MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Mayat Kerat 15 : Kanibalisme Merebak Di Malaysia?

♠ Posted by kayrozz in ,, at 8:18 PM
Gaya Kanibalisme

Ini versi kerat 18....SADIS!!
Tanda tanya bau busuk yang dihidu penduduk Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, sejak Sabtu lalu terjawab selepas penemuan beberapa anggota badan manusia yang dikerat lebih 15 bahagian, petang semalam.

Penemuan mayat seorang lelaki oleh penduduk yang memeriksa sebuah kediaman di blok berkenaan yang tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu itu selepas tidak tahan dengan bau busuk.

Seorang penduduk Shahril Abdul Rahman, 30, yang tinggal selang satu rumah dari kediaman itu mendakwa kira-kira jam 2 petang semalam mereka menemui sebelah kaki kiri yang disangkakan kaki patung.

Bagaimanapun, katanya selepas berulang kali diamati kaki berkenaan, mereka dapati kaki terbabit ialah kaki kiri manusia dan penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis.

“Pada jam 5.45 petang sepasukan polis dengan dibantu Unit Patalogis Hospital Ampang menemui lagi organ manusia seperti usus dan perut dalam mangkuk tandas di tempat sama kaki ditemui,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil pemeriksaan lanjut pihak polis menemui bahagian lain tubuh manusia yang sudah dipotong di atas siling bilik air sama.

“Bahagian lain tubuh mangsa itu dipercayai dipotong dengan objek tajam sebelum dibungkus dengan plastik,” katanya di tempat kejadian, malam tadi.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti identiti mangsa yang dipercayai dibunuh kurang dari seminggu.

“Polis percaya suspek tinggal di sekitar pangsapuri berkenaan dengan menjadikan unit kediaman itu sebagai tempat melepaskan ketagihan minuman keras.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis Selangor di talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.
Polis masih lagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan jantina mangsa kerat 15 tersebut. Selain itu, terdapat seorang mayat kanak2 ditemui di sekitar kawasan premis tersebut di dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun. Namun, mayat kanak2 tersebut lengkap jasadnya apabila ditemui.

Kerat guna senjata apa?

Dr Hannibal Lecter The Cannibal. Mona Fandey turun ilmu kat saper?

CSI Kayrozz : Kes ni memang menggemparkan sekalian masyarkat setempat khususnya dan di Malaysia amnya. Keadaan mayat dikerat 18 pernah dilakukan oleh Bomoh Mona Fandey berdekad yang lalu, namun ia bukanlah suatu jenyah kejam yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang bernama manusia kecuali mereka yang sudah hilang akal dan fikiran serta berimejkan syaitan dan iblis. Kes bunuh sudah menjadi suatu kekejaman yang serius, apatah lagi bila mayat tersebut dikerat2 bagi menghilangkan identitinya. Huh!! Inilah kezaliman buatan manusia, bukan HANTU atau JEMBALANG.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: