MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Edisi Ngangkung : Kuburan Yang Kena Perasap

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 2:35 PM
Edisi cover-line daripada pelakon yang konfom tak akan naik ni akibat daripada terlalu gelojoh untuk mengejar populariti dengan menayangkan susuk tubuhnya demi secangkir filem. Apapun alasan yang diberi, korang bolehlah justify sendiri. Berikut ulasan daripada pelakon simbol seks yang sedang meningkat naik :

Baru-baru ni kecoh dengan gambar pelakon baru yang dicemuh di blog-blog dan surat khabar kerana dikatakan terlalu alpa mengejar populariti sehingga sanggup menayangkan gambar separa bogel miliknya.

Mungkin ramai yang belum mengenali siapa wanita berani ini, dan mungkin juga ramai yang tidak mengetahui apa niat sebenar wanita ini merakamkan aksi panas sebegini.

Tidak pernah terlintas gambar asal yang diambil dengan tujuan untuk diletakkan sebagai poster dalam filem sulung lakonannya yang berjudul Suatu Malam Kubur Berasap ini tersebar di Internet lantas dijadikan bahan umpatan, pemiliknya, Nurul Ain Nordin atau Ain mengakui terkilan dan kecewa dengan perkara ini.

Baru memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, menurut Ain yang juga seorang model sambilan, dia tidak berniat langsung menjadikan gambar itu sebagai batu loncatan untuk dia mencari populariti, malah dia juga mengaku tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan gambar itu kepada umum.

"Gambar ini diambil sendiri oleh isteri bos saya didalam studio kami untuk dijadikan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap tetapi ia bukanlah final product, menurut mereka, hanya separuh gambar yang akan digunakan dan di bahagian bawah (bahagian punggung) akan diedit oleh pereka grafik dengan ifek akar, kurap dan sebagainya untuk diberikan kesan hantu.Tapi tak sangka, gambar asal ini tersebar terlebih dahulu sebelum poster itu keluar.

"Saya tidak tahu bagaimana gambar ini boleh tersebar, dan sewaktu terbaca artikel di akhbar, saya memang terkejut. Saya tidak sangka akan dihemtam dengan begitu teruk, tetapi saya akur kerana mungkin saya terlalu berfikiran terbuka sehingga sanggup berpakaian sebegitu ketika itu.

"Setelah apa yang berlaku, saya tidak berniat mahu mengambil tindakan pada sesiapa. Mungkin ada orang yang tidak jujur dan bertanggungjawab cuba menyebarkan gambar ini kepada umum, tetapi sekiranya saya ambil tindakan sekalipun, gambar tersebut tetap tidak boleh ditarik semula,"jelas Ain.
Dibuang Universiti?

Baru berusia 23 tahun, Ain sebenarnya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), dalam Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.

Malangnya, semenjak gambar panas ini tersebar di internet dan akhbar, Ain diberikan surat peringatan daripada Universitinya. Biarpun perkara ini masih didalam perbincangan, namun sekiranya pihak universiti mendapati dia bersalah, maka dia boleh dibuang daripada meneruskan pelajaran.

"Saya mendapat surat daripada pihak UiTM melalui email yang mengatakan kesalahan saya berkelakuan sebegini, namun, perkara ini boleh dibincangkan lagi.

"Saya hanya tinggal satu kertas peperiksaan lagi, sebelum tamat belajar pada tahun ini, jadi rugi jika saya dibuang kerana perkara sebegini.

"Saya akan berbincang dengan dekan saya, Prof. Madya. A. Razak Mohaideen dan akan menceritakan perkara sebenar tentang gambar itu,"jelasnya.

Ibu Marah

Masih baru dalam selok belok dunia hiburan ini, ternyata Ain agak kekok menguruskan kontroversi ini. Mengakui dimarahi oleh ibunya, dia juga perlu berhati-hati dimasa akan datang supaya perkara sebegini tidak akan berulang kembali.
"Tak dinafikan, ibu saya sangat marah bila membaca artikel mengenai gambar ini, tapi apa boleh buat ia sudah pun tersebar,"luah Ain.

Sumber Informasi Sejagat : [manggaonline]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: