MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Kongsi Vs Karak : Sam & Shera Ayob Da Bomb!!

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 10:49 AM

Kalau nak dibandingkan di antara kedua2 filem ini memanglah berlainan genre. Karak genre filem seram manakala Kongsi pulak filem becorak aksi komedi. Selain itu, jalan cerita memang dah sahih berbeza dan berlainan sekali. Namun, bagi kaki yang suka nonton filem ni tentu ada perasaan kurang menyenangkan lepas keluar panggung tidak kira apa jua genre sekalipun bila tak puas hati. Maksudnya, filem yang tidak memenuhi hasrat dan citarasa, ibarat macam menyesal bila lepas nonton wayang atau dengan kata paling bijak dan mudah ialah buat perabih duit jer tapi tak stimm..

Filem Kongsi yang mencatat kutipan RM7.0 juta dalam masa 1 minggu masih lagi ditagih oleh MIG untuk mencapai ke tahap RM10.0 juta. Jadi, bolehlah David Teo tukar nama ke "10 Million Dollar Man". Namun, aku nak bagtaw yang Kongsi adalah suatu filem tong sampah hasil garapan Farid Kamil. Tarikan untuk ke panggung adalah hanya daripada trailer yang memukau dan yang teramat2 penting di dalam filem ini ada SAM SAHEIZY. Itu sahaja yang David Teo boleh menarik nafas lega apabila tayangan dijadualkan di tengah2 'peak' si Sam Artis Paling Popular Tanah air. Kebijaksanaan David Teo adalah mempergunakan populariti Sam. Aku berani bertaruh kalau Sam tak ada dalam filem Kongsi memang dah merata orang meludah nonton filem tu. Kahakkk...ptuihh!! Korang tak pecaya boleh layan Astro First atau DVD yang sudah berada di pasaran terang mahupun gelap.

Berlainan pula dengan Karak yang menampilkan rata2 pelakon2 muda seperti Shahir AF8, Shera Ayob, Along Ezyendy dan Kilafairy serta pelakon veteran Sidek Hussien. Namun, aku tabik dengan produksi KRU Studio yang berjaya menampilkan suatu kelainan di dalam genre seram di Malaysia. Memang berbaloi sekali pelaburan studio canggih KRU di dalam pembikinan filem melalui teknik CGI mereka yang terkini. Walaupun, Yusry pertama kali mengarap filem seram, namun kesemua elemen bunyi dan paparan wajah hantu memang teramat menyesakkan dada. Lakonan daripada Shera dan Kilafairy cukup mempersona dan aku boleh katakan mereka di antara pelakon pelapis yang cukup berbakat besar. Selain itu, penampilan Shahir AF8 juga tidak mengecewakan di samping pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Along Ezyendy. Lakonan Shera Ayob selaku watak utama memang cukup matang jika dibandingkan dengan usianya di bidang lakonan.

Skrip cerita mengisahkan perjalanan 4 sahabat yang berbeza latar belakang ingin menuju ke Kuantan dengan berkereta. Di tengah2 perjalanan, mereka telah tersekat dengan halangan lalu lintas dan mengambil keputusan untuk mengambil laluan pintas dengan melalui jalan lama Karak. Di awal cerita, kisah misteri yang menghantui pengguna jalan raya Karak berikutan satu kejadian yang mengerikan berlaku di awal tahun 1980-an akibat gangguan si penunggu jalan raya. Bermulalah episod seterusnya apabila, kisah volkwagen kuning yang mengejar mangsa di Karak juga dipaparkan. Setelah itulah, kemalangan dahsyat menimpa sahabat tersebut dan menemukan mereka dengan Tok Malam. Sekali imbas, Tok Malam seperti dukun santet yang mengamalkan ajaran Ilmu Hitam. Namun, sebaliknya berlaku. Pesanan Tok Malam yang patut diambil sebagai mesej paling bermakna di dalam filem ini adalah, "Kuatkan Iman dan bacalah ayat suci Al-Quran (Ayatul Kursi) dengan tahu maknanya sekali bukan hanya di bibir sahaja". 20 minit terakhir filem ini memang cukup mantap aku rasa daripada segala sudut yang meremangkan bulu roma dan menginsafkan kita sebagai makhluk ALLAH s.w.t.

Jangan tunggu sampai DVD terang gelap untuk layan cerita ni....sekarang juga boleh sesakkan panggung. Tonton pelakon2 pelapis yang betul2 boleh menaikkan industri perfileman tanah air kita suatu hari nanti. Sambil itu, boleh naikkan kantung poket KRU Studios (Norman/Edry/Yusry) lebih bagus. Kantung David Teo pun dah berat sangat tuuu, bonus lagi musat kan apek in tawun?...kih kih kih.

2 thumbs up!!

Memang terbaik dari ladang!!!

Kongsi....Lu Takder David Teo Mati!!!

Memang Pelakon Super Diva di Malaysia buat masa KINI!!

Lepas layan trailer...boleh check it out kat panggung!!!!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: