MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Tahniah!! Arsenal Berjaya Menjulang Replika Piala Liga EPL 2010/11

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 11:51 PM

Tahniah Arsengal sebab telah berjaya merencatkan untuk seketika perjalanan penuh dramatik MU bagi menggondol Piala Liga bagi musim 2010/11 buat kali yang ke-19. Memang Arsenal telah bermain tahap bermati2an demi mencari 3 mata penuh di halaman sendiri untuk menghidupkan peluang mereka bersama2 Chelsea bagi menjulang Piala berprestij tersebut.

Kini, peluang terus terbuka untuk 3 pasukan iaitu MU, Arsenal dan juga Chelsea yang telah mengalahkan Totenham Hotspur semalam dengan jaringan kontroversi 2-1. Selepas ini, tinggal 2 perlawanan untuk setiap pasukan yang sedang bersaing hebat ini. Perlawanan yang pastinya ditunggu oleh para penyokong MU sudah tentu pasukan Chelsea yang akan bertandang ke Old Trafford pada 8/5/2011. Sebelum itu, MU juga akan menunggu kehadiran Schalke 04 bagi pertemuan kedua peringkat separuh akhir Champions League 2011. MU yang selesa dengan aggregat 2-0 mesti terus fokus untuk perlawanan pada 3/5/2011 apabila bertemu kelab dari Jerman itu selepas kekalahan tipis petang tadi.

Apapun, MU masih lagi di kedudukan teratas Liga EPL 2010/11 dengan 73 mata, dan Chelsea mengekori rapat apabila mengumpul 70 mata selepas menang dengan Spurs semalam. Kemenangan Arsenal ke atas MU juga masih meletekkan mereka di tangga ketiga dengan mata terkumpul sebanyak 67 mata.

Babak dramatik memang telah diduga untuk ketiga2 perlawanan terakhir bagi pasukan MU, Arsenal dan Chelsea. Bukti kejadian telah berlaku pada hari ini, namun masih ada lagi 2 perlawanan untuk menentukan siapa jaguh di antara jaguh. Tahniah Arsenal kerana telah berjaya mengalahkan MU pada hari ini dan seterusnya menggondol replika Piala Liga 2010/11 buat sementara waktu.

Buat penyokong2 MU, pastikan rentak sokongan akan diteruskan sehingga ke wisel penamat terakhir di kedua2 perlawanan terakhir peringkat Liga EPL nanti. Hanya tinggal 2 hari lagi bagi menentukan tiket Final buat MU di Stadium Wembley untuk perlawanan akhir Champions League 2011. Jangan lupa saksikan MU vs Schalke 04 di semi-final kedua (Agg : MU [2] - Schalke 04 [0]) di mamak stadium berdekatan kediaman anda.

HAIL MANCHESTER UNITED! GLORY GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: