MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Ulama' Di Malaysia Berperanan Cukup Penting

Kalaulah Tokoh2 Terdahulu Ini Masih Lagi Berada Di Malaysia
keadaan pastinya akan berubah sekelip mata

Namun, di mana katanya alim ulama' di Malaysia yang sama ada pro-kerajaan atau pembangkang yang berani menegakkan Agama Islam selain daripada berketayap, berserban dan bersongkok tinggi. Berani menggelar dirinya alim ulama' tapi tidak betul2 berani menampilkan diri memperbetulkan segala yang dilihat salah. Keadaan pada masa kini memerlukan alim ulama' yang berjihad kerana Allah s.w.t semata2 dan bukannya kerana kepentingan atau kedudukan. Masalah mengapa alim ulama' di Malaysia selalu dipinggirkan kerana mereka hanya berkepentingan dan bercakap seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin kerana takut popularitinya menurun atau bakal dicop kerajaan sebagai memberikan fatwa yang salah. Pepatah 'berani kerana benar' patut didokong oleh sekalian alim ulama' di Malaysia, dan bukan hanya mendokong material dan kekuasaan politik.

Kebanyakan Ahli Agama dan Ulama' hanya berbahasa sindiran dan retorik serta banyak menampilkan unsur sejarah di zaman lampau sebagai contoh. Sepatutnya, di zaman yang serba mencabar ini, mereka sewajarnya menggunakan pendekatan yang lebih tegas dan betul2 mahu merubah segala kesilapan yang dibuat. Zaman kini dipenuhi dengan pelbagai medium yang mencabar minda dengan penggunaan teknologi terkini dan canggih. Ulama' tidak boleh lagi hanya berdiam diri dan hanya menampilkan ciri2 rendah diri dan tawadduk jika ingin menampilkan perubahan. Kalau diikutkan, di zaman Nabi2 juga mereka mengangkat pedang untuk berjihad. Namun, ini bukan bermaksud Ulama' zaman kini perlu mengacu senjata untuk berjihad tetapi perlu memperlihatkan ketegasan secara lahiriah. Jika tidak, mungkin mereka akan terus dipandang sepi dan tidak dihormati.

Ayuh!!! Segera bangkit kerana benar ingin menegakkan syiar Islam. Kenapa perlu takutkan segala hukuman dunia jika di dalam jiwa dan sanubari hanya ada 1 agama yang perlu ditegakkan. Jangan dipolitikkan agama, itu saranan kebanyakan Ahli Agama dan Ulama', namun kalau benar bagai dikata usah hanya berpolemik sahaja, tunjukkan ilmu yang dianugerahkan TUHAN itu untuk tujuan meningkatkan lagi martabat Islam di Malaysia. Jangan pulak nanti kita dibahasakan sebagai berpegang kepada Ulama' yang berpendirian liberalisme.

Terkini, Dr MAZA perlu terus meningkatkan kesedaran ini di kalangan Ahli Agama dan Ulama' yang lain serta jangan takut kepada apa2 jua tekanan. Ini termasuklah kepada mereka yang pro-kerajaan atau pun pembangkang. Teruskan perjuangan dan jihad semoga segala pintu hati yang tertutup rapat bakal diberikan hidayah dengan kuasa Allah s.w.t. Insya Allah!!

SHAH ALAM - Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

“Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan,” katanya.

Menurutnya, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

“Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.

“Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul,” katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Asri, agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

“Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

“Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya lagi diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin.

Sumber [sinarharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: