MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

RM44.3 Juta : Jika MU Juara Berganda 2011

♠ Posted by kayrozz at 11:04 PM

MANCHESTER: Bintang Manchester United akan berkongsi bonus lumayan berjumlah 9 juta pound (RM44.3 juta) jika meraih kejuaraan berganda musim ini. United berdepan Barcelona pada final Liga Juara-Juara dan menjadi pilihan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris ketika aksi berbaki tiga perlawanan.

Sistem pemberian bonus lumayan itu termaktub dalam kontrak pemain bermakna mereka memenangi sejumlah wang yang besar dengan memenangi dua piala itu.

Bagi perlawanan Liga Perdana, setiap 18 ahli skuad meraih 1,500 pound (RM7,395) untuk setiap mata yang dimenangi - jadi untuk setiap kemenangan setiap pemain mendapat 4,500 pound (RM22,185).

United sudah meraih 73 mata dan bakal menjadi 82 jika memenangi baki tiga perlawanan yang bermakna bayaran penuh adalah sekitar 2.2 juta pound (RM10,846 juta). Kelab itu kemudiannya akan menambah antara 1 juta pound (RM4.9 juta) dan 1.3 juta pound (RM6.4 juta) kerana kejayaan meraih gelaran itu untuk dikongsi di antara pemain berdasarkan jumlah perlawanan mereka beraksi.

Pada aksi Liga Juara-Juara pula, Wayne Rooney dan rakan sepasukan diberikan 15,000 pound (RM73,951) untuk kemenangan peringkat kumpulan dan 20,000 pound (RM98,628) untuk peringkat kalah mati. Jumlahnya pada sekitar 2.5 juta pound (RM12.3 juta) jika mereka menewaskan Barca di Wembley pada 28 Mei ini.

Kelab itu akan menambah lagi ganjaran sebanyak 3 juta pound (RM14.7 juta) kerana meraih trofi itu dan sekali lagi pemain berkongsi ganjaran itu berdasarkan jumlah perlawanan mereka beraksi. United sudah meraih final ketiga Eropah dalam empat musim.

Mereka membelasah Schalke 4-1 di Old Trafford awal pagi Khamis lalu untuk menang dengan agregat 6-1 - satu rekod bagi keputusan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Skuad bimbingan Alex Ferguson itu kini mempunyai kelebihan tiga mata mengatasi Chelsea di tempat kedua. - Agensi

Sumber : [MetroArena]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: