MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Malaysia Bakal Cipta Rekod Pasangan Bercerai

Sejak Mashitah ni dah tak keluar TV untuk Forum Hal Ehwal Perdana, program tersebut masih berjalan lancar dengan kemunculan Dr Sharifah yang lebih mantap. Kini Mashitah nak cari publisiti sikit takut ramai peminat kat luar dah tak kenal macam mana rupanya sebab glamer dah hilang. Isu yang cuba dikupas Mashitah ini adalah konsep perceraian di Malaysia tetap dihalalkan untuk menyelesaikan kemelut wanita Malaysia. Dalam Al-Quran memang disebut tentang perkataan Talak yang dibenarkan. Namun, perkara Talak inilah yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t. Kenapa Timbalan Menteri ni tak ulas lanjut mengenai perkara ni? Lagi pulak dia sebut tentang masyarakat celik undang2, maksudnya undang2 nikah kahwin tak celik lagi tapi undang2 cerai dan talak aje masyarakat faham dengan teliti.

Perceraian bagi pandangan positif Mashitah hanyalah jalan paling singkat untuk selesaikan kemelut wanita di Malaysia. Alasannya, takut banyak kes yang bertimbun dan tak boleh nak diselesaikan. Sayugia aku nak maklum, kalau inilah pencapaian perundangan di Malaysia, maka aku percaya dengan sepenuh jiwa dan raga bahawa rekod 15 minit setiap pasangan di Malaysia bercerai bakal dipecahkan tidak lama lagi. Kalau nak lebih hebat boleh masukkan ke dalam Malaysia Book Of Records. Mashitah patut cepat2 cari statistik mengenai pasangan bukan Islam di Malaysia, cuba bandingkan tengok? Di mana silapnya institusi kekeluargaan di Malaysia ini? Jangan bila berdehem asyik nak ultra-seksis. Apa pentingnya wanita di Malaysia, begitu juga pentingnya lelaki. Apa sahaja kemelut isteri, pasti suami juga ada kemelut tersendiri. Statistik untuk sesuatu yang negatif sepatutnya diimbangi dengan kaedah untuk mengurangkannya dan bukan mencari alasan untuk lebih menambah impak negatif lagi serta mendatangkan implikasi di masa hadapan.

Perceraian selesai banyak masalah wanita

KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita.

“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.

“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan.

“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya.

Sumber : [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: