MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Dear Barcelona! : Tunggu MU Di Wembley

MU diletakkan sebagai pilihan utama untuk memenangi saingan kedua pusingan separuh akhir Champions League menentang Schalke 04 lewat pagi ini di Old Trafford. Red Devils akan cuba untuk menggunakan seberapa minimum tenaga pada perlawanan hari ini untuk memastikan ke Final di Wembley bertemu Barcelona. Alasan utama adalah kerana perlawanan hujung minggu untuk liga domestik lebih utama buat MU di ketika ini.

Kelebihan 2-0 selepas mengalahkan Schalke 04 di Jerman, MU akan menurunkan beberapa pemain simpanan bagi memastikan pasukan akan kekal cergas sebelum bertemu Chelsea di Liga EPL Ahad ini. Namun, MU sudah pasti akan mendapat tentangan hebat daripada Schalke 04 bagi sekurang2nya membuat sedikit kejutan pada perlawanan nanti berbanding minggu lepas.

"Schalke akan menonjolkan permainan yang agresif kerana ini merupakan peluang hidup dan mati untuk ke peringkat seterusnya, jadi mereka akan bermain bermati2an", kata Pengurus MU, Sir Alex Ferguson ketika sidang media di dalam usahanya membawa MU ke peringkat Final Champions League sebanyak 3 kali di dalam masa 4 tahun.

Penyerang MU, Wayne Rooney yang dikatakan telah mengalami kekejangan otot telah direhatkan semasa ujian stamina begitu juga kepada Dimitar Berbatov dan Michael Owen. Namun, mereka akan kembali menjalani latihan jika mendapat kelulusan seterusnya daripada pakar fisiologi pasukan.

Schalke yang kecundang 4-1 di tangan Bayern Munich pada perlawanan hujung minggu Liga Jerman dan tewas 2-0 di tangan MU sebelum itu, dilihat masih mempunyai harapan apabila mengimbas kembali sewaktu mereka menewaskan Inter Milan 5-2, justeru mereka masih berupaya untuk melakukan kejutan.

"Ia terpulang kepada pasukan untuk mempersembahkan perlawanan yang berbeza daripada pusingan pertama", kata Ralf Rangnick. "Kita perlu mengambil pendekatan berbeza, belajar daripada kesilapan dan melakukan apa yang betul". Rangnick masih belum memutuskan untuk menurunkan pertahanan tengah Benedikt Howedes, yang berjaya menjaringkan gol sewaktu pusing kedua bertemu Inter Milan, namun katanya dia juga tidak mahu mengambil risiko menurunkan pemain tersebut andai kecederaan otot abdomennya masih belum 100% sembuh.

Barcelona telah menempah tiket final Champions League di Wembley apabila melengkapkan pusingan kedua dengan menewaskan Real Madrid melalui aggregat 3-1. Perlawanan akhir dijadualkan pada 28 Mei 2011.

Cakap banyak pun penat, kita terus cerita untuk final punya boleh?? kih kih kih...

GLORY! GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: