MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Tragedi Ulu Bendul Bukan Yang Pertama

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 9:56 PM

Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

BAHAYA

Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Langkah keselamatan

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

3 Pelajar UTAR Mati Lemas

KAMPAR 1 Nov 2009 – Tidak sampai seminggu insiden jambatan gantung runtuh yang meragut tiga nyawa berlaku di Kuala Dipang, tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pula mati lemas apabila dibawa arus sungai di Air Terjun Batu Berangkai di sini hari ini.

Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terbabit ketika itu sedang berkelah di kawasan rekreasi tersebut sebelum kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang. (Baca Lagi)

Tragedi Kepala Air Di Ulu Bendul

3 Kanak-kanak Mati Lemas Di Ulu Bendul (SILA KLIK)

KUALA PILAH 3 Mei – Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama ibu bapa mereka di Taman Rekreasi Ulu Bendul di sini petang ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika lima sekeluarga itu yang menetap di Senawang dekat sini datang ke pusat perkelahan itu untuk mandi manda. (Baca Lagi)

Statistik Daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Kes lemas seluruh negara meningkat 76.18 peratus

Khamis, 03 Jun 2010 03:59

PULAU PERHENTIAN - Statistik mati kerana lemas di seluruh negara meningkat daripada 26 orang pada 2008 kepada 293 tahun lalu, meningkat 76.18 peratus. - Sinar Harian, 02 Jun 2010.

Baca lagi...

Antara Kes Lemas Melibat Kanak-kanak Dan Remaja Sekitar Dis 2010 - Kini

3 kanak-kanak mati lemas di Sungai Perak

KUALA KANGSAR 6 Feb. – Seorang ibu pasti tidak dapat melupakan detik-detik bagaimana dia melihat anak kesayangannya terkapai-kapai dibawa arus sungai sebelum ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Kampung Pauh, Ara Panjang dekat sini semalam. (Baca Lagi)

Pelajar Tingkatan 3 Mati Lemas

TUARAN 31 Mac - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang ketika mandi bersama beberapa rakannya di Sungai Damit di sini semalam. (Baca Lagi)

Mayat Budak Lemas Ditemui

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui mati lemas hari ini selepas terjatuh ke dalam kolam di Tasik Sri Gombak dekat sini ketika bermain dalam waktu hujan. (Baca Lagi)

2 Mangsa Mati Lemas Ditemui

KUALA KANGSAR 6 Feb. - Dua mangsa mati lemas ketika mandi di Sungai Perak petang semalam, ditemui pagi ini.

Mangsa, Mohamad Imran Rosli, 10, ditemui pada pukul 7.10 pagi ini, manakala Mohd. Abdul Abdza Ibrahim, 10, ditemui pukul 12.20 tengah hari ini. (Baca Lagi)

Budak 8 Tahun Ditemui Lemas

PASIR PUTEH 4 Feb. - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemui mati lemas ketika berkelah dan mencari kepah bersama keluarganya di Lagun Kuala Semerak di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Rabiatul Adawiah Razni, sedang bermain dengan bapa saudaranya, Mohd. Ilham Mazlan, 13, di tepi lagun berkenaan. (Baca Lagi)

Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Bilik Air

KULAIJAYA 15 Jan. – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, Chali Lek Kuan ditemui mati lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam besen berisi air di rumah keluarganya di Kampung Baru Senai dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 7.40 malam ketika kanak-kanak itu dipercayai bermain seorang diri di dalam bilik air tanpa disedari kedua-dua ibu bapanya. – Utusan

2 Pelajar Ditemui Mati Lemas

KOTA BHARU 9 Jan. - Dua pelajar ditemui lemas dalam kejadian berasingan di negeri ini petang ini.

Dalam kejadian pertama, seorang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Cabang Empat lemas selepas dipercayai mandi bersama seorang rakan di sebuah sungai berdekatan rumahnya di Kampung Talak, Cabang Empat, di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Farid Zulkifli, 17, dikatakan mandi selepas memukat ikan di sungai tersebut. (Baca Lagi)

Ibu Hanya Mampu Melihat Anak Lemas Di Depan Mata

KOTA BHARU 8 Jan. - Disebabkan takut mengharungi arus deras akibat banjir, seorang ibu, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat anak perempuannya terkapai-kapai kelemasan sebelum mati selepas terjatuh ketika bermain berhampiran rumah mereka di Kampung Belukar Limbat di sini.

Lebih menyedihkan, beberapa detik sebelum itu, Gayah sedang memerhatikan Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, sedang asyik bermain air dalam jarak kira-kira tiga meter dari tempat dia berdiri kerana bimbangkan keselamatan anaknya itu. (Baca Lagi)

3 Bersaudara Mati Lemas

HULU SELANGOR 30 Dis. - Kegembiraan lapan sekeluarga dari Klang berkelah di kawasan air terjun Sungai Sendat, Ulu Yam Baru di sini hari ini, berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas ketika mandi.

Mereka yang maut ialah Tan Ching Wee, 10, Tew Chew Ying, 13, dan Kok Soo Dee, 19. Ching Wee dan Chew Ying merupakan sepupu manakala Soo Dee pula ibu saudara kepada mereka berdua. (Baca Lagi)

Perihal Air Ketika Tenang Menjadi Kawan, Sudah Deras Menjadi Lawan!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: