MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Abang Salih : Madunya Memang Manis!

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 9:31 AM
Hargai pengorbanan

Kembali mengingatkan aku dialog di dalam Filem Madu 3 Arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, "Bagusnya kalau ada ramai lagi perempuan yang macam Kak Tipah ni kan? Aman dunia". Lepas tu Kak Tipah pulak sambung, "Ermm...aman dunia...memang aman, kejap lagi meletuplah perang besar".

Perjalanan hidup seseorang lelaki yang mengamalkan poligami ini sememangnya memerlukan kudrat akal dan fizikal yang cukup besar. Bukan sahaja bab material malahan daripada sekecil2 zarah sehinggalah sebesar2 gajah perlu diadili sama rata dan sama rasa. Kalau terdetik sahaja rasa kurang puas hati, maka tidak adillah lelaki tersebut dan berlakulah perang sabil.

Di dalam kes Abang Salih Ngetop, aku memang tabik spring katil Slumberland kat dia ni. Rata2 nak melayan 1 bini pun memang susah sangat, sampai tak sempat mati dah bercerai hidup. Tapi Abang Salih mempunyai personaliti dan gaya hidup yang semestinya dicemburui ramai lelaki termasuklah YAB PM Najib mungkin...kih kih kih. Apapun, segala yang baik perlu dijadikan contoh dan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan. Meskipun, poligami dibenarkan di dalam Islam, namun ia tidak digalakkan kerana banyak syarat2 yang perlu dipatuhi terlebih dahulu menurut panduan Islam yang sebenarnya.

Layan Artikel Panduan Abang Salih 'I Folowww' kalau rasa2 nak tambah cawangan lain :

Berikut serba sedikit rahsia yang dikongsi Salih bersama Metro Ahad bagi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan keluarganya.

RUTIN HARIAN MENJADI SUAMI KEPADA TIGA ISTERI
Dulu, ketika beristeri dua, Salih bergilir selang sehari untuk ke rumah setiap isterinya. Namun, apabila beristeri tiga, rutin demikian tidak lagi dipraktikkannya.

“Cara begitu sudah tidak sesuai, kena ambil masa lama untuk ke rumah setiap isteri,” kata Salih.

Sekarang, selepas balik bekerja di konti dari jam 6 hingga 10 pagi, Salih luangkan masa lebih kurang dua jam secara bergilir ke rumah isterinya.

Bagi Salih, tidak timbul masalah membuat giliran kerana rumah setiap isterinya terletak berhampiran antara satu sama lain.

“Lepas kerja, saya pastikan berkunjung ke rumah semua isteri dan luangkan masa bersama anak. Saya titik beratkan hal ini demi menjaga hubungan kekeluargaan, terutama dengan anak.

“Sebab itu saya banyak menolak pelawaan mengikuti program rakaman televisyen yang memerlukan komitmen tinggi. Ia boleh menjejaskan masa bersama keluarga, kalau sehari dua hari tinggalkan mereka tidak mengapa, lebih daripada itu saya perlu fikir dua tiga kali,” katanya.

Tidak dinafikan, pembabitan dalam dunia seni ada kala membuatkan Salih terpaksa berpisah dengan keluarga, namun ia tidak menjadi masalah.

“Isteri dan anak faham tanggungjawab serta karier saya. Pun begitu, kedua-duanya juga penting buat saya, sama ada keluarga dan karier.

“Sebagai ketua keluarga, perkara ini menjadi amanat dan tugas yang perlu saya pikul, dua perkara ini perlu seimbang,” katanya.

Yang pasti, Salih bakal menerima seorang lagi teman hidup dalam diari hidupnya, dan sudah tentu rutin hariannya ada sedikit perubahan dengan kedatangan orang baru.

“Memang akan ada perubahan, tetapi tidak banyak. Agama dan pengalaman banyak mendewasakan saya melalui perkara baru dalam hidup,” katanya.

BAGAIMANA SALIH AGIH PERBELANJAAN KELUARGA?
Tanggungjawab memberi nafkah terhadap tiga isteri bukan tugas mudah. Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kepada Salih, jika tidak masakan dia sanggup menambah seorang lagi isteri dalam hidupnya.

Bagi Salih, soal pemberian belanja rumah untuk isteri dan anak adalah keutamaan buat dirinya, tambahan pula ia adalah tuntutan dalam agama dan wajib bagi seorang suami.

“Dah tahu diri tu berpoligami, faham-faham sajalah. Bagilah duit belanja untuk semua isteri,” katanya tersenyum.

Dalam hal ini, Salih ‘melaburkan’ wang titik peluhnya kepada seisi keluarga hasil pendapatan bekerja sebagai deejay di konti Sinar FM, pengacara dan bayaran persembahan majlis tertentu yang mencecah puluhan ribu.

“Saya bagi sama rata, semuanya sama. Duit rumah, duit kereta semua isteri dan belanja harian, yang tinggal untuk saya hanya duit poket dan belanja rokok.

“Berapa jumlah keseluruhan tidak perlu saya jelaskan. Cuma yang saya boleh beritahu, jika ramai isteri, banyak jugalah belanjanya, tetapi itu tidak menjadi masalah buat saya kerana saya tahu rezeki di tangan Tuhan,” katanya.

Menurut Salih, dalam aspek perbelanjaan, dia terlebih dulu mengagihkan wang pendapatan kepada keluarga dan anak.

“Untuk saya sendiri, itu semua kemudian. Yang penting, keluarga dulu. Percayalah, jika kita lakukan semua itu dengan keredaan, Allah akan membantu kita.

“Apa yang saya peroleh sekarang, bukan kerana diri saya. Semua atas ketentuan Tuhan, Dia yang memberikan rezeki kepada saya,” katanya.

Sumber Informasi Sejagat [mymetro]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: