MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

MU vs BARCELONA : FINALE CHAMPIONS LEAGUE 2011

Tahniah MU kerana berjaya melangkah ke Peringkat Finale di Champions League 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 28/5/2011 bertempat di Stadium Wembley, England. MU telah menang bergaya di Old Trafford semalam dengan mengalahkan Schalke 04 dengan jaringan 4-1. Sebelum ini, di pusingan pertama separuh akhir MU telah menewaskan Schalke 04 di tempat lawan dengan jaringan 2-0. Meskipun, MU tidak menurunkan barisan terkuat untuk perlawanan pusingan kedua tersebut, namun Schalke 04 masih tidak mampu untuk bersaing dengan pasukan gergasi Red Devils. Sesungguhnya, Red Devils tetap mempunyai kelas tersendiri di dalam peringkat tertinggi seperti Champions League ini.

Barcelona celebrate

Perlawanan akhir pada 28/5/2011 akan menjadi perlawanan ulangan bagi MU dan Barcelona selepas kali terakhir mereka bertemu di Final Champions League adalah pada tahun 2009 ketika kedua2nya beraksi di Rome, Italy. Barcelona berjaya menewaskan MU dengan jaringan 2-0 pada ketika itu melalui jaringan Samuel Eto '10 dan Lionel Messi '70. Sesungguhnya, inilah saat2 yang dinanti oleh para penyokong Red Devils bagi misi membalas dendam di atas kekalahan tersebut dan seterusnya membawa pulang Piala Kelab Eropah ini kembali ke England lebih2 lagi perlawanan akhir akan berlangsung di tanah air mereka sendiri. Kita pasti akan saksikan pertembungan menarik dan penuh taktikal daripada kedua2 pengurus tersohor dunia iaitu Sir Alex Fergusan dan Pepe Guardiola.

GLORY! GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: