MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Muktamar PAS ke-57 : 7 Isu Besar Perlu DiRungkai PAS

Artikel ini diambil daripada slot Rencana Utusan Malaysia
Ditulis oleh Saudara Zulkifli Noordin

Tazkirah untuk muktamirin
SALAM semua.

Teman mengambil kesempatan mengucapkan selamat dan ahlan wasahlan kepada 1,150 para perwakilan ke Muktamar Agung Pas Ke-57.

Kebetulan muktamar bermula pada 1 Rejab, bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa Isro’ wal Mi‘raj yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-13 Kenabian. Satu peristiwa yang dirakam di dalam Surah Al-Isro’: 1. Begitu juga peristiwa pembukaan dan pembebasan semula Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.

Teman berdoa kepada Allah SWT moga Muktamar Rejab 1432 ini membawa peristiwa besar kepada Pas dalam mengorak langkah memartabatkan Islam dalam negara bertuah ini.

Pas kini berada di persimpangan jalan. Sama ada memilih untuk menjadi sebuah parti politik biasa sebagaimana parti politik yang bersepah di dunia ini, yang mempertuhankan demokrasi demi sedikit kuasa, yang punya akidah matlamat menghalalkan cara; atau Pas boleh terus memilih untuk menjadi sebuah hierarki Islamiyah, yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah, yang bertunjang kepada usrah dan tarbiyah; yang politik menjadi alat, Islam sebagai matlamat; yang mempertuhankan Allah Yang Satu; yang yakin dan percaya segala ketentuan adalah daripada Allah; yang punya akidah bahawa tidak ada sebarang kekuatan dan daya melainkan dengan bantuan Allah; yang yakin Islam boleh berdiri sendiri tanpa perlu bersekongkolan apatah lagi dengan kafir harbi!

Sempena muktamar besar ini, teman mengajak para muktamirin merenung sejenak dan menjawab tujuh (7) isu besar yang teman perturunkan di sini. Teman percaya tujuh isu ini perlu didebat dan dibahaskan, supaya Pas tidak terus dikalkatukan oleh silauan Putrajaya yang diobori golongan Al Kazeeb yang paling buruk akhlaknya dalam sirah politik dunia, sebaliknya semoga Pas terus dibimbing dan dihidayahkan dengan hudallilmuttaqeen:

1. PERJANJIAN PERSEFAHAMAN YANG MEMBUNUH PERJUANGAN ISLAM

ADAKAH para muktamirin sedar bahawa Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam telah dan akan membawa kesan dan implikasi serius kepada Pas, iaitu antara lain bahawa agenda penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar pakatan pembangkang jika memenangi pilihan raya dan memerintah.

Jangan termakan pembohongan yang menyatakan bahawa perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, Pas dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah Tuhannya sebagai Perdana Menteri.

Itu semua putar belit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar, Karpal Singh & Lim Kit Siang (dengan kerjasama segelintir pengkhianat didalam dan luar Pas) telah menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar pakatan pembangkang jika memerintah.

Persoalannya, adakah para muktamirin sedar perjanjian ini sebenarnya menjadikan dasar asas perjuangan Pas untuk mendirikan sebuah Negara Islam dan melaksanakan syariat dibakulsampahkan? Adakah para muktamirin bersedia melakukan pengkhianatan terhadap perjuangan tersebut?

Tidak ingatkah perjuangan dan pengorbanan pejuang seperti Ustaz Ibrahim Libya, Ustaz Zulkifli Mohamad dan ramai lagi yang membayar dengan nyawa semata-mata untuk berjuang menegakkan sebuah Daulah Islamiyah? Tidak sedarkah para muktamirin bahawa mereka sedang berdiri menikmati sedikit “kejayaan” di atas darah para pejuang dan syuhada ini!

Jawapannya mudah, jika Pas mahu kembali kepada perjuangan asal, para muktamirin harus bangkit dan menegaskan bahawa Pas perlu dan wajib mufaraqah daripada ‘Pakatan Syaitan’ ini, dan berjuang bersendirian di atas kalimah Laa ila haillallah. Itulah yang dibuat oleh Rasulullah, dan itulah resepi kejayaan Sultan Salahuddin.

2. HAK KERAJAAN PAS MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM AKAN DINAFIKAN

ADAKAH para muktamirin sedar bahawa jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri termasuk di bawah kepimpinan Pas tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang Islam, termasuk mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Inilah kesan secara langsung perjanjian persefahaman pakatan pembangkang yang telah ditandatangani, yang sentiasa diungkit dan dijadikan senjata menentang Pas dalam apa juga isu yang melibatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan syariat Islam.

Jangan lupa apa yang terjadi di Selangor, sehingga kepimpinan cauvinis, ekstremis dan rasis DAP dengan ‘biaDAP’ mendesak supaya Pesuruhjaya Pas Selangor dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang daripada jawatan Exco Hal Ehwal Islam semata-mata kerana beliau mahu melaksanakan apa yang beliau faham aspirasi perjuangan Pas yang asal.

Jangan lupa usaha Kerajaan Tok Guru hendak mengharamkan judi di Kelantan dikritik hebat oleh manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah Tuhan dan menerima kutukan daripada Karpal Singh dan kekawan DAPnya. Sehingga Anwar menegur Tok Guru supaya merujuk kepada kepimpinan PKR dan DAP dahulu sebelum buat sebarang keputusan mengenai perlaksanaan undang-undang mengharamkan judi tersebut.

Adakah para muktamirin sedar itu adalah petunjuk Allah akan jenis pemerintahan yang akan berlaku jika pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan.

3. PAS LANGSUNG TIDAK DIHORMATI

ADAKAH para muktamirin sedar Pas langsung tidak dihormati oleh Anwar dan kekawan DAPnya. Jangan lupa apa yang terjadi di Kedah, apabila seorang ADUN DAP di Kedah (walaupun hanya seorang) dengan begitu biadap mengugut kepimpinan Kerajaan Pas Kedah supaya membatalkan perobohan pusat penyembelihan babi dan akhirnya membawa DAP Negeri Kedah keluar pakatan pembangkang.

Jangan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang bila mana Kerajaan DAP langsung tidak menghormati satu-satunya ADUN Pas YB Ustaz Salleh Man (dahulu YB Almarhum Ustaz Hamdan) dengan tidak memberi sebarang kedudukan pun kepada Pas, termasuk portfolio Exco Hal Ehwal Islam, Pengerusi Majlis Agama pun tak diberi.

Jangan lupa penghinaan yang dibuat oleh Ketua Staf Lim Guan Eng yang melabel saudara Razali, seorang ahli Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis dan teroris!

Jangan lupa pengumuman sembrono Anwar mahu melantik Baru Bian, seorang Kristian sebagai Ketua Menteri Sarawak tanpa langsung merujuk kepada Pas.

Lihat bagaimana DAP Sarawak langsung tidak memaklumkan, jangankan berbincang dan merujuk, kepada kepimpinan Pas apabila melantik Kabinet bayangan di Sarawak? Tidakkah ini menyedarkan para muktamirin bahawa pakatan pembangkang memang langsung tidak menghormati Pas!

4. ANWAR ‘PENGANUT’ FAHAMAN PLURALISME?

PARA muktamirin wajib mendapatkan pengesahan dan pengakuan terbuka daripada Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan bahawa dia menolak fahaman pluralisme. Buktinya, dalam ucapan di London School of Economics pada 18.03.2010 (sila rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-at-the-london-school-of-economics-march-18-2010/), Anwar berkata, “saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan bahawa untuk pluralisme agama berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral untuk seseorang itu berkata kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan lain daripadanya, “kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami benar, kamu percaya kepada tuhan kamu, tetapi kepercayaan kamu tidak betul”.

“Kitab agama Sikh Guru Granth Sahab memberitahu bahawa orang yang mampu melihat semua jalan kerohanian membawa kepada Yang Satu akan menjadi bebas merdeka, tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan jatuh terbakar ke dalam api neraka. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dalam nikmat kebenaran”.

Kenyataan ini bercanggah sama sekali dengan Surah Al-Kaafirun, dan firman Allah bahawa “sesungguhnya Aku yang mengutus Muhammad dengan agama Islam yang benar dan haq, dimenangkan di atas agama lain, walaupun tidak disukai oleh musyrikin (dan kaafirun)".

Sebaliknya kenyataan Anwar di atas jelas membawa implikasi dan kesan bahawa akidah dan fahaman umat Islam yang menegaskan agama Islam itu benar, bahawa agama lain itu salah dan batil adalah salah dan tidak benar. Malah Anwar berkata orang berfahaman saperti itu akan dibakar oleh api neraka! Na‘uzubillah min zalik.

Persoalan besar yang perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin, adakah Pas bersedia bersekongkol dan menjadikan penganut fahaman pluralisme seperti ini sebagai pemimpin dan Perdana Menteri? Oleh itu sangat penting, malahan menjadi sesuatu yang wajib bagi para muktamirin untuk mendapatkan pengesahan terbuka Anwar mengenai fahaman pluralisme yang dianutinya.

Jika ia benar, maka wajiblah para muktamirin mengusulkan supaya Pas bermufaraqah daripada pemimpin saperti ini; yang bukan sahaja bergelumang dengan permasalahan akhlak, malah akidahnya mungkin boleh dipersoalkan. Kerana kata para ulama, penganut fahaman pluralisme ini jika tidak bertaubat adalah sesat dan murtad!

5. KARPAL SINGH: LANGKAH MAYAT DULU

PARA muktamirin perlu mendapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Karpal Singh bahawa dia sudah membuang prinsip “langkah mayat saya dulu” jika Pas mahu menubuhkan sebuah Negara Islam, bahawa beliau tidak menentang perjuangan Pas hendak mendirikan sebuah Negara Islam dan melaksanakan syariat Islam jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan.

Janganlah para muktamirin lupa perisytiharan terbuka Karpal Singh bahawa “langkah mayat saya dulu” kalau Pas berangan-angan nak menubuhkan daulah Islamiyah dan melaksanakan hudud, qisas & takzir. Janganlah para muktamirin terpedaya dengan kelentong menyatakan itu bukan isu besar.

Teman cukup yakin akan ada nanti kenyataan yang menyatakan Pas perlu fokus kepada memenangi pilihan raya umum dahulu, baru kita bercakap tentang negara Islam dan pelaksanaan syariat. Prinsip menang dulu beralah kemudian wajib ditolak oleh para muktamirin.

Fakta-fakta yang teman sebut di atas jelas membuktikan bahawa selepas menang pilihan raya, suara dan pendirian Pas memang langsung tidak akan dihormati. Silap-silap berbincang dengan Pas pun tidak akan dilakukan!

6. KIT SIANG TIMBALAN PERDANA MENTERI

ADAKAH para muktamirin sedar bahawa jika pakatan pembangkang memerintah, cauvinis dan ekstremis bernama Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kalau tak percaya, cuba minta manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah Tuhan itu supaya menafikan secara terbuka Kit Siang tidak akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pastikan Anwar buat penafian terbuka, kalau tidak nanti dengan Pas dia temberang lain, dengan DAP dia kelentong lain! Jangan biarkan Anwar & Kit Siang berdolak-dalik dan memutar kata pelantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihan raya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong sahaja.

Pastikan Anwar & Kit Siang secara terbuka dan di atas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakap lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kit Siang!

7. KARPAL ‘LOYER’ ANWAR?

JUGA para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh, apa rancangan dan agenda dia dalam beriya-iya membela manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah Tuhan ini? Sebab dialah orangnya di dalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kakitangannya (Azizan) dan mendesak kerajaan supaya menyiasat Anwar segera.

Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka.

Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 September 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya?

Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar dalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak “selagi dapat picit ... Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!" Kerana Pas sebagai parti berteraskan Islam sudah tentu tidak mahu ada di antara pemimpin sekongkolan mereka terpalit dengan pertuduhan jijik seperti itu.

Teman boleh bariskan banyak lagi perkara yang wajib dan perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin bagi Muktamar Agung Ke-57 ini. Ini belum lagi kita membincangkan isu videoklip yang didedahkan oleh rakan baik Anwar sendiri Datuk Shazryl Eskay. Cuma teman berharap jangan ada para muktamirin yang terpedaya dengan kompangan ini adalah isu qazaf.

Sebenarnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan isu qazaf, sebab tiada siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Eskay cuma menyatakan bahawa beliau punya bukti berbentuk video klip yang rakan baiknya Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

Takkan itu termasuk dalam qazaf yop? Isu video klip ini sengaja diputarbelitkan sebagai isu qazaf sebab hendak menutup kebenaran yang sudah begitu jelas!

Dan teman cukup yakin, jika sesiapa juga yang mempunyai sedikit keimanan dan ketakwaan, bila menjawab soalan-soalan di atas, pasti akan terbuka di hati dan jiwanya bahawa tiada sebarang rumusan lain selain daripada menegaskan bahawa Pas wajib mufaraqah daripada pakatan pembangkang, dan berjuang sendiri di atas platform Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Sesiapa juga para muktamirin yang melihat dengan mata keimanan akan dapat melihat dengan jelas bahawa pakatan pembangkang yang ada ini adalah satu pakatan songsang. Dalam erti kata lain, ia satu PALUT: Pakatan Luar Tabie yang akan memusnahkan dan merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Ingatlah pesan seorang ulama besar bahawa Islam huwal Islam, Islam itu Islam, ia berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa kecuali Allah ‘azzawajal.

Semoga Muktamar Agung Ke-57 ini memberi kekuatan dan keberanian untuk para muktamirin dan ahli akar umbi Pas melakukan perubahan besar, untuk melakukan hijrah akidah, untuk kembali kepada perjuangan Islam yang berteraskan al- Quran dan Sunnah.

Kalau pejuang dahulu boleh berjuang selama 50 tahun bersendirian, mengapa pula para pejuang hari ini berasa ragu dan was-was. Semoga semangat bulan Rejab memberi nafas baru kepada para muktamirin sekelian.

SOKONGLAH KEPIMPINAN ULAMA

SAY NO TO ANWARINAS

TOLAK PAKATAN LUAR TABIE

Selamat bermuktamar dan salam.

Sumber [utusanonline]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: