MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Ulama PAS Perlu Terus DiMartabatkan!!

Jatuhkan juak Erdogan PAS dan kukuhkan pegangan Ulama di dalam PAS. Itulah matlamat yang harus dipegang oleh para perwakilan yang akan membuat pemilihan di dalam Muktamar PAS ke-57. Ini penting bagi menentukan hala tuju dan masa depan bukan sahaja kepada PAS itu sendiri tetapi kepada Ummah. Meskipun pelbagai isu yang diketengahkan oleh para Ulama PAS sering dibahaskan oleh UMNO-BN dan kadangkala dikritik secara sinikal namun golongan Pro-Ulama di dalam PAS masih dilihat amat perlu bagi menyeimbangi persekitaran politik di Malaysia.

Kedudukan juak Erdogan di dalam PAS di kala ini hanya sebagai batu loncatan kepada kemungkinan pengaruh PKR dan DAP semakin meluas. Namun, apa yang pasti sekiranya berlaku perubahan iklim politik di Malaysia, PAS dijangkakan masih tidak mempunyai kedudukan eksekutif tertinggi di dalam tampuk pemerintahan kelak. Para perwakilan perlu menentukan skop,hala tuju dan masa depan PAS yang begitu kritikal kerana Muktamar ke-57 ini akan menentukan ideologi dan cara berkempen tatkala PRU13 kelak. Apapun, ketika kerusi Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden bakal menemukan pakatan di antara Pro-Ulama dan Pro-Erdogan, para perwakilan wajar memikirkan ruang lingkup yang lebih besar daripada PAS itu sendiri. Kemenangan Pro-Ulama memungkinkan perpaduan bersama2 UMNO atau jika Pro-Erdogan menguasai tempat di dalam PAS maka sudah pasti PAS tetap dipinggirkan selepas PRU13. Undilah demi masa depan Malaysia, 1 Bangsa dan 1 Ummah. Hidup Pro-Ulama!!!! Takbir..

Jengah lagi kalau nak tau ulasan lanjut [Kempen Pro-Ulama]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: