MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Pemimpin Juara Di Hati Rakyat

♠ Posted by kayrozz in ,,,,,, at 9:08 AM

Inilah contoh untuk menjadi pemimpin 'Juara Dihati Rakyat'. Buka minda dan mata serta perut dan hati kita semua untuk menjadikan YAB PM Najib sebagai tauladan. Sikap dan kesederhanaan yang timbul daripada hati beliau nan ikhlas untuk menjadikan rakyat 'Juara DiHatinya' patut dipuji. Bukan menidakkan kepentingan seluruh warga wakil rakyat yang duduk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Ahli Palimen (MP), kerana mereka seharusnya mendahului YAB PM di dalam pelbagai kaedah terkini untuk menambat hati rakyat. Kalau mereka terkebelakang dan tidak fokus di dalam membantu rakyat, maknanya seluruh warga wakil rakyat ini patut merasa malu dan harus muhasabah diri.

Terkini, sidang interaktif yang bakal diusulkan YAB PM Najib bakal menggabungkan platform online beliau termasuklah Facebook dan Twitter. Oleh itu, rakyat akan dapat terus memberikan respon secara on-line untuk setiap pelan dan perlaksanaan kerajaan. Bukankah ini suatu medium perantaraan yang cukup efisyen. Kita jangan bersikap prejudis dengan segala pembaharuan lebih2 lagi menerusi elemen teknologi terkini. Zaman sudah berubah, keadaan negara berubah, sistem politik dan sosial turut mengalami perubahan, tahap rasional rakyat berubah dan pelbagai sistem terdahulu perlu diubah. Justeru, apa guna kita sebagai rakyat, kalau kita sendiri tidak mampu mengubah diri dan nasib kita sendiri? Apakah kita mahu menjadi rakyat yang ketinggalan daripada segala aspek perubahan yang cukup ketara ini. Di Jepun, perubahan teknologinya berubah setiap minit. Manakala, di Jerman industri permotorannya juga mengalami perubahan setiap detik dan ketika. Kita, di Malaysia patut menjadikan amalan tersebut sebagai satu pendekatan untuk memajukan diri sendiri.

Syabas YAB PM Najib!!! Sesungguhnya pendekatan terkini anda sememangnya dihargai dan disanjung tinggi. Teruskan mendokong aspirasi rakyat dan bakal memungkinkan diri anda terus menjadi "Juara Dihati Rakyat" yang disanjungi.

Masa depan mereka ditentukan oleh kita untuk menjadi "Juara Di Hati Mereka"

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memperkenalkan platform interaktif baru, iaitu aplikasi telefon pintar dan perbincangan Meja Bulat 1Malaysia secara online mulai bulan depan bagi membolehkan beliau terus mempertingkatkan interaksi dengan rakyat.

Perdana Menteri berkata, aplikasi berkenaan menggabungkan semua platform online beliau, termasuk laman web, Facebook dan Twitter, supaya rakyat lebih mudah berhubung dengannya.

“Daripada beralih-alih, anda (rakyat) boleh meninggalkan komen di blog atau Facebook saya, menghantar Twitter dan mendaftar untuk pertemuan dengan hanya menggunakan satu perisian. Insya-Allah, saya akan memperkenalkan perisian tambahan ini dalam masa terdekat.

“Saya amat gembira mengenai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia secara online melalui 1Malaysia.com.my. Saya sentiasa ikhlas bahawa pembabitan secara langsung antara saya dengan anda amat penting bagi saya.

“Namun, saya juga menyedari bahawa masa saya amat terbatas dan perlu meluangkan waktu kepada beberapa tugas lain setiap hari. Oleh kerana itulah, saya kemukakan cadangan perbincangan meja bulat bagi membincangkan pemikiran yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara, dengan dibimbing pakar tempatan dalam pelbagai bidang.

“Pakar ini akan membantu kita dalam membentuk perbincangan online dan berkongsi pemikiran anda dengan saya,” kataya dalam laman web peribadi beliau semalam.

Sambil berharap rakyat akan gembira menggunakan dua platform itu tidak lama lagi, Najib berkata, ada beberapa lagi perancangan menarik sedang dirancangnya.

“Paling mustahak, saya berharap anda dapat menggunakan peluang ini sebijak mungkin. Bantulah saya untuk menjadikan negara kita bertambah makmur, berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya yang dapat kita banggakan bersama. Seperti biasa, pemikiran anda amat dialu-alukan. Marilah jadikan perbincangan ini berpanjangan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, tahun ini beliau sudah meningkatkan interaksi dengan rakyat melalui beberapa pendekatan baru untuk membolehkan rakyat terbabit secara lebih kerap.

Dalam konteks ini, Najib ebrkata, beliau menjadi tuan rumah kepada pertemuan dengan rakan online di seluruh negara dan menambah interaksi di Twitter dengan menjawab `tweet’ rakyat pada setiap peluang yang ada, malah menjadi tetamu wawancara di radio.

Beliau bagaimanapun berkata, jadualnya begitu padat bulan ini dengan lawatan ke Indonesia, Arab Saudi, Qatar, Amerika Syarikat, United Kingdom dan terbaru di Jepun.

“Oleh itu, saya tidak dapat berjumpa dengan anda seramai yang saya harapkan. Namun, itu tidak bermakna interaksi kita terhenti. Banyak kerja yang sedang dikendali bagi memastikan dialog 1Malaysia terus berjalan seperti selalu,” katanya.

Sumber [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: