MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Syabas! : GWGF Tolak Anwar & The Gangs

Katakan Tidak Pada Pakatan Rakyat Yang Akan Menghancurkan Malaysia Dan Orang Melayu

Syabas untuk Gabungan Wilayah Generasi Felda (GWGF) dan seluruh warga FELDA yang membuat bantahan kedatangan Anwar & The Gangs ke Felda Purun untuk memberikan ceramah. Kesatuan yang ditunjukkan oleh warga FELDA ini boleh mendorong lebih banyak lagi agensi berkaitan yang dibantu kerajaan menafikan keyakinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa mereka boleh mengasak minda sesiapa sahaja di Malaysia ini. Rata2 rakyat sudah mengetahui akan kedudukan sebenar dan yakin bahawa natijah perjuangan PR selama ini hanya mempertahankan seorang insan yang bernama Anwar selain mengamalkan nepotisme dan kronisme. Anwar hanya mempermainkan agama dan bangsa demi mendaulatkan dirinya dan keluarganya sahaja. Hak dan kebenaran yang diinginkan oleh rakyat ditolak mentah2 dengan pelbagai alasan yang retorik dan tidak munasabah. Hidup GWGF!!!!!

Artikel yang membantah kehadiran Al-Juburi ke Felda Purun :
BERA 13 Mei - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan ceramah Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Felda Purun di sini, lusa dianggap sebagai satu langkah yang akan mengganggu keharmonian masyarakat peneroka.

Sehubungan itu, sekumpulan 100 peneroka termasuk golongan belia mengadakan demonstrasi aman dengan berjalan sejauh 150 meter sambil membawa sepanduk yang mendesak supaya program itu dibatalkan.

Pengerusi Generasi Kedua Felda Gugusan Bera, Mohd. Fauzi Jalaludin berkata, mereka tidak mahu seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap dan didakwa sebagai pengkhianat berada di tanah rancangan itu.

Tegasnya, tanah rancangan di sini sudah sedia aman, makmur serta sejahtera dan kerana itu mereka tidak memerlukan orang luar apatah lagi yang mahu mengeruhkan suasana tersebut.

"Terlalu banyak perkara negatif dikaitkan dengan Anwar dan kita tidak mahu perkara itu mempengaruhi masyarakat Felda terutamanya generasi muda di sini.

"Kehadiran beliau hanya akan meracuni fikiran generasi muda terutamanya hal-hal memfitnah kerajaan dan Felda disebarkan dalam program tersebut," jelas beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fauzi, terdapat lima ahli panel pembangkang iaitu dari PKR, DAP dan Pas akan hadir membicarakan ceramah bertajuk 'Ubah Sekarang - Selamatkan Malaysia' pada program tersebut.

Katanya, kebajikan yang diterima peneroka hari ini adalah hasil usaha kerajaan dan pembangkang langsung tidak memberi sumbangan sebaliknya berusaha untuk menghuru-harakan keadaan.

Wakil Gabungan Wilayah Generasi Felda (GWGF), Ismayuddin Suib pula memberitahu, bantahan itu bertujuan mengelakkan pemikiran masyarakat Felda terpesong dan membelakangi kerajaan.

"Kerajaan telah banyak berusaha dan membantu warga Felda tetapi Anwar sewenang-wenangnya, masuk ke sini untuk merosakkan minda anak-anak bangsanya sendiri," katanya.

Wakil peneroka, Ahmad Abd. Rahman, 58, pula menegaskan, sebagai orang lama di tanah rancangan itu, beliau melihat kemakmuran penduduk semakin baik dari semasa ke semasa.

Sumber : [utusanonline]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: