MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Bukti Kerajaan Pimpinan UMNO Memang Islamik

Majlis Tilawah Al-Quran Tahun 2010

Setiap tahun apabila bermulanya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa maka ia suatu petanda Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Meskipun gamitan Ramadhan hanya lebih kurang 2 bulan sahaja lagi, ia akan membuat pencinta Ramadhan itu menunggu dengan hati penuh keriangan. Pada tahun ini, Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 akan dilangsungkan di dewan baru Majlis Islam Sarawak, dan dijangka perasmiannya akan dilakukan oleh YAB PM Najib.

Inilah keyakinan yang perlu ditonjolkan kepada seluruh rakyat khusus yang beragama Islam bahawa Kerajaan dokongan UMNO sekarang ini memang mementingkan Islam sebagai syariat dan rukun yang diperlukan semasa mentadbir negara. Namun, jika dilihat apabila tiba majlis seumpama ini, berapa ramai golongan muda yang mahu mengikut sama mengimarahkan majlis keagamaan lebih2 lagi yang berunsurkan keIslaman? Aku yakin bahawa di dalam permasalah Ilmu Tauhid di dalam individu, ia bukanlah semata2 pengaruh daripada mana2 institusi lebih2 lagi kerajaan. Kerajaan hanya boleh menunjukkan jalan untuk menimba apa2 ilmu, namun individu itulah yang menjadi pencorak kepada amalan Ilmu yang dikehendakinya. Justeru, di kesempatan ini marilah kita menghayati Bulan Al-Quran semoga mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Insya Allah. Amin.

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak di sini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.

"Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawah tersebut bermula," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.

Beliau berkata upacara penutupan majlis tilawah akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata dewan baru itu boleh digunakan untuk penganjuran kursus, konvensyen dan majlis perkahwinan bagi kaum selepas majlis tilawah berakhir.

Sumber [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: