MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Fitnah : Jeff Ooi Terbang RM150,000

♠ Posted by kayrozz in ,,,, at 1:27 PM
No Man No Law Can Stop Him, But Now 'Pe Cer Broo..'?

Bahaya mulut sekarang ni kalau tak da insurans. Silap haribulan terkena macam Jeff Ooi terbang RM150,000 akibat mengata orang tak tentu fasal, pening kepala jugak nak mencari fulus. Bukan sikit anak duit RM150k tu, ibaratnya kalau golongan marhaen macam aku ni boleh duduk atas kayangan sekejap. Tapi, tak tahulah macam si Jeff Ooi mungkin tak da masalah RM150k tu ibarat sehelai bulu roma jatuh ke lantai agaknya. Apapun, terbang si fulus terbang....

Abang Besar Boleh Tolong Cover Sket....

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi, dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai anggota lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Hakim Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Sumber [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: