CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Kejutkan Soi Lek Daripada Tidur Lena

♠ Posted by kayrozz in ,,,, at 9:38 AM

Beberapa insiden yang berlaku di ketika ini melibatkan parti2 komponen di dalam BN terutamanya MCA kini disebut2 ibarat 'gunting dalam lipatan' amat2 mengecewakan. Soi Lek selaku Presiden MCA sewajarnya melihat kesinambungan perpaduan yang diingini oleh rakyat berbilang kaum. Setiap bait dan patah perkataannya mestilah melambangkan 'patriot' yang bersikap toleransi dan adil bukan hanya untuk kepentingan sesetengah kaum sahaja. Soi Lek mesti tahu bahawa kehendak kaum Cina di Malaysia ini bukan hanya bersandarkan kepada milikan perniagaan yang melimpah ruah di bumi bertuah ini.

Mereka harus mengetahui dengan lebih mendalam bahawa entiti yang cuba diwujudkan iaitu semangat 1 Malaysia adalah di manifestasikan daripada sikap toleransi seluruh kaum2 dan bangsa di Malaysia. Justeru, di manakah kewajarannya sebagai seorang pemimpin yang dengan lantang cuba menghenyak entiti yang lain tanpa dasar yang kukuh? Apakah yang paling ditakuti dengan slogan 1 Melayu 1 Bumi sehingga Utusan Malaysia perlu diboikot? Atau telinga Soi Lek dan MCA sudah berdesing akibat kekalutannya mengaut perhatian masyarakat Cina bagi mendokong aspirasi Barisan Nasional. Jari telunjuk Soi Lek menuju ke arah orang lain, tapi yang empat lagi sudah pasti menunjukkan bahawa kredibilit Soi Lek itu sendiri mesti diawasi terlebih dahulu apakah jati dirinya sebagai seorang pemimpin.

Di dalam dunia ini, mungkin akan ada manusia atau segolongan pemimpin yang mereka kata 'The Special - Ultra' atau 'The Special One', tetapi akan adakah pemimpin yang berani mendabik dada mengatakan tanpa dia maka negara akan musnah? Sudah tentu tidak akan wujud sama sekali. Natijahnya, pemimpin MCA perlu tunduk ke bumi dan muhasabah diri masing2 untk mencari formula unggul bagi mencorak perhatian kaum Cina bagi mendokong hasrat murni kerajaan BN. Apa perlu kalau sekadar melukut di tepian gantang, atau lebih munafik sekiranya menjadi 'api dalam sekam'. Kalau tidak mampu, mereka sewajibnya menyatakan pengunduran secara terhormat dan kerajaan sudah tentu mempunyai pelbagai macam alternatif bagi jalan penyelesaian yang terbaik.

Ulasan daripada Mykmu mengenai pendirian Soi Lek yang telah mengecewakan banyak pihak berkaitan :

Dalam banyak keadaan, Presiden MCA kelihatan benar melangkah sumbang dan menari tanpa mengikut tingkah sebenar. Saranan terbarunya adalah agar rakyat Malaysia memboikot Utusan Malaysia sekaligus meranapkan syarikat media berkenaan. Alasannya, Utusan Malaysia tidak menyumbang kepada perpaduan. Tetapi lebih tepat lagi, alasannya ialah Utusan Malaysia menjuarai kempen 1Melayu 1Bumiputera yang dilihat mengancam penguasaan Cina dalam pelbagai segi.

Tindakan terbaru Chua Soi Lek, langsung tidak menampakkan kematangannya selaku seorang Presiden sebuah parti yang menjadi salah sebuah komponen penting di dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah ‘persekutuan’ pelbagai parti berasaskan kaum untuk menzahirkan sebuah negara satu bangsa.

Tindakbalas Melayu dan Bumiputera pasti akan diberikan berikutan gelagat Chua Soi Lek. MCA yang dalam beberapa pilihanraya terlalu bergantung kepada undi masyarakat Melayu, rupa-rupanya ingin bermain api.

Mungkinkah Chua Soi Lek beranggapan, oleh kerana MCA sudah tidak mendapat sokongan majoriti Cina, maka parti-parti lain dalam Barisan Nasional juga wajar menerima nasib yang sama sepertinya?

Teori tersebut tidak boleh ditolak sama sekali memandangkan tindak tanduk Chua Soi Lek pasti menyebabkan Melayu yang mengundi wakil-wakil dari MCA, GERAKAN dan MIC akan membuat undi protes kerana mulut Chua Soi Lek.

Anehnya, ketika UMNO bekerja keras untuk mendapatkan semula undi daripada pengundi-pengundi Cina dan India selain pengundi-pengundi Melayu yang sudah pun berpindah kepada DAP, PKR dan PAS, parti-parti utama komponen Barisan Nasional, khususnya MCA, bertindak bagaikan gunting dalam lipatan.

Secara jelas, MCA sememangnya memperjuangkan Cina dan tidak pernah berkompromi dengan apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan penguasaan masyarakat Cina dalam pelbagai bidang di negara ini terjejas.

Kempen 1Melayu IBumiputera bukan sahaja akan menyebabkan tercetusnya sistem dua parti iaitu parti yang berasaskan Melayu dan satu lagi parti berasaskan Cina, sebaliknya akan mengundang krisis ekonomi domestik yang sangat parah. Dan sudah tentulah yang paling teruk terjejas dari segi ekonomi adalah masyarakat Cina yang sangat bergantung kepada perniagaan.

Apakah Chua Soi Lek dan barisan kepimpinan utama MCA sudah bersedia untuk berhadapan dengan kepupusan parti berkenaan akibat mulut lancang Chua Soi Lek? Bagaimana pula selepas ini akan wujud entiti-entiti berasaskan Melayu-Bumiputera yang mempersoalkan kewajaran syarikat-syarikat orang Cina yang sangat mendiskriminasikan Bahasa Melayu, kaum Melayu-Bumiputera, bahkan agama Islam yang seringkali dibangkitkan tetapi segera dipintas sebagai menjaga keharmonian kaum di negara ini oleh kepimpinan utama Melayu-Bumiputera?

Namun yang terlebih penting, adakah Chua Soi Lek sebenarnya sedang memberikan isyarat bahawa calon-calon dari parti berkenaan sudah bersedia untuk bertarung dengan DAP dalam mana-mana kerusi yang majoriti pengundinya adalah Cina di samping menyerahkan sebahagian besar kerusi yang dimenangi sekarang kepada UMNO semula?

Ancaman Chua Soi Lek bahawa calon-calon MCA hanya akan diberi pertimbangan berdasarkan kepada prestasi semasa parti tersebut, sebenarnya dilihat ramai sebagai cubaan untuk menikam UMNO dari belakang seandainya DAP dan Pakatan Rakyat berjaya mengaut lebih banyak kerusi pada PRU akan datang.

Perlukah saranan agar kepimpinan dan pengundi Melayu berpaling daripada memberi undi kepada MCA pada PRU13 nanti?

Kupasan Oleh : [mykmu]

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png