MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

PAS Hanya Dikudakan AnuWAr

Sampai bila PAS harus menjadi 'Kuda Tunggangan' AnuWAR?

Kebenaran akan terserlah jika ada kemahuan untuk mencari kebenaran tersebut. Setiap pembohongan terjadi kerana sifat manusia yang cuba menyembunyikan kebenaran, lebih2 lagi jika sifat manusia yang fasik lagi munafik. Perjanjian Iblis dengan Allah adalah untuk menyesatkan makhluk bernama manusia supaya terdorong mengelak kebenaran dan melakukan kemungkaran. Justeru, PAS yang pernah mengeluarkan Amanat melalui Haji Hadi perlu menelan kembali kata2 mereka sejak dahulu sehinggalah kini. Apakah mereka masih ingin menidakkan kemungkaran yang menyalahi hukum Allah meskipun jalan untuk mencari kebenaran tersebut jelas terpampang di hadapan mata. Apakah golongan PAS juga ingin menjadi manusia yang munafik demi kepentingan dan maruah politik semata2, meskipun apa yang akan digadainya kelak adalah maruah agama dan bangsa.

PAS perlu berpendirian tegas demi kebenaran tersebut. Jangan hanya pandai bicara tapi gagal di dalam perlaksanaan kerana apa yang terlihat sehingga kini ternyata PAS telah gagal di dalam banyak perlaksanaan lebih2 di dalam Hukum-hakam Islam seperti yang selalu diseru mereka.

Amanat PAS yang tinggal amanat sahaja tanpa perlaksanaan sebagai bukti :

PUTRAJAYA 29 Feb.2008 – Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin hari ini mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon-calon parti itu mengumpat dan mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Abdul Ghani yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.

‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.

‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.

‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.

Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: