MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

BN Perlu Terus Relevan Untuk Bersaing : PRU13

♠ Posted by kayrozz in ,,,,,, at 9:30 PM

PRU13 yang bakal menjelang dalam jangkawaktu terdekat merupakan antara misi paling getir UMNO dan komponen BN di dalamnya. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa ia misi 'survival' yang cukup mencabar bagi barisan kepimpinan YAB PM Najib. Sejak peralihan kuasa daripada Tun M kepada Pak Lah dan kini PM Najib, rata2 rakyat masih mengimpikan kejayaan yang pernah dikecapi mereka suatu masa dahulu tatkala di bawah pimpinan Tun M. Meskipun, digelar sebagai 'Diktator' dan berperanan sebagai kuku besi namun corak kepimpinannya masih tiada tolok bandingnya sehingga kini. Itu masa lalu, dan kita mesti berpijak di bumi yang nyata dan penuh realiti.

Zaman berubah dan keadaan persekitaran berubah. Kehendak dan keperluan rakyat semakin bertambah akibat perubahan masa. Justeru, inilah misi paling kritikal barisan kepimpinan YAB PM Najib di dalam mencapai matlamat untuk kepentingan semua kaum di Malaysia. Kalau dilakar atas kertas, 1001 jenis pelan boleh dirancang dengan penuh teliti, namun pada dasarnya perlaksanaan untuk setiap satu pelan2 tersebut adalah sukar. Kuasa politik kini banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor kesan daripada anjakan paradigma yang cepat berubah. Di bidang ekonomi pula, keadaan iklim ekonomi serantau dan dunia juga amat mempengaruhi kedudukan kewangan sesebuah negara dan Malaysia juga tidak terkecuali menerima tempiasnya.

Polemik kepada kuasa politik itu kebiasaannya berkait rapat dengan isu2 yang tidak kurang bezanya dengan negara2 membangun yang lain seperti rasuah, nepotisme, kronisme, tender kerajaan, isu kenaikan harga dan lain2 lagi. Kerajaan BN yang ada pada hari ini mestilah lebih agresif dan berdaya saing di dalam memacu pertumbuhan negara selaras dengan cogankata yang diamalkan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Konsep 1 Malaysia sebagai simbol gagasan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum amat penting diserapkan secara total lebih2 lagi kepada generasi muda supaya mereka benar2 faham.

UMNO serta barisan komponen BN mesti bekerja dengan lebih keras dan melipat gandakan usaha bagi mengekang anasir pembangkang daripada menular masuk secara senyap. Barisan pengundi atas pagar memainkan peranan amat penting sekali semasa PRU13 kelak. Justeru, YAB PM mestilah meyakini sekalian rakyat bahawa kesinambungan dan wadah perjuangan yang telah dibawa oleh UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu perlu diteruskan. Segala pembaharuan yang dicanangkan oleh pembangkang mestilah diberikan tindakbalas secara efektif dan berfakta serta menunjukkan bukti bahawa Kerajaan BN sedang bersungguh2 untuk memberikan segala yang terbaik untuk rakyat dengan sepenuh keikhlasan. Pemimpin2 yang menduduki kabinet kerajaan mesti menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sanggup berkorban demi kelangsungan kehidupan rakyat jelata. Pemimpin yang mewakili rakyat di peringkat negeri pula mestilah bijak menangani permasalahan rakyat terus hingga ke akar umbi. Manakala sebagai golongan rakyat, kita seharusnya peka dan bijak mengamalkan budaya hidup yang sihat agar setiap perlaksanaan yang ingin dilakukan oleh kerajaan dapat diterima sebaik mungkin.

Tiada perkataan yang paling mudah untuk berjaya selain daripada UMNO dan Parti2 Komponen Barisan Nasional untuk terus bekerja dan berusaha dengan lebih gigih demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Sila klik, untuk baca laporan penuh [mkini]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: