MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Kenaikan Harga Barangan Adalah Fenomena Global

Hari ini harga gula telah dinaikkan sebanyak RM0.20 ke paras RM2.30/kg. Sebelum ini, kenaikan harga petrol untuk RON97 juga meningkat ke paras RM2.70 /liter dan menjadikan ia sebagai kenaikan kali yang ke-3 untuk tahun 2011. Meskipun begitu, harga bagi RON95 masih kekal di paras RM1.90/liter. Jelas di sini, rata2 rakyat akan menganggap ia merupakan suatu fenomena yang cukup membebankan untuk suatu jangkamasa tertentu. Kedua2 barangan tersebut merupakan barangan keperluan dan asas, maka tidak hairan ia juga mungkin akan mempengaruhi kenaikan harga untuk barangan lain.

Skop ekonomi Malaysia bukan hanya tertumpu di peringkat nasional sahaja. Rakyat perlu akur dan faham dengan kedudukan KDNK kerajaan dan pelbagai perbelanjaan yang merangkumi dari perlbagai aspek. Kalau kita hendak bercakap mengenai ekonomi, maka dengan sendirinya kita tidak boleh lari daripada faktor ekonomi serantau mahupun di peringkat global. Apa yang perlu kita faham adalah modul dan pelan tindakan khas yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap kenaikan harga barangan ini adalah untuk kepentingan umum dan bukannya untuk kepentingan sesetengah pihak.

Sila Klik : [Maklumat Petroleum Malaysia] - Edisi 2010

Sila Klik : [Indeks Harga Pengguna] - Edisi 2010

Justeru, rakyat secara keseluruhan mestilah mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai ekonomi sebelum mahu berbahas mengenai sebarang isu mengenainya. Kedudukan Malaysia kini yang merupakan sebuah negara membangun dan berwawasan untuk mencapai status negara maju di tahun 2020 perlu mendapat sokongan rakyat. Rakyat perlu faham dan teliti dengan kesan politik yang tidak stabil akan menjejaskan peluang Malaysia merealisasikan Wawasan 2020. Kita hanya ada lebih kurang 9 tahun sahaja lagi untuk menuju ke peringkat tersebut. Politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan sama sekali kerana ia amat berkait rapat dan sangat sinonim kepada kejayaan sesebuah negara. Negara akan terus hancur tanpa kedudukan politik yang stabil.

Secara kesimpulannya, rakyat mestilah faham dan jelas dengan segala perancangan yang ingin dilakukan oleh kerajaan sebelum melakukan tindakan negatif seperti bersikap prejudis, boikot, rusuhan, demonstrasi dan sebagainya. Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, rakyat boleh mengajukan sebarang permasalahan melalui saluran yang betul dan responsif.

Lagi ulasan pakar mengenai Kenaikan Harga Barangan :

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 % bagi tahun 2010 dan pencapaian ini adalah mencecah sasaran yang ditetapkan. Kejayaan ini adalah jelas membuktikan kebijaksanaan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengurus ekonomi negara selaku perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. Ramai penganalisis politik dan ekonomi berpendapat bahawa kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi dan pentadbiran kerajaan baru-baru ini adalah disebabkan oleh faktor latarbelakang pendidikan dan pengalaman politik Najib Tun Razak.

Najib Tun Razak adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Beliau mengikuti pendidikan tinggi dalam bidang ekonomi industri di universiti Nottingham, England dan menjawat pelbagai jawatan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri , Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan semasa beliau masih muda lagi. Jadi, latarbelakang ekonomi dan pengalaman politik yang luas mengurus masyarakat majmuk membolehkan beliau memudikan negara ke arah kejayaan yang lebih cemerlang sambil menangani cabaran-cabaran global.

Apabila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara, beliau terpaksa menghadapi dua cabaran utama iaitu cabaran ekonomi dan masalah hubungan antara kaum . Dalam sektor ekonomi, Malaysia di ambang kecundangan akibat kemalapan dan kelesuan ekonomi di persada dunia. Dalam sektor sosial -politik pula, sentimen perkauman bertunas dan menular dikalangan masyarakat berbilang kaum akibat kegiatan politik yang bersandarkan perkauman. Sekiranya kerajaan lekeh dan kurang bijak dan cekap mengurus pentadbiran negara, maka kedua-dua cabaran tersebut mampu memudaratkan malah menghancurkan kejayaan ekonomi dan perpaduan kaum yang terbina sejak merdeka.

Lantaran, sejurus mengambil alih tanggngjawab perdana menteri, Najib Tun Razak terus memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahululan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan ini mendukung Pelan Transformasi yang meliputi sektor ekonomi dan sosial-politik untuk menyegarkan semula kecemerlangan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi malah menjamin kesejahteraan untuk semua kaum dan lapisan masyarakat.

Sambil Gagasan 1 Malaysia dapat mengeratkan hubungan antara kaum, Pelan Transformasi Kerajaan dan Ekonomi pula digiatkan untuk menggerakkan negara kearah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020 yang menjamin pendapatan tinggi negara dan rakyatnya. Pelan transformasi kini sudah mula berhasil dan rakyat dijangka akan dapat menikmati penghasilan usaha dan ikhtiar Najib Tun Razak. Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan etnik, wilayah dan golongan , sudah pasti akan menikmati hasil pembangunan negara secara lebih adil sekiranya segala perancangan ekonomi dan sosial yang digariskan oleh Najib Tun Razak dapat di laksanakan secara berterusan di masa-masa akan datang.

Walaupun kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak mencapai kejayaan besar dalam bidang ekonomi dan sosial, ada pihak yang tidak adil dan melontarkan dakwaan bahawa kerajaan tidak mengawal kenaikan harga barangan.

Sehubungan ini, rakyat perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan ketika ini adalah satu fenomena global. Secara umumnya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor permintaan (demand) dan penawaran (supply). Apabila permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat maka harga barangan tersebut itu akan turut meningkat. Pada masa yang sama, apabila penawaran (supply) barangan tertentu berkurangan dalam pasaran, maka harga barangan tersebut itu akan turut naik dalam pasaran. Lebih-lebih lagi, sekiranya kos pengeluaran barangan meningkat akibat peningkatan dalam kos pengeluaran kerana peningkatan dalam kos pengeluaran yang melibatkan faktor sumber manusia, gaji, kos memperohi barangan asal, maka kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan dalam pasaran bebas. Jadi, kesimpulannya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor manufacturing cost, market places, competition, market condition dan quality of products.

Faktor-faktor yang digariskan tersebut didapati memberi impak kepada kenaikan harga barangan dalam pasaran pada ketika ini. Kita menyaksikan harga barangan di Malaysia kian naik kerana harga barangan dalam pasaran dunia didapati kian naik kerana permintaan kian meningkat.
Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan permintaan dalam pasaran dunia hari ini adalah kerana beberapa faktor dan antaranya adalah faktor peningatan jumlah penduduk, peningkatan dalam kadar kemampuan kuasa membeli bilangan besar penduduk (India dan Cina) yang disebabkan oleh terjatuhnya regim komunis, kekurangan bekalan komoditi pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam. Justeru, peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan barangan asas dalam pasaran dunia dikatakan telah menyebabkan kenaikan harga barangan dalam pasaran dunia.

Bencana alam yang melanda dunia hari ini seperti cuaca buruk di Eropah, banjir di Cina dan Asia, kekurangan hasil pertanian akibat perubahan iklim dan pergolakan politik yang tidak tertentu yang menjejaskan stabiliti politik beberapa negara pengeluar hasil bumi telah menyebabkan kekurangan bekalan barangan dalam pasaran dunia. Faktor ini dilihat sebagai faktor utama menyebabkan peningkatan dalam permintaan. Apabila permintaan meningkat terhadap sesuatu barangan tertentu, terutamanya barangan keperluan asas, maka peningkatan harga barangan juga akan meningkat.

Sehubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada impot barang-barang makanan dan barangan keperluan asas, seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, tidak dapat mengelak fenomena kenaikan harga barangan dalam negeri. Harga barangan diMalaysia banyak dipengaruhi oleh impak luaran. Sektor pertanian dilaorkan telah menguncup dari 53.7 % pada tahun 1970 kepada kurang daripada 25 % dewasa ini. Manakala, sektor perkhidmatan meningkat daripada 32 % kepada 49.5 % dan sektor industri pula meningkat daripada 14.3 % kepada lebih 25 %. Kemajuan dan pembangunan sektor bukan pertanian ini jelas menunjukkan Malaysia banyak bergantung kepada impot barangan keperluan asas termasuk barangan makanan.

Namun, kerajaan Malaysia, yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, telah menyediakan peruntukan subsidi bagi mempastikan rakyat dapat bekalan barang-barang keperluan asas dengan harga yang mampu beli seperti gula, tepung gandum, minyak masak, Gas, Petrol, diesel dan beras. Kerajaan telah membelanja RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010.

Subsidi RM 10.32 bilion yang dibelanjakan 0leh kerajaan adalah termasuk subsidi RM 789 juta untuk gula, RM 89 juta untuk tepung gandum, RM 813 juta untuk minyak masak, RM 486 juta untuk beras, RM 3.13 bilion untuk petrol (RON 95), RM 3.5 bilion untuk diesel, RM 1.43 bilion untuk LPG gas.Ini bermakna, kerajaan menanggung kos 30 sen bagi setiap kilo gula, 45 sen setiap kilo tepung gandum, RM 1.00 bagi setiap kilo minyak masak, RM 4.00 setiap bag beras berat 6 kilo, 43 sen setiap liter petrol RON 95, RM 27.02 sen bagi setong LPG gas.

Walaupun kerajaan sedar bahawa penyediaan subsidi untuk barangan akan membantutkan pertumbuhan ekonomi yang segar dalam satu sistem ekonomi bebas, pentadbiran kerajaan Najib Tun Razak didorong menggunakan pendekatan subsidi dengan bijak dan berhemah agar kesejahteraan rakyat terjamin. Dengan itu, tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak bijak mengurus pertumbuhan ekonomi negara, malah bijak dan cekap mengurus pengagihan pendapatan negara dengan adil dalam menjamin kesejahteraan rakyat untuk hari ini dan masa depan.

Sumber : [freetotalk2me]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: