MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Petanda Awal PRU13 Akan Bergegar Tsunami Buruk!!

Ulama yang menjadi label di dalam PAS serta melambangkan ketokohan dan perjuangan Islam sebelum ini telah disingkirkan selepas semua tahu keputusan perwakilan di dalam Muktamar PAS ke-57. Alasan paling utama di kalangan para perwakilan adalah mesej terpampang yang dijelaskan oleh Presiden Hj Hadi iaitu untuk mempersiapkan diri menjelang PRU13. Di sebalik kemenangan Puak Erdogan yang mempunyai pertalian yang cukup rapat dengan AnuWAR PAndikutty, jelas di sini bahawa selama PAS diterajui oleh Pro-Ulama mereka dilihat tidak agresif dan lemban. Justeru, dengan percaturan politik wang dan juga menolak untuk mendaulatkan kerajaan Islam impian PAS maka mereka dilihat lebih relevan dengan PKR dan DAP. Mat Sabu yang memenangi kerusi Timbalan Presiden dilihat boleh membawa Hj Hadi ke hadapan melebihi kredibiliti AnuWAR. Namun, apakah DAP akan bersetuju untuk menempatkan slot Timbalan Perdana Menteri kepada PAS sekiranya Pakatan Haram menang di PRU13 kelak? Apa yang berlaku kini, slot tersebut telah ditempah awal oleh AnuWAR untuk diberikan kepada DAP sekiranya Pakatan Haram berjaya mendapat kelebihan 2/3 di kerusi Parlimen kelak.

Jengah lagi bila Mat Sabu menang [Timbalan Presiden]

UMNO sebagai parti memerintah sewajarnya melihat senario di dalam Muktamar PAS ke-57 ini dengan lebih serius dan peka. Jelas terpampang di sini bahawa, PAS sudah memulakan strategi peperangan di peringkat awal dengan mengetengahkan teraju yang lebih agresif dan ampuh. Tsunami yang melanda Muktamar PAS ke-57 bakal melanda di PRU13 jikalau UMNO tidak berhati2 membuat percaturan daripada sekarang. PRU13 pasti tidak akan melihat isu2 yang menyalahi dengan hukum hakam Islam kerana jelas PAS sudah mengetepikannya sama sekali apabila tetap bernaung di bawah payung Pakatan Haram bersama2 PKR dan DAP. Mereka lebih berhasrat untuk menjatuhkan kepimpinan UMNO daripada Malaysia walaupun tanpa diberikan sebarang imbuhan nyata kelak. Inilah ketrampilan 'Hati Kering' para perwakilan di sidang Muktamar ke-57 PAS yang berjaya menolak Ulama dan perpaduan dengan UMNO, tetapi menyokong kepada perpecahan Ummah dan bangsa.

Para pendokong warisan kepimpinan UMNO di Malaysia tidak boleh berdiam diri dan melihat senario yang melanda PAS sebagai suatu masalah kecil yang boleh ditangani. Ini adalah detik awalan kepada kehancuran jika kita masih bersilang panggung dan menutup sebelah mata akan strategi pembangkang. Jika mereka masih tidur berdodoikan kuasa dan kepentingan masing2, maka tidak hairan jika PRU13 merupakan detik tsunami paling buruk bagi kerajaan pimpinan UMNO dan BN. PKR, DAP dan PAS amat2 serius untuk menghalau UMNO-BN daripada Putrajaya, maka strategi kepimpinan UMNO-BN perlu bertindak segera sebelum terlewat. Jika ini kesudahan kepada Malaysia sebelum ditabalkan menjadi republik suatu hari nanti, maka percayalah masa tidak akan membawa kembali kepada Islam dan Melayu seperti sekarang. Melayu akan terus terpinggir manakala Islam akan terus dikudakan. Maka, bertempiklah sekalian Bukan Melayu yang berjaya akhirnya menduduki Malaysia atas kekhilafan dan kebodohan para pemimpin di tanah airnya sendiri.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: