MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Isu Minyak Menurut Pandangan Naif Pembangkang Janji Popular

Baru2 ini kerajaan telah menaikkan harga minyak bagi RON97 dengan pelarasan kepada RM2.70 seliter, namun sebaliknya kenaikan bagi harga RON95 yang ditunggu2 oleh juak pembangkang demi 'membantai' lagi kerajaan BN akhirnya tidak kesampaian apabila ia masih ditetapkan pada harga asalnya.

KUALA LUMPUR, 1 April – Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter – kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

“Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini,”

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari

Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, peningkatan harga minyak untuk RON97 tidak seharusnya membebankan rakyat kerana RON95 masih lagi signifikan dan berupaya untuk digunakan dengan kadar yang sepatutnya iaitu RM1.90 seliter. Rata2 kalau kita sendiri melihat keadaan semasa, pengguna kenderaan masih lagi menggunakan RON95 sebagai bahan api untuk kenderaan mereka. Meskipun terdapat RON97 sebagai bahan alternatif, pengguna semestinya bijak membuat penilaian sendiri di dalam mengendali kos kenderaan masing2 khususnya daripada segi bahan api. Secara bijak, pengguna sudah pasti tetap menggunakan RON95 atas faktor harga yang lebih murah dan perbandingan spesifikasi adalah tidak jauh sangat bezanya dengan RON97.

Cakap2 mengenai kenaikan bahan api sememangnya menjadi isu paling sinonim oleh juak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Namun, itulah senario yang sewajarnya kita sebagai rakyat perlu fikirkan secara rasional apa pula tindakan pembangkang jika mereka sebagai pucuk pimpinan. Buku Jingga yang diwar2kan oleh pembangkang selama ini hanyalah merujuk kepada satu manifesto yang belum dipraktikkan secara menyeluruh di Malaysia. Justeru, tiada kesahihan sama ada perlaksanaannya adalah relevan untuk umum. Janji2 yang telah dikhabarkan kepada negeri2 pemerintahan pembangkang pada ketika ini seperti Kedah, Selangor, Kelantan & Pulau Pinang hanyalah indah khabar dari rupa. Banyak janji2 tersebut hanya tinggal janji sahaja tanpa perlaksanaan seperti yang dicanangkan sewaktu kempen pilihanraya.

Subsidi yang dijimatkan melalui kenaikan harga minyak sememangnya perlu untuk kerajaan merencana program transformasi bagi menaiktaraf pelbagai kemudahan dan infrastruktur bagi rakyat di negara ini. Di dalam artikel yang merujuk kepada isu kenaikan ini akan digunakan untuk kepentingan kerajaan bagi menghadapi PRU13 adalah tidak relevan dan bersifat prejudis. Justeru, isu kenaikan harga minyak ini hanya sebagai batu loncatan kepada pembangkang bagi mendapat undi popular, namun apakah motif utama mereka sebenarnya? Mereka juga masih tidak mampu mentadbir beberapa negeri di bawah pimpinan mereka di ketika ini bukan disebabkan isu minyak sahaja malahan pelbagai isu2 kontroversi dan sensitif yang lain, jadi cuba bayangkan jika Negara Malaysia diletakkan di bawah pimpinan juak pembangkang ini.

Lihat artikel yang mengaitkan kenaikan harga RON97 sebagai dana terkumpul daripada hasil penjimatan subsidi kerajaan bagi menghadapi PRU-13 oleh seorang pemimpin juak pembangkang :

KUALA LUMPUR: Berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa satu tabung khas akan diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai dana bagi parti tersebut menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tidak mungkin kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak tanpa mempunyai maksud atau tujuan lain. Penstrukturan harga minyak ini adalah perlu bagi menampung jangkaan perbelanjaan besar mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kenaikan harga minyak ini sebenarnya tidak memberikan faedah langsung kepada peniaga, tetapi keuntungan tersebut ‘disedut’ oleh ‘orang tengah’ dan disalurkan ke dalam dana tabung tersebut. ‘Orang tengah’ itu adalah di kalangan pemerintah itu sendiri,” katanya.

Seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini, Azan menjelaskan ‘trend’ memberi amaran kepada peniaga yang menaikkan harga barangan akan dibuat bagi mencipta persepsi bahawa kerajaan telah melakukan penguatkuasaan undang-undang.

“Inilah kesan berantai yang akan berlaku akibat kenaikan terbaru petrol jenis RON 97. Saya yakin, dalam tahun ini juga minyak jenis RON 95 akan turut dinaikkan.

Menyentuh mengenai kenaikan harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen yang berkuatkuasa hari ini, Azan berkata ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan lain.

“Kenaikan harga gula yang merupakan kandungan penting dalam makanan orang Malaysia memberi gambaran bahawa, akan belakunya musim kenaikan pelbagai barangan keperluan harian secara besar-besaran.

“Tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kepada harga akhir daripada rantaian kesan kenaikan disebabkan hanya gula yang menjadi barangan kawalan, tetapi tidak kepada produk akhir.

“Begitu juga dengan kenaikan kos bahan api, maka kos tambahan atas perkhidmatan seperti kenderaan awam itu sendiri akan turut meningkat. Sudah tentu ia membebankan golongan peniaga, peruncit dan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Azan menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia semakin meningkat, seiring dengan kenaikan harga keperluan asas.

“Sekiranya kita ada duit RM 1000 nilainya tidak akan sama lagi seperti sebelum ini, apatah lagi dengan ketiadaan kenaikan gaj mahu pun gaji minimum.

“Tambahan pula, kita masih belum lagi berhadapan dengan kekurangan stok, permintaan tinggi semasa perayaan, barangan yang disorok dan sebagainya.

“Kawalan atau pun janji penguatkuasaan kerajaan umpama ‘menanam tebu di bibir’.

“Keadaan ini adalah satu permulaan kepada kitaran lengkap kenaikan dan beban kos kehidupan yang kita akan hadapi tidak berapa lagi.” ujarnya.

Sumber : [pru-13]

psst!! : enjin ferrari masuk RON95 pun boleh gerak jugak, yang guna kereta cabuk ajer perasaan lebih...#alahai.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: