung berapi meletus dan pelbagai lagi bencana alam yang lain. Meskipun ia merupakan natijah daripada fenomena alam semulajadi, namun apa yang menjadi dalang kepada kehancuran bumi ini adalah faktor manusia itu sendiri. Kenapa manusia?

Kecanggihan dunia moden yang terlalu ekstrim sehinggalah kita mencapai tahap dunia maju dan elitis serta berbangga dengan segala kemudahan terkini merupakan suatu ancaman kepada kehidupan manusia itu sendiri. Suhu melampau serta tidak stabil pada ketika ini banyak dikaitkan dengan lapisan ozon yang kian menipis. Isu ini sudah diulas sekian lama, bagaimana pembakaran secara terbuka serta suhu bumi yang meningkat akibat daripada penggunaan bahan bakar seperti petrokimia dan loji pemprosesan minyak di tengah lautan dan persisiran pantai.

Teknologi nuklear yang semakin menjadi tajuk bualan sebagai bahan alternatif kepada minyak juga merupakan agen utama kepada kemusnahan dunia. Hanya segelintir negara2 yang menggunakannya sebagai bahan ujikaji untuk penggantian alternatif, namun selebihnya menggunakan nuklear sebagai bahan larangan dan ujikaji untuk pertahanan negara mereka. Kuasa2 besar ini gah menunjukkan keangkuhan mereka di dalam peperangan nuklear sebagai pencetus ideologi pertahanan moden, namun hakikatnya ia merupakan suatu mimpi ngeri kepada penduduk bumi yang lain sekiranya perkara sebaliknya berlaku. Apa yang terjadi di Jepun baru2 ini merupakan natijah kepada ironi senjata memakan tuan. Bukan sahaja Jepun mendapat implikasinya, bahkan beberapa negara jiran mendapat tempias akibat daripada loji nuklearnya gagal berfungsi akibat tsunami dan meletup. Hujan asid atau pelbagai bahan radioaktif tercemar bakal menjadi igauan ngeri kepada penduduk bumi yang lain.

10,000 nyawa yang melayang di Jepun adalah rakyat yang tidak berdosa mewakili segelintir peratusan penduduk bumi. Meskipun, mereka sudah bersiap sedia dengan kebiasaan kepada gempa bumi, namun kejadian pada hari malang bagi penduduk Jepun setelah 140 tahun akibat gegaran menghampiri 9.0 skala richter menunjukkan manusia kerdil tidak mampu melawan kemusnahan alam semulajadi. Kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 masih lagi tidak menginsafkan manusia, lalu diberikan lagi bencana baru2 ini, namun ada manusia masih lagi bermegah kerana tidak terpalit rasa tawaduk' akibat kemusnahan tersebut.

Malaysia negara yang tercinta merupakan antara negara yang masih terselamat di antara beberapa kelompok negara2 lain di sekitarnya di atas faktor garisan gempa tidak melalui negara kita dan juga di hadang oleh beberapa tanah besar di sekitar. Namun tidak mustahil apa yang tidak berlaku pada hari ini, tidak akan terjadi untuk masa hadapan kerana 2004 masih terpahat di dalam ingatan, badai tsunami di Acheh tetap sampai di perairan Batu Feringhi, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kuala Kedah.

Sesungguhnya, segelintir manusia memang sukar bersyukur dengan apa yang telah dilimpahkan oleh Allah s.w.t. Segala nikmat yang diperolehi bakal hilang sekelip mata jika kita masih lagi terbuai dengan keseronokan dunia. Bayangkan 10,000 nyawa hilang sepantas kilat di Jepun, begitulah juga kekuasaan Allah s.w.t untuk mengambil nikmat atas ketentuanNYA. Insaf dan sedarlah wahai manusia, jangan ketawa terbahak2 melihat bencana sebagai senda gurau semasa, takut2 mungkin hari esok tiada gelak tawa darimu lagi.

Wallahu' alam.

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: