MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

PAS dan UMNO akrab : Anwar Terus Oh Megaku!

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 10:36 AM
Semalam terpampang dalam berita bilamana YAB DS Najib di Sarawak berkempen dan pada masa yang sama DS Abdul Hadi juga turut berada di tempat yang sama, lalu mereka berpeluk2an akrab sebagai tanda persahabatan terjalin atas dasar saudara sesama Islam, lalu terdetik di hati berbunga mekar bahawa sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengasihi sekalian umat2nya. Andai, hati ikhlas memupuk perasaan kecintaan kepadaNYA dan diberikan hidayah satu hari nanti, aku boleh andaikan bahawa ia akan menjadi kenyataan apabila PAS dan UMNO akan berganding bahu semula bagi menguatkan saf2 Islam dan Melayu di muka bumi bertuah ini.

Seperkara lagi, beberapa peristiwa menarik yang membuktikan bahawa kekuatan Islam itu adalah lahir daripada keazaman para pemimpinnya merapatkan saf dan mengurangkan jurang akibat perbezaan pendapat politik. Tuan Guru Nik Aziz juga menunjukkan contoh terbaik dalam mengesahkan bahawa pemimpin adalah sebagai contoh dan tauladan. Kemesraan yang ditonjolkan oleh Tok Guru semestinya diikuti oleh sekalian penyokong2 PAS dan UMNO supaya isyarat tersebut terus dijana sehingga ke peringkat akar umbi. Hentikan perbalahan sesama sendiri yang hanya merugikan bangsa Melayu dan umat Islam itu sendiri. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Biar panjang langkah dan jangan pendek akal. Pengikut totok Anwar seharusnya sedar bahawa apa yang Tok Guru isyaratkan di dalam perjumpaannya bersama2 YAB DS Najib bukan sekadar propa dan projek semata2, namun ia adalah signal untuk mereka memikirkan kembali apakah kesudahan daripada menyokong Anwar Al-Juburi yang hanya pentingkan diri sendiri dan sering memporak perandakan rakyat. Putuskan sahaja talian hayat dengan PKR, kalau tak mahu bersama2 UMNO, marilah bersama2 Tok Guru...sebab Tok Guru dan Abdul Hadi sudah terang2an dan jelas bagi isyarat perpaduan atas nama Islam dan bangsa Melayu dengan UMNO.

Bukan nak mengajar mengucap kalimah syahadah, tetapi itulah yang diperkatakan oleh kedua2 pemimpin ini apabila isyarat SATU itu adalah untuk menyatakan hasrat UMNO dan PAS mesti bersatu dalam usaha mengekang nafsu Al-Juburi dan konco2 lakhanatnya daripada membasmi perpaduan sedia ada di negara ini. PKR dan DAP hanya pandai mengucap janji dan selebihnya adalah palsu semata2. Juak PKR dan DAP adalah resolusi kepada perpecahan umat Melayu dan Islam selama ini. Justeru, kemesraan yang ditonjolkan oleh YAB DS Najib dan Tok Guru seharusnya menjadi titik tolak kepada perpaduan yang baru dan dicari2 selama ini.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Itulah tauladan yang perlu diambil dan dicontohi oleh sekalian ummah bahawa perpaduan itu penting atas dasar kepercayaan dan iltizam untuk membawa kepada kejayaan kepada sesuatu bangsa. Al-Juburi patut sedar bahawa 'masa kau dah tamat' atau orang jawa kata "Game Over!!". Jangan nak kelentong orang situ sini, sana sinun lagi. Cerita haprak dan mual yang keluar daripada mulut Anwar sepatutnya menjadi kayu pengukur sejauh mana lagi pengikut2 totoknya nak menyokong kepimpinan rapuhnya. Signal daripada Tok Guru dan Abdul Hadi jelas akan terus menghancurkan PKR dan mereka yang sewaktu dengannya. Hubungan PAS dan PR umpama sudah retak dan hanya menanti belah.

Ayuhhh!!! Hidupkan Perpaduan!!! Hidup Islam dan bangsa Melayu!!!!

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI