MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

KL Gangster Memang Anak Jantan

♠ Posted by kayrozz in ,, at 5:30 PM

Ajib In Action...wa minat cara penyampaian dialog Ajib yang bersahaja tapi kool

BERBANDING genre aksi lain, KL Gangster terbitan Skop Productions pula mempertaruhkan tiga pelakon lelaki sebagai teraju utamanya sekali gus memantapkan lagi filem yang bakal menjengah pawagam tanah air bermula esok.

Filem yang mengupas kegiatan kongsi gelap ini dibintangi tiga pelakon hebat di persada seni tanah air iaitu Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan Adi Putra. Dalam filem ini, Syamsul membawa watak antagonis iaitu gangster jalanan Shark, Aaron watak gangster yang sudah insaf, Malik dan baru keluar penjara serta Adi yang bawa watak gangster, Jai yang juga adik kepada Malik.

Pada sesi fotografi yang diatur Rap bersama tiga pelakon ini di Studio Balai Berita, baru-baru ini masing-masing mengakui mempunyai keserasian ketika digandingkan dalam filem berkenaan. Secara peribadi, Syamsul yang juga pengarah filem ini mengakui Aaron dan Adi adalah dua pelakon yang tepat untuk bergandingan dengannya dalam filem itu.

Saya sendiri yang memilih Aaron dan Adi bergandingan sebagai teraju utama filem ini. Mereka juga mempunyai peminat tersendiri di persada seni tempatan. Saya sudah bekerja banyak kali dengan Aaron dan kami memang serasi bekerjasama dalam filem. Ini juga kali pertama, saya bekerja dengan Adi dalam filem, katanya.

Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 ini berkata, dia memang suka dengan Adi kerana dia memang ada sesuatu. Adi mempunyai eye contact dan fizikal yang bagus untuk bawa watak gangster. Sepanjang penggambaran, Adi juga berjaya menjiwai watak Jai dengan baik seperti dikehendaki dalam filem ini. Dia memang sesuai untuk membawa watak Jai yang juga adik kepada Malik dalam filem ini.

Sukar Dilepaskan Untuk Menonton!!!!

Sudah menjadi cara saya mengarah iaitu memberi kebebasan kepada pelakon untuk tidak terikat dengan dialog seperti dalam skrip filem ini. Saya juga suka berbincang dengan pelakon dan berkongsi idea dengan mereka untuk mendapat hasil terbaik dalam filem ini. Setiap pelakon juga perlu fokus dengan karakter masing-masing, katanya.

Apapun, pada peringkat awal, kata Syamsul, dia sendiri kurang yakin untuk bawa watak Shark yang juga gangster dalam filem itu. Maklumlah, ini kali pertama saya bawa watak jahat dalam filem. Justeru, saya minta penolong pengarah sendiri yang buat uji bakat untuk saya melakonkan watak Shark dan ternyata, mereka berasa puas hati dengan lakonan saya ketika itu.

Bagi menjiwai watak diserahkan, Syamsul juga menonton filem Hollywood kegemarannya iaitu God Father dan Scarface sebagai rujukan untuk menjiwai watak berkenaan dan melihat daripada aspek lakonannya, katanya. Pada masa sama, kata Syamsul, dia juga buat kajian mendalam mengenai kegiatan kongsi gelap di luar sana untuk mendapat gambaran yang sebenar.

Scene Abang-Adik bertumbuk adalah antara yang menarik

Ini memang filem impian saya, sejak dulu. Ia seratus peratus cerita mengenai kongsi gelap dan hasil gabungan idea saya dengan penolong pengarah, Rizal Ashraf. Cerita ini juga memang ada sedikit persamaan dengan dunia gangster yang sebenar di luar sana. Sebagai kelainan, saya paparkan Malik, ahli kongsi gelap yang sudah insaf dan ingin berubah ke arah kebaikan seratus peratus, katanya.

Demi menjiwai watak Shark, Syamsul sanggup membotakkan kepala dan menaikkan berat badannya mencecah lebih 70 kilogram. Saya juga berdepan dengan tekanan untuk menjiwai watak Shark yang penuh dengan dendam dan kemarahan. Sebenarnya, Shark adalah anak kepada ketua gangster (lakonanRidzuan Hashim).

Cabaran besar dihadapi kerana filem ini membabitkan sebahagian besarnya babak pergaduhan yang sengit. Saya juga mengalami lebam-lebam ditubuh sepanjang penggambaran. Kami juga buat babak pergaduhan sendiri dengan bantuan koreografer lagak ngeri tempatan yang kehebatannya setanding di Hong Kong, katanya.

Bagi Aaron pula, dia juga mengakui selesa bekerja dengan Syamsul dalam filem KL Gangster itu. Maklumlah, mereka pernah bekerjasama dalam tiga filem pengarah muda itu sebelum ini iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 1 dan Evolusi KL Drift 2.

Kali ini, watak saya ada kelainan kerana ia watak baik. Malik adalah bekas gangster yang sudah insaf dan keluar dari penjara. Saya dan Syamsul berbincang mengenai watak terlebih dulu sebelum penggambaran dimulakan. Seperti filem sebelum ini, saya juga buat dialog sendiri untuk menjiwai watak Malik.

Cabaran paling besar ialah untuk menjayakan babak pergaduhan dalam filem ini kerana ia membabitkan penggambaran selama 20 hari dan hanya tiga hari tidak ada babak pergaduhan. Saya juga cedera di bahagian lutut ketika menjayakan babak pergaduhan itu, katanya.

Aaron mengakui semua pelakon utama tiada asas dalam seni mempertahankan diri tapi ia bukan penghalang buat mereka beri yang terbaik dalam filem itu. Dengan bantuan koreografer lagak ngeri, kami berjaya melakonkan babak masing-masing sebaik mungkin. Maklumlah, pengalaman saya hanya pernah bergaduh dengan orang ketika zaman bujang dulu, katanya.

Manakala, Adi pula mengakui sangat teruja bergandingan dengan Syamsul dan Aaron dalam filem berkenaan. Saya memang sudah lama ingin bekerja dengan Syamsul yang juga pengarah generasi muda hari ini. Watak Jai adalah gangster yang berhati kering dan adik kepada Malik memang tidak kurang hebatnya.

Saya berusaha menampilkan kelainan daripada aspek lakonan kerana tidak mahu ada persamaan dari yang pernah dilakonkan sebelum ini, katanya. Adi turut berdepan cabaran besar menjiwai watak gangster kerana ia memerlukan stamina yang tinggi.

Syamsul pula pengarah yang boleh terima pandangan pelakon dan ia memudahkan kami bekerjasama dalam filem ini. Sepanjang penggambaran, saya turut mengalami kecederaan iaitu bahu kena paku dan lutut terkehel ketika menjayakan babak pergaduhan dalam filem ini, katanya. Filem ini turut dibintangiSheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie(Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).

Abang Long Fadil yang akan ditabalkan sebagai Ayahanda

Sumber Informasi Sejagat [sinemamalaysia]

Jai Si Adik Kepala Gangster KL

kayrozz : Layan filem aksi terbaik hasil karya pengarah yang sedang meningkat naik Shamsul Yusof. Memang boleh pecah panggung jugak filem ni. Terbaikk gangs!!!! Kasi lu sampai hilangggg sengaaattttttttttt!!!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: