MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Mat Sabu Si Jendral Bintang 3

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 11:11 AM
MAT SABU BINTANG 3
JIKA ditakdirkan Tuhan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang disertai Mat Indera berjaya dan negara komunis diwujudkan di negara ini, nescaya Islam tidak akan menjadi agama rasmi Persekutuan dan PAS juga tidak akan wujud di negara ini kerana komunis tidak mempercayai agama dan menganggapnya sebagai candu masyarakat.

Dalam sistem pemerintahan komunis, hanya satu parti yang wujud iaitu Parti Komunis Malaya dan jika itu takdirnya, Melayu dan Islam akan merempat di tanah air sendiri dan tidak mempunyai kuasa seperti sekarang.

Prinsip utama komunisme ditulis oleh Karl Marx menjelaskan mereka tidak mempercayai Tuhan dan menyatakan agama itu adalah candu manusia. Walaupun dikatakan Mat Indera seorang guru agama, beliau tidak mampu mengubah dasar parti itu kerana corak pemerintahan PKM ialah memperjuangkan dasar parti itu bukan mengikut kehendak individu.

Sesuatu yang menakutkan pasti berlaku, Melayu tidak lagi mempunyai hak keistimewaannya dan tiada lagi Raja Melayu yang menduduki takhta di negeri ini. Sejarah juga membuktikan Islam yang berada di negara komunis akan ditindas, malah ulamanya akan dibunuh kerana dianggap berbahaya.

Disebabkan itulah, sebahagian besar umat Melayu beragama Islam tidak menyokong perjuangan komunis kerana mereka tahu kesannya sekiranya parti itu memerintah negara ini.

Adakah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden sebuah parti Islam terbesar di negara ini tahu kesannya sekiranya komunis memerintah negara ini atau beliau sebenarnya terlepas cakap dan akhirnya terpaksa menegak benang basah.

Tiada satu saat pun dalam perjuangan komunis yang berhasrat memerdekakan rakyat dan Tanah Melayu serta mengembalikan hak pemerintahan Tanah Melayu kepada orang Melayu.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, mendakwa Mat Indera yang memimpin pasukan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira.

Beliau juga mendakwa polis Melayu yang diserang Mat Indera ialah alat penjajah British. Jauh lebih daripada itu Mat Sabu juga mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang dianggap pejuang kemerdekaan sebenarnya pegawai British.

Persoalannya adakah Mat Indera itu pejuang kemerdekaan seperti didakwa Mat Sabu, jika begitu sudah tentu Setiausaha Agung PKM, Chin Peng juga seorang pejuang kemerdekaan walaupun sejarah menunjukkan dia membunuh dengan kejam penduduk di negara ini.

Sejarah negara tidak menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan untuk memberi kemerdekaan kepada anak watan Tanah Melayu daripada British dan jauh sekali untuk membentuk negara mengikut cita rasa rakyat. Mereka hanya mahu menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu.

Sebenarnya tiada kemerdekaan dalam ideologi komunis kerana rakyat tidak mempunyai hak dan kebebasan bercakap, memilih kerajaan dan memerintah. Apakah hidup dalam sistem komunis di anggap satu kemerdekaan? Jika Tanah Melayu diperintah komunis selepas British, ia ibarat lari mulut buaya masuk mulut harimau kerana kedua-duanya tiada kebebasan yang menjadi asas kemerdekaan.

Sejarah membuktikan komunis tetap meneruskan kekejaman dan membunuh orang yang tidak berdosa walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Itu bezanya komunis dan pejuang kemerdekaan sebenar di negara ini.

Untuk pengetahuan Mat Sabu, PKM sebenarnya alat British ketika penjajahan Jepun. PKM menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) kerana permusuhan antara kerajaan Komunis China dan Jepun serta bertujuan melindungi kaum Cina di Tanah Melayu yang paling teruk menjadi mangsa kezaliman Jepun.

Selepas British kembali menduduki Tanah Melayu, PKM masih bekerjasama dengan British. Namun, British tidak mahu mengiktiraf ideologi komunis dan ini menimbulkan penentangan PKM terhadap British.

Mat Sabu juga mendakwa sejarah negara adalah pembohongan. Katanya, sejarah negara kita menganggap Tok Janggut dan Datuk Burhanuddin Helmi sebagai pengkhianat. Saya tidak tahu buku sejarah mana dibacanya kerana sejarah Malaysia mengangkat semua penentang British (kecuali komunis) sebagai pejuang bangsa.

Sejak awal sejarah Tanah Melayu dan Borneo, nama mereka yang menentang penjajah dianggap wira tanah air. Nama seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Sipuntum (yang membunuh JWW Birch), Rosli Dhoby, Mat Salleh dan ramai lagi penentang British terus dianggap pahlawan tanah air dan termaktub dalam sejarah negara.

Justeru, Mat Sabu melakukan pembohongan apabila mendakwa mereka dianggap pengkhianat oleh Sejarah Malaysia.

Mat Sabu juga perlu ingat ramai orang Melayu memilih menjadi polis dan tentera kerana mahu mempertahankan tanah air mereka. Ketika komunis bermaharajalela dengan membunuh dan menyembelih orang kampung yang tidak sealiran dengan mereka, polis dan tentera inilah yang menjadi penyelamat membantu mereka tanpa mengira kaum.

Kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mat Sabu itu adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan PKM sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Kelantan

Markas komunis PAS di Jalan Raja Laut akan di gegar oleh Persatuan Bekas-bekas Polis dan Persatuan Bekas-Bekas Perajurit. pada jam 11 pagi ini 8hb September 2011.

Mereka akan menyerahkan memorandum mendesak PAS bertanggungjawab sepenuhnya di atas kenyataan Mat Sabu dan permainan politik kotor mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

Eloklah kita beramai-ramai ke Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala lumpur bagi menyokong perhimpunan aman tersebut! tunggu disana....

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: