CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Tazkirah Jumaat Untuk AnuWAR!!

♠ Posted by kayrozz in ,,,, at 11:11 AM
Artikel Untuk AnuWAR baca kalau dia befikir sebagai seorang Pemimpin Muslim Yang Baik!!!! Kalau tidak kau memang sahih dicop sebagai Pemimpin Muslim Yang Paling Buruk.

Pemimpin Muslim yang baik tidak mencela

APABILA golongan pemimpin mula mencela, maka apakah yang cuba ditunjukkan atau diajarkan kepada golongan rakyat bawahan?

Kecenderungan golongan pemimpin masa kini, terutamanya pemimpin Muslim, menggunakan kata-kata kesat untuk menjatuhkan lawan masing-masing sangat dikesali. Perbuatan itu amat memalukan, merendahkan martabat diri dan mengundang perbalahan dan permusuhan yang tiada titik penghujung. Lebih hina lagi apabila tindakan itu dikaitkan pula dengan agama Islam yang suci sehingga mungkin masyarakat Muslim dilabelkan sebagai "pencela terhebat."

Hakikatnya, bukan itu yang diajar dan dituntut dalam pandangan hidup Islam. Sebagai satu agama yang menggalakkan "kasih sayang," sesama manusia, umat Islam dituntut untuk sentiasa bercakap baik tidak kira dalam apa jua keadaan. Tuntutan ini terpakai dalam keadaan suka, duka, marah mahupun benci.

Dalam surah al-Hujurat (49), ayat 11, jelas umat Muslim dituntut untuk tidak "mencemuh serta merendah-rendahkan," "menyatakan keaiban" serta "panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk" terhadap orang lain.

Mungkin atas dasar ini, Rasulullah SAW memperingatkan umat Muslim supaya menjaga lidah (tutur kata) mereka. Sabda Baginda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang tidak ada selain-Nya, tidak ada sesuatu di atas muka bumi yang lebih wajar dipenjarakan dalam jangka masa yang lama selain dari lidah." ( al-Tabrani)

Al-Ghazzali dalam buku bertajuk Peribadi Muslim mengingatkan kita bahawa kebolehan bertutur kata merupakan satu anugerah atau nikmat dari Allah SWT. Dengan nikmat ini, manusia dapat membezakan dirinya dengan makhluk-Nya yang lain. Oleh itu, nikmat yang ada ini seharusnya dipelihara dan digunakan dengan cara yang baik.

Kegagalan kita mengawal apa yang ingin diperkatakan sebenarnya mengundang banyak masalah. Pertamanya, ia menggambarkan keperibadian pencela itu sendiri. Si penutur yang gemar menggunakan perkataan tidak baik sebenarnya secara terang "menelanjangi" diri atau akhlaknya yang bermasalah. Seperti kata al-Ghazali, "...perkataan yang lahir dari seseorang menggambarkan hakikat pemikiran dan tabiat budi pekertinya."

Bagaimana pula dengan keperibadian orang lain? Bukankah cercaan itu akan menjatuhkan air muka orang lain? Jika pencerca berasa bahagia dan kononnya sedang dalam keadaan "menang" apabila melihat orang lain ditimpa musibah maka nampaknya pemimpin sebegini tidak layak memimpin.

Bukan itu sahaja, bagi masyarakat awam, pemimpin adalah contoh teladan kepada mereka. Jika pemimpin sering bertutur kata dengan cara yang tidak berhemah, adakah ini bermakna masyarakat umum harus meneladaninya? Bagi ahli masyarakat dewasa yang sudah faham dan boleh berfikir, pasti akan menolak untuk mencontohi pemimpin sebegini.

Namun, bagaimana dengan kanak-kanak atau golongan muda remaja? Golongan ini secara fitrahnya gemar "melakonkan" semula apa yang lakukan atau diperkatakan oleh golongan dewasa. Jadi, tidak mustahil kata-kata kesat yang dilontarkan itu menjadi "siulan" anak muda pula. Dengan itu, ibu bapa kini berhadapan dengan saat yang sukar untuk menerangkan ketidakwajaran penggunaan perkataan kesat itu.

Malah, paling utama, para pemimpin dilarang mencerca orang lain kerana akhirnya perbuatan itu hanyalah mencela diri sendiri seperti mana yang disebut Hamka dalam Tafsir al-Azhar (Jilid 9) bahawa: "... mencela orang lain itu sama juga dengan mencela diri sendiri." Dengan itu, bolehkah kita juga menyatakan bahawa cercaan seorang pemimpin Muslim kepada pemimpin yang lain sebenarnya adalah satu cercaan kepada umat Islam keseluruhannya? Jika perkara ini dipersetujui maka tidakkah kita sebenarnya sedang menghina saudara seagama kita sendiri?

Perbuatan cerca-mencerca ini juga akhirnya akan membawa kepada permusuhan yang lebih teruk. Mulanya mencerca, diikuti pula dengan tindakan kekerasan dan akhirnya mungkin boleh sampai ke tahap mencederakan orang lain. Oleh itu, sebelum seseorang pemimpin mengeluarkan kata-kata dari mulutnya, dia seharusnya memikirkan apakah kesan perkataan tersebut bukannya hanya mengikut nafsu amarah.

Seharusnya, para pemimpin mempunyai kebijaksanaan serta hemah yang tinggi dalam segala tindak-tanduknya. Golongan bawahan pula pada setiap masa melihat dengan mata yang tajam akan tindak-tanduk tersebut. Mereka ini tidak berhenti dengan sekadar melihat tetapi mereka membuat penilaian terhadap tindak-tanduk itu.

Hakikatnya, seperti apa yang disebut oleh Sayidina Ali bin Abi Talib dalam surat yang diutuskannya kepada Malik bin a-Haris, sempena pelantikan beliau sebagai Gabenor Mesir pada tahun 655 H, "masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang baik."

Walaupun, ramai yang beranggapan bahawa dirinya mempunyai hak untuk berkata apa sahaja, namun, bagi penulis hak individu ini secara automatik gugur apabila individu tersebut mencerca sehingga membawa musibah kepada dunia ini. Ini kerana hak yang wajar adalah hak untuk berkata perkara yang baik iaitu berkata sesuatu yang membawa kebaikan-kebaikan yang lain. Sebaliknya, jika hanya gemar bertutur negatif maka adalah lebih baik dia diam sahaja. Ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa: "Hendaklah kamu bersenyap lama kerana ia menjauhkan syaitan dan membantu engkau dalam soal agama." (HR Ahmad)

Sumber [utusanonline]

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: