MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Politik Mainan PAS Yang Jijik

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 11:15 AM

Politik mainan PAS di Malaysia amat kotor dan jijik apabila fatwa dan kenyataan boleh dikeluarkan secara semberono tanpa fakta dan bukti yang kukuh. Permainan politik inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan cukup ketara di kalangan umat Melayu di tanah airnya sendiri. Sejak sekian lama, PAS yang cukup sinonim dengan golongan ulama dan perjuangannya hanya untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia telah terkubur akibat nafsu serakah dan songsang para pemimpin mereka. Jelas, Islam bagi PAS telah dibelakangkan dan kebajikan duniawi diutamakan. Pelbagai fatwa sebelum ini yang dipelopori oleh Hadi Awang hanya retorik semata2 bagi menghuru-harakan keadaan semasa demi terpecahnya lagi umat Islam dan Melayu di Malaysia. Inilah lambang keperibadian seorang tokoh yang bertopengkan sarban dan janggut.

Mereka hanya mengikut segala sunnah ajaran Nabi dari luaran sahaja, namun terpesong daripada akidah perjuangan Islam yang sebenar. Pengaruh duniawi telah menjalar di dalam darah PAS dan mengkibatkan mereka alpa dan tunduk kepada tekanan, walhal perjuangan mereka sehingga kini tidak menampakkan langsung ciri2 JIHAD dan BERJUANG KE JALAN ALLAH. Jika hanya menyeru sekalian umat Islam hanya untuk bersolat dan mengerjakan RUKUN ISLAM YANG 5, itu hanya sekelumit daripada ajaran mereka yang boleh digunapakai. Selain itu, majoriti keutamaan PAS hanya untuk memecah-belahkan umat Islam dan Melayu berdasarkan FATWA2 HARAM mereka sebelum ini. Sedarlah umat Islam dan Melayu di Malaysia, bahawa jangan terpesong dengan dakyah dan perjuangan PAS kerana mereka kini telah terlalu sesat lagi menyesatkan.

Juak hamPAS sudah tentu masih ingat tentang FATWA Hadi Awang yang satu ini!!!
Oleh : Anak Seluang, Kulim Kedah

FATWA Haji Hadi yang memecahbelahkan umat Islam dan Melayu sehingga ke hari ini adakah masih terpakai? Pas menjadikan fatwa tersebut sebagai rukun dan rujukan dalam perjuangan politik untuk menghadapi UMNO.

Ternyata fatwa tersebut telah memporakperandakan institusi keluarga Melayu dan Islam di negara ini. Suami isteri bercerai berai. Anak berputus kasih dengan ibu bapa, kawan terputus sahabat sesama sendiri, ahli kariah tidak bertegur sapa kerana fatwa songsang ini.

Hari ini, Haji Hadi mengeluarkan fatwa baru. Tidak ada kerajaan Islam. Yang ada Kerajaan Berkebajikan.

Besar dosa yang Haji Hadi terpaksa tanggung di atas Fatwa Haji Hadi yang beliau keluarkan.

Begitu mudahnya orang berserban dan mengaku alim mengelirukan rakyat jelata dengan fatwa songsang yang racunnya terasa sehingga ke hari ini. Walaupun berapa puluh tahun, kesan perpecahan umat Melayu dan Islam masih tidak boleh dibaiki dan diubati.

Kenapa Haji Hadi membisu seribu bahasa? Bila lagi beliau hendak mengisytiharkan Fatwa Haji Hadi yang dibuatnya adalah salah? Bila lagi beliau hendak menarik balik fatwa tesebut? Tidakkah Haji Hadi berasa bersalah mengeluarkan fatwa tersebut? Apa lagi sandiwara Pas selepas ini?

Sumber [utusanonline]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: