MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Pok Nik Bersedia Untuk Check It Out

Siapa yang kena checkmate dulu ni? Ayahanda Pok Nik Aziz ataupun Anakanda AnuGhairah? Nampak gayanya memang Pok Nik telah mendapat perkhabaran untuk siap berkemas menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung tidak lama lagi. Memang ada dengar ura2 Pok Nik akan mengundurkan dirinya daripada bertanding untuk kali ini. Justeru, kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Pok Nik semestinya beralih kepada Anakanda kesayangannya yang ke-2 iaitu Husang Musang yang bakal mengangkat Juak Edrogan di dalam PASca baru. Natijahnya, kalaulah Pok Nik berundur maka dah kuranglah pulak fatwa terbaik dari ladang nukilan Pok Nik nanti. Sudah tentu pula ramai yang akan kesunyian bagai meratapi kematian anak tiri.

Apapun artikel yang boleh memberi kata dua dan makna lebih mendalam hasil kaji selidik di bawah boleh mengukur sejauh mana populariti Pok Nik telah merudum dan merundung dan menjulung.

FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research
  • Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
  • Datuk Awang Adek – 9 peratus
  • Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
  • Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
  • Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
  • Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian

KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.

Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.

"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.

“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.

Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Sumber : [beritaharian]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

2 comments:

Anonymous said...

my webpage :: cordyceps

Anonymous said...

My homepage :: Lottery software
my web site: lottery