MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Bersatu Atas Nama Islam & Melayu : UMNO + PAS

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 9:20 AM

TAK MUSTAHIL UMNO & PAS AKAN BERSATU KEMBALI!!

Melihat kepada senario PRN Sarawak yang baru sahaja melepaskan tirainya pada pertengahan bulan ini, jelas kelihatan DAP telah berjaya menonjolkan dirinya yang sebenar sebagai parti yang chauvinist dan mementingkan kaum (rasis) di sebalik 12 kerusi yang dimenanginya.

Corak kempen DAP di Sarawak telah berjaya memasukkan unsur sentimen di dalam hati dan sanubari pengundi. Perkara ini sepatutnya memberikan amaran yang cukup bermakna buat parti2 komponen di dalam BN. Pada ketika ini, MCA dan Gerakan serta parti2 komponen besar yang lain sewajibnya bergerak bersama2 UMNO untuk mengukuhkan struktur BN. Mereka tidak boleh hanya mengharapkan kekuatan UMNO di dalam BN tanpa memberikan apa2 manfaat dan bantuan sekiranya diperlukan. Jelas, MCA dan Gerakan seperti sudah longlai dan hilang arah tuju. MIC juga sewajarnya bersatu di dalam hal ini bagi mencapai objektif bagi manfaat bersama.

Kekalutan dan kepercayaan kaum Cina di Malaysia mesti disatukan oleh identiti yang diterapkan di dalam BN supaya tiada perpecahan yang boleh menjejaskan perpaduan di antara kaum. Justeru, apakah matlamat MCA dan Gerakan di dalam menyatukan kaum Cina di Malaysia ini? Apakah mereka hanya sekadar di pinggiran atau melukut di tepi gantang di sebalik jerih payahnya UMNO menyelamatkan keadaan. Mereka seharusnya peka dan sanggup bermati2an demi kepentingan bersama dan bukan hanya sekadar mengharapkan suaka politik di Malaysia ini.

Melayu seharusnya sedar dan insaf dengan segala macam insiden yang berlaku pada masa kini. PKR dan PAS becakaran dengan UMNO sesama mereka, semuanya Melayu dan sesama bangsa. Itu pun disebabkan kedangkalan dan kebodohan pemimpin itu sendiri yang membiarkan dirinya terhina apabila disabit dengan pelbagai macam isu dan tohmahan. Siapa yang akan rugi nanti? Melayu bercakaran, bangsa lain bersedap2an tanpa kita sedari. Wahai Melayu bersatulah atas nama perjuangan dan agama Islam yang sebenar2nya. Hentikan pertelingkahan dan bersatu di atas nama perpaduan.

UMNO dan PAS memang boleh bersatu, hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih :
KUALA LUMPUR 23 April - Pas boleh menyegerakan kerjasama mereka dengan UMNO dan pada masa yang sama mempertimbangkan kedudukan mereka bersama pihak pembangkang.

Menurut penganalisis politik, ia adalah disebabkan rentetan kekalahan Pas pada beberapa pilihan raya kecil dan terbaru kalah di semua lima kerusi yang ditandingi semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Pas perlu melihat kedudukan mereka yang tidak menentu bersama pihak pembangkang dan dilihat lebih bergantung kepada DAP.

Pada masa yang sama katanya, kerjasama mereka dengan pembangkang telah menghakis sokongan masyarakat Melayu terhadap Pas dan ia terbukti pada beberapa siri pilihan raya yang lalu sekali gus merugikan parti berkenaan.

"Kerjasama ini tidak akan merugikan Pas kerana jelas terbukti parti itu mampu berdiri dengan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan tidak lama kemudian sokongan terhadap mereka mulai terhakis.

"Bagi saya kerjasama Pas dan UMNO tidak mempunyai masalah kerana kedua-kedua parti itu mempunyai titik persamaan iaitu memperjuangkan nasib masyarakat Melayu dan Islam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas merupakan idealisme yang ditunggu-tunggu oleh orang Melayu dan sekiranya tercapai, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan.

Menurutnya, kerjasama itu boleh disegerakan kerana masyarakat Melayu dilihat terlalu bertoleransi dengan kaum lain dan sentiasa berpecah-belah sesama sendiri.

"Sekiranya Pas dan UMNO boleh bersama dalam aspek yang berlainan ini saya percaya penyatuan politik lambat-laun akan menjelma juga antara kedua-dua pihak.

"Namun, pada masa yang sama, pemimpin Pas perlu sanggup mengetepikan kepentingan dan perbezaan yang membelenggu mereka selama ini," katanya.

Sumber : [utusanonline]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI