DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!!
 photo fa496dbd-d430-4ede-af57-bca4b0b9e7ab_zps978cc32e.png
JUALAN RUNCIT & BORONG!!CADAR MURAH!! SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
Photobucket
DISCLAIMER : BERMULA MEI 2014 BLOG INI DIUSAHAKAN UNTUK TUJUAN PROMOSI BISNES JUALAN & BORONG CADAR BAGI SYARIKAT DE FARHANA HOME FURNISHING. SEBARANG MUAT TURUN GAMBAR DI DALAM BLOG INI PERLU MENDAPAT KELULUSAN ADMIN QDF. HARAP MAKLUM

Saturday, March 19, 2011

Nasi Ayam Hainan : Sesedap Gambar.

Selera aku kalau tengok nasi ayam ni memang menusuk kalbu. Bak kata pepatah, kalau terhidang nasi ayam untuk makan tu, memang bertambah stim nafsu makan aku nie. Lebih2 lagi kalau yang kat depan mata ni, menu seumpama gambar kat atas. Huiih..tak dapat digambarkan rasanya, terliur pulak dah ni. Aku nak masak memanglah tak sepadan rasanya, sebab air tangan waktu masak tu penting. Yelaa, kalau dah resepinya sama dan serupa, apsal plak rasanya bleh jadi lain...kih kih kih (mesti ada sumthing wrong..tul tak?). Neway, layan laa resepi ni kalau nak try test, mana taw buleh menjadik. Gud Luck!!

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
  • **1 ekor ayam
  • **1/2 ulas halia
  • **3 ulas bawang putih
  • **kayu manis
  • **Daun Pandan dan sedikit garam
  • >> Sos Ikan
  • >> 5 biji Cili Merah
  • >> 1 ulas Halia
  • >> 5 ulas Bawang Putih
  • >>Sedikit air perahan limau/lime
  • >>Gula,garam dan cuka
  • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
  • @1 1/2 liter air
  • @1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
  • @2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
  • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
  • @1 - 1.5 sudu kecik garam
  • @1 biji bawng besar (potong separuh)

Cara-cara

  1. Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
  2. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D
  3. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
  4. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi.Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.
  5. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
  6. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
  7. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
  8. Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
  9. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
  10. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
  11. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
  12. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
  13. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
  14. Ok dah boleh makan :D

Sumber : [myresepi]

1 comment:

-HeLiNa- said...

nak jd chef eh? hehe