CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Terima Kasih Kerajaan : Rakyat Harus Berjimat!

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 8:42 AM

Terima Kasih kerajaan kerana prihatin dengan kehendak dan kemahuan rakyat bahawa harga RON95, Gas memasak LPG dan diesel perlu dikekalkan. Keputusan kabinet telah memberikan nafas lega kepada rakyat. Maknanya, rakyat patut sedar meskipun harga pasaran minyak global kian meningkat, kerajaan masih lagi tidak mengurangkan subsidinya. Ini semua dibuat untuk kepentingan rakyat secara umum. Namun, ini tidak bermakna kerajaan akan terus2an memberikan subsidinya meskipun kelak tahap harga pasaran minyak meningkat terlalu tinggi. Kelak, subsidi akan perlu dikurangkan demi unjuran perbelanjaan kerajaan.

Natijahnya, di dalam kesempatan yang ada rakyat perlu sedar untuk memulakan langkah penjimatan dari segi kos terutama yang melibatkan penggunaan tenaga. Kita perlu sedar bahawa kalau kita bersikap "semua kerajaan tanggung", kelak negara akan mengalami defisit ketara di dalam belanjawan. Kita tidak perlu mendabik dada mengenai terma cukai yang dibayar kepada kerajaan. Itu hanya sekelumit tanggungjawab kita sebagai rakyat kerana negara2 maju sekalipun masih mengamalkan sistem cukai ke atas rakyatnya. Sikap tunggu dan lihat dan suka menuding jari kepada kerajaan adalah amalan yang tidak mulia. Pembangkang melihat isu kenaikan harga bahan mentah sebagai isu untuk menghentam kerajaan. Sebaliknya, apabila kerajaan mendahulukan kepentingan rakyat perkara ini akan dipandang sepi. Pembangkang seumpama ini tidak menjalankan fungsi yang baik untuk sesebuah negara membangun seperti Malaysia. Jelas di sini bahawa, pembangkang pun bersikap tuding jari dan bukannya membantu untuk pembangunan negara. Sekali, lagi terima kasih kerajaan.

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG buat masa ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.

Keputusan itu juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum sehingga 30 sen seperti tersebar dalam laman blog dan Facebook.

Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan tempoh masa pengekalan harga produk petroleum berkenaan dan kerajaan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

"Selepas mendengar pandangan semua pihak, kita kekalkan harga kerana bagi kita ini adalah permohonan dan pandangan rakyat. Saya tidak boleh beri kepastian sampai bila harga ini akan dikekalkan, kalau harga minyak dunia terus meningkat, kita akan lihat bagaimana (keadaannya)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Harga RON95 kini RM1.90 seliter manakala RON97 adalah RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Baru-baru ini ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah subsidi ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.
Ismail Sabri juga meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum.

"Percayalah kepada kerajaan hari ini yang mendengar pandangan rakyat. Sebelum sesuatu keputusan diambil, kerajaan mengambil kira pandangan semua sudut, jadi apa yang kita buat jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keputusan mengekalkan harga produk petroleum itu juga tidak menggambarkan bahawa pilihan raya semakin hampir.

"Terlalu banyak spekulasi tersebar.. tapi keputusan ini tiada kaitan dengan pilihan raya," katanya.

Sumber [beritaharian]

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: