MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Impian Man United Juara ke-19 Cerah : Chelsea Tersembam! Arsenal Tersungkur!

Rio Ferdy mengucap tahniah kepada Nemanja Vidic yang menyumbat gol kedua MU pada minit ke-23

Perlawanan petang Ahad yang menyaksikan Stadium Old Trafford dibanjiri penyokong2 setia Red Devils untuk pertembungan menarik dengan pasukan Chelsea. Ia merupakan perlawanan penting bagi kedua2 pasukan di dalam mengejar kejuaraan Piala Liga EPL bagi musim 2010/11.

Kurang seminit perlawanan, Chicharito telah menggamatkan stadium dengan jaringan sepantas kilat (dalam masa 36 saat permainan) hasil lorongan cantik JS Park. J Hernandez menghukum kealpaan benteng Chelsea dan terus merembat ke penjuru kanan gawang gol untuk menewaskan Petr Cech. Selepas itu MU terus mengasak ke kubu lawan dengan beberapa lagi peluang yang terhidang untuk menambah jaringan, namun cubaan Wayne Rooney dan Valencia tersasar keluar. Hanya di minit ke-23, hasil umpanan menarik dan tepat oleh Ryan Giggs di sebelah kanan pintu gol terus ditanduk kemas oleh Nemanja Vidic untuk gol kedua MU.

Selepas waktu rehat, Chelsea lebih banyak mengawal permainan sambil MU sekali sekala merobek barisan pertahanan Chelsea yang diketuai John Terry. Pada minit ke-63 hasil daripada kekalutan di hadapan pintu gol MU, tandukan lambung oleh Essien telah dapat disambut oleh Frank Lampard untuk gol pertama Chelsea. MU terus menggandakan serangan ke atas kubu Chelsea dan terlalu banyak peluang dihasilkan daripada pemain sayap MU, David Valencia namun, Chicharito dan Rooney tidak bernasib baik dan gagal untuk membolosi jaring Chelsea. Kedudukan sehingga ke wisel penamat, MU 2 - 1 Chelsea. MU hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk menggenggam Piala Liga EPL 2011 dan seterusnya mencipta sejarah tersendiri dengan 19 kali juara. MU akan bertemu Blackburn Rovers untuk perlawanan terakhir liga mereka.

GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED!!!!!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: