MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Rakyat Wajib Bersatu Tanpa Mengira Kaum : Tun M

♠ Posted by kayrozz in ,,,,,, at 10:20 AM
DR. MAHATHIR Mohamad melayan salah seorang peminatnya semasa sesi autograf buku A Doctor In the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

Pandangan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sewajarnya diambil secara positif dan menyeluruh untuk semua rakyat berbilang kaum di Malaysia ini. Rakyat perlu sedar bahawa impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 harus disokong oleh keseluruhan rakyat tanpa rasa prejudis dan bersikap kekitaan. Slogan 1Malaysia yang diketengahkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan pemangkin untuk menggerak ke arah keharmonian kaum. Rakyat mesti bersatu padu demi kesejahteraan bersama. Impian akan musnah jika setiap daripada rakyat alpa dan hanya berpasak kepada suatu agenda politik yang kabur dan bersifat kekitaan.

Tun M mengulas lanjut di portal yang merungkai permasalahan kini yang timbul :

KUALA LUMPUR 23 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu disatukan kerana beliau bimbang dengan trend sokongan masyarakat Cina yang kini dilihat lebih cenderung kepada pakatan pembangkang terutama DAP.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga bimbang dengan kebebasan yang dibenarkan untuk diamalkan di negara ini, akan memberi ruang kepada pergerakan ‘pengganas’ yang kehadiran mereka bukan untuk memberi kebaikan tetapi bertujuan demi kepentingan diri sendiri.

“Malaysia negara pelbagai kaum, tidak boleh ada pembahagian, selama 50 tahun, negara ini aman, sebab rakyat pelbagai kaum bekerja antara satu sama lain. Mereka bersetuju berkongsi negara ini secara adil antara satu sama lain.

“Tetapi sekarang kita lihat apa berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu, kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya dan tidak mahu bekerja dengan orang Melayu. Sekarang orang Melayu pula hendak tubuhkan gerakan 1Melayu, 1Bumi, saya rasa ini tidak baik untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memoirnya bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dibeli pengunjung sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di sini, hari ini.

Bekas perdana menteri itu diminta mengulas mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk menubuhkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi menyatupadukan masyarakat Melayu.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, kerajaan perlu menimbang keperluan masyarakat Cina di negara ini termasuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak bagi meraih sokongan mereka.

Ini kerana, katanya, sebagai masyarakat yang berorientasikan perniagaan, kaum Cina memerlukan peluang yang banyak dan berterusan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau turut menolak dakwaan masyarakat Cina tidak pernah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana kaum itu sebelum ini telah memberikan sokongan yang kuat kepada parti itu.

“Semasa saya menjadi Perdana Menteri, kita lihat pada Pilihan Raya Umum 1999, sokongan teguh masyarakat Cina telah membantu BN memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Dr. Mahathir menyarankan supaya golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan persendirian yang menempatkan pelbagai buku termasuk buku-buku lama yang mempunyai nilai yang amat tinggi.

Menurut beliau, amalan sedemikian telah pun diamalkan di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS).

“Apabila golongan berkemampuan di Barat meninggal dunia, mereka akan menyumbang atau membuat tawaran buku-buku yang dimiliki menjadi harta milik awam dan perpustakaan.

“Budaya ini tidak diamalkan di Malaysia. Sepatutnya golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan yang mengandungi pelbagai jenis buku dan apabila meninggal dunia, buku-buku itu didermakan kepada perpustakaan untuk kegunaan orang ramai,” katanya.

Dr. Mahathir turut gembira kerana ramai orang berminat membaca buku-buku yang ditulisnya dan mendapat manfaat daripadanya.

Sumber : [utusanonline]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI