MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Generasi Muda Jangan Terlalu Tamak Dan Buta Sejarah

Poster Pertama Pilihanraya Malaya 1955 - Nostalgia

Adakah PRU13 bakal menobatkan sejarah tersendiri atau mungkinkah ia sinonim kepada Keputusan Pilihanraya 1969? Fahamkah kita mengenai Politik Malaysia?

Tahukah anda siapa itu Tun Mahathir? Beliau adalah pelopor kepada pembangunan Malaysia Moden dan pemimpin yang cukup terkenal di seluruh dunia semasa tampuk pemerintahannya selama 22 tahun. Patutkah jasanya dan pemimpin terdahulu tidak dikenang langsung?

*"Kerajaan" bermaksud Parti Perikatan bagi tahun 1959 dan 1964; Parti Perikatan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tahun 1969; dan Barisan Nasional sejak 1974.
**Perkiraan adalah untuk tahun 1959 serta 1964 kerana Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya parlimen pada tahun 1964.
Sumber: Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF)
Tujuan kita memilih Malaysia sebagai tanah air untuk diduduki adalah dasar kecintaan dan ingin memiliki sebilangan hak yang ada. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, Melayu , Cina dan India serta beberapa kaum bumiputera yang lain. Sikap toleransi antara kaum amat perlu bagi mengelakkan sebarang tragedi seperti Peristiwa 13 Mei.

Pentingnya kestabilan politik adalah kerana ia merupakan satu warisan turun menurun di Malaysia. Sejak daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah tertubuhnya Malaya dan kemudian diubah namanya kepada Malaysia, kesemuanya ini adalah satu warisan. Dato' Onn & UMNO sebagai pendokong utama di dalam tertubuhnya Malaya dianggap sebagai peneraju warisan. Parti Perikatan yang diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah nilai sejarah dan monumental yang patut dijunjung tinggi oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, perkataan paling mudah ialah penyatuan dan perpaduan rakyat yang telah wujud sekian lamanya di Malaysia ini adalah disebabkan oleh kestabilan politik hasil dokongan UMNO dan parti2 komponen di dalam Parti Perikatan (dahulu) dan Barisan Nasional (kini) seperti MCA dan MIC.

Rakyat generasi MUDA dan BELIA harus kembalikan diri anda kepada Sejarah Tanahair Malaysia. Tanya diri anda sendiri apakah selama ini anda telah bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan? Apakah benar2 kerajaan Malaysia ini terlalu menzalimi sekalian rakyatnya? Tidak cukupkah lagi kekayaan yang melimpah ruah dengan bangunan mencakar langit, kereta mewah tersidai di merata tempat, longgokan wang ringgit nilai berjuta, rangkaian sistem ekonomi yang meluas dan pelbagai kesenangan dan kemudahan di hujung jari? Bangkitlah wahai generasi muda yang mungkin menjadi pembela anak2 bangsa daripada pelbagai keturunan dan agama bahawa apa yang anda kecapi sekarang adalah hasil jerih payah dan jujuran air mata daripada pemimpin terdahulu. Tanpa mereka, kita tidak mungkin akan berada di tahap ini. Percayalah bahawa warisan kepimpinan amat penting untuk kestabilan politik tanahair. Jangan taksub dengan perubahan yang belum pasti kerana tanpa WARISAN KERAMAT tidak mungkin nama MALAYSIA akan terpahat di peta DUNIA.

SEJARAH ADALAH WARISAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA!

Jangan Jadikan Naskah Buruk Sebagai Rukun Negara Anda!!
Wahai Generasi Muda 1Malaysia!!!!!!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: