MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Kerusi Panas MU : Maurinho Paling Layak Ganti Ferguson

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 12:47 PM

The Manchester United manager, Sir Alex Ferguson

Foto Sir Alex Ferguson yang diambil sejurus sebelum perlawanan MU - Everton yang berkesudahan MU menang 1-0 melalui jaringan J. Chicharito Hernandez ('83)

Lakonan semula mengenai tragedi Munich yang dipaparkan oleh Stesyen BBC2 melalui dokumentari-drama tentunya amat sukar dikenang kembali oleh para penyokong Manchester United dan lebih2 lagi kepada ahli2 keluarga terdekat yang terlibat. Kesemuanya ini melibatkan tragedi manusia, yang akan sentiasa segar di dalam ingatan. Sudah tentu anggota keluarga yang masih hidup akan terkenang dan mengingati kematian dan tragedi dahsyat sehingga membabitkan kematian tragis setelah pesawat BEA 609 yang membawa para pemain MU meletup dan terbakar.

Semenjak zaman keunggulan Matt Busby, Manchester United telah dikenali apabila era kegemilangan MU mulai menjalar sehingga ke serata pelosok dunia. Kehebatan dan kejaguhan pasukan ini sememangnya dicemburui para seterunya. Sehinggalah Sir Alex Ferguson bertapak di MU, nama 'Red Devils' terus megah dan gagah di seantero dunia. Kebijaksanaan taktikal dan bakat semulajadi sebagai seorang pengurus bolasepak telah menjadikan dirinya kini sebagai seorang Lagenda yang tiada tolok bandingnya. Keutamaan di dalam diri Sir Alex Ferguson telah mejadikan MU sebagai antara jenama sukan bolasepak yang cukup dikenali dan disegani.

Namun, tradisi seperti ini akan cuba diteruskan oleh MU walau masa berlalu dengan ketidaktentuan bilakah Sir Alex Ferguson akan mengakhiri zaman gemilang MU di bawah kendaliannya. Kini tercatat sebuah nama besar, José Mourinho seorang lagi bakat besar di bidang pengurusan dan dikenali ramai sebagai Pengurus Paling Kontroversi, namun pandangan negatif itu selalunya dibayangi oleh kebijaksanaannya sebagai jurulatih dan pengurus dalam mencorak pasukan yang dibimbing sehingga berjaya ke peringkat tertinggi.

Lihat sahaja, di awal musim bersama Real Madrid, Jose Maurinho dilihat seakan goyah untuk mengawal pasukan 'The Galacticos' yang dibintangi oleh pemain2 handalan dan bertaraf superstar, apabila ramai yang menjangkakan Maurinho akan hanya bertahan untuk tempoh 12 bulan daripada keseluruhan 4 tahun tempoh kontraknya bersama Real Madrid. Kekecohan mulut lasernya kembali kini memeriahkan media antarabangsa setelah Real Madrid di bawah bimbingannya memenangi Copa del Rey minggu lalu. Satu pencapaian yang cukup memberangsangkan apatah lagi Real Madrid sudah ketandusan Piala untuk simpanan kabinet mereka buat sekian lama. Kemenangan tersebut memungkinkan karier Maurinho di Barnebeu akan diperpanjangkan. Pengarah Sukan Real Madrid yang berpengaruh, Jorge Valdano juga berbincang dengan Maurinho untuk beberapa senarai perpindahan pemain2 bagi musim panas nanti (mengikut laporan Gazzetta dello Sport, Itali), John Terry juga turut termasuk di dalam senarai tersebut. Namun, ia masih lagi di dalam perbincangan sementara menunggu kelulusan daripada Presiden Real Madrid, Alfredo di Stefano.

Sudah tentunya para penyokong Real Madrid mahukan Jose Maurinho terus membimbing pasukan 'Galacticos' ini. Beberapa kemungkinan yang akan dilihat selepas ini adalah sama ada Real Madrid dapat mengalahkan Barcelona di pertembungan separuh akhir Champions League pada hari esok (27/4/2011) untuk pusingan pertama dan seterusnya menjadikan Jose Maurinho terus gah sebagai Jurulatih pertama di dunia yang berjaya memenangi Piala Eropah bersama 3 kelab berasingan. Selain itu, keupayaan Real Madrid untuk menyisihkan Catalan daripada memenangi Piala La Liga 2011 akan turut menjadi faktor Jose Maurinho bertahan di Real Madrid sehingga Sir Alex Ferguson melabuhkan tirainya di MU.

Tidak ada sesiapa yang tahu bila Sir Alex Ferguson akan berundur, termasuklah dirinya sendiri. Kejuaraan kali yang ke-19 untuk Piala Liga akan mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya mengungguli kejaguhan Liverpool, dan ada kemungkinan yang paling besar iaitu memenangi kejuaraan Piala Eropah kali yang ke-3 bersama2 MU. Sir Alex Ferguson akan mencatatkan ulang tahun yang ke-25 bersama MU pada Disember ini, 3 minggu sebelum menyambut hari jadinya yang ke -70. Seseorang yang bukan bernama Sir Alex Ferguson sudah tentu akan puas dengan segala yang telah dikecapi, namun tidak bagi dirinya sendiri. Mungkin Ferguson akan lebih puas untuk memenangi Piala Liga buat kali yang ke-20, dan pada tahap tersebut dia masih belum lagi difikirkan sudah tua pada masa itu seperti apa yang berlaku pada tahun2 sebelumnya. Asbab atau alasan utama mengapa Sir Alex Ferguson masih lagi bergelumang dengan bola sepak walau di usia yang lanjut adalah kerana pengaruh daripad bapanya sendiri, bersara daripada perkerjaan di limbungan kapal pada umur 65 tahun dan meninggal dunia setahun selepas itu. Keluarga terdekat Sir Alex Ferguson yang pernah menasihatinya supaya berundur diri akibat masalah kemurungan dan keinginan untuk bersara seawal tahun 2002, kini turut menutup mulut apabila ditanya mengenai pesaraan Alex Ferguson kepada mereka.

Setiap keunggulan dan kejaguhan sang penama Sir Alex Ferguson sudah tentu akan dikenang sebagai suatu lagenda yang cukup ulung dan dihormati sampai bila2. Namun, apa yang pasti lagenda ini akan pergi meninggalkan MU satu hari nanti. Beliau akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati dan sanubari kepada setiap pencinta bola sepak umumnya dan penyokong2 totok MU secara khasnya. Jose Maurinho adalah pengganti yang cukup sempurna bagi menjayakan kesinambungan kejayaan dan legasi MU sebagai seorang pengurus dan 'tactic-ian' yang cukup berbakat besar.

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI