MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Yahudi Agen Korupsi Minda Ummah

Yahudi memang satu kaum yang dikenali berilmu tinggi dan bijak dalam hal ehwal manipulasi dan mempergunakan orang lain demi kepentingan dan kemakmuran bangsanya sendiri. Kebanyakan para ilmuan dan cendikiawan serta hartawan di dunia pada masa kini secara majoritinya berasal daripada bangsa yahudi dan menetap di pelbagai ceruk rantau. Kita sering terleka dengan ajaran Yahudi yang katanya untuk menguatkan jati diri ummah tetapi sebaliknya sebagai agen korupsi minda dan boleh diibarat seperti duri di dalam daging. Berikut, di antara pengajaran mereka yang salah tetapi menjadi ikutan kebanyakan daripada kita. Renung2kanlah :
Hadis Rasullulah ada menyebut supaya kita sentiasa mengikut sunnahnya:

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”

Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Anda bagaimana?

kayrozz : mana yang baik dijadikan tauladan dan buruk patut ditingggalkan agar ilmu yang baik menjadi santapan rohani dan seterusnya dapat memberi manfaat demi kepentingan ummah masa depan.

Sumber Informasi Sejagat [anakseberang]

'Negara Ku No More' - Kata Lim Kit Siang

Betapa melampaunya seorang pemimpin parti chauvinist yang melemparkan kata mendidihkan hati seperti ini kepada Malaysia. 'Negara Ku no more' bererti Bukan Negara Aku Lagi. Sungguh tersiat2 bila melihatkan kebiadapan yang semakin menjadi2 sekarang. Sila klik dan jengah lagi apa ulasan [MiM] untuk artikel yang dinukil sendiri oleh Mahaguru DAPigs.

Malaysian Insider kaki kipas...Memang elok sangat!!!!

"Makan boleh sebarang makan, Pandai Tulis Pandai Tanggung Akibatnya Nanti!!"

Sumber Informasi Sejagat : [BlogMiM]

Jangan DiUlangi Tragedi 13 Mei

"Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu"

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab- sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Empat keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Rentetan Peristiwa Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.

  • Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.
  • Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio- ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969.
  • Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru- guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.
  • Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar- bandar sahaja. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
  • PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
  • Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
  • Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
  • Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
  • Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail .
  • Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.
  • Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.
  • Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang- orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu".
  • Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan .
  • Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.
  • Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

"Teguh dan kukuhkan semangat perpaduan berbilang kaum demi kejayaan Negara Tercinta"

[Bergambar] : Abang Salih Selamat DiNikahkan

♠ Posted by kayrozz in ,,,
Syabas dan Tahniah!!! buat Abang Salih Ngetop yang selamat diijabkabulkan oleh Tuan Kadhi Kulaijaya pada satu majlis akad nikah semalam. Pasangan Salih Yaakob dan Emi yang bernikah di Masjid Besar Kulaijaya disaksikan oleh beberapa rakan dan kenalan rapat serta saudara mara kedua2 belah pihak. Meskipun melafaz akad nikah sebanyak dua kali, namun Abang Salih masih lagi tetap tenang dan mampu mencuit hati sekalian jemputan dengan telatahnya yang bersahaja. Emi menerima hantaran sebanyak RM25,000 selain maskahwin sebanyak RM22-50 dan senaskah Al-Quran. Angka 25 tersebut diberitahu media sebagai mengambil sempena umur Emi dan juga tarikh lahir Abang Salih pada 25hb November. Pernikahan ini menamatkan spekulasi sebelumnya yang pernah diberitakan Abang Salih akan bernikah dengan bakal isterinya yang ke-4 selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Di dalam satu kenyataan rasminya, Abang Salih akan membawa keempat2 isterinya bersama2 11 orang anak mereka untuk bercuti di China selain mengambil kesempatan berbulan madu di sana.

Abang Salih memang ngetop!!!!!Chaiyok lah lu brooo....

Berikut beberapa keping gambar yang sempat dipaparazi :

Sumber Informasi Sejagat [anakseberang]

Siapa Kata AnuWAR Pemimpin Paling Buruk?

Mana ada AnuWAR Pandikutty pemimpin yang paling buruk? Salah jangkaan tu, malahan jauh meleset beribu2 kilometer jauhnya. AnuWAR pemimpin yang paling bangsat sebenarnya. Itulah kenyataan yang patut diminta PERKASA bagi mendapatkan pengakuan sebenar AnuWAR.

Kenapa AnuWAR pemimpin bangsat?
  • Menyebabkan jutaan rakyat termasuk aku sendiri terkapai2 mencari jalan kebenaran yang hakiki seorang pemimpin yang haprak macam AnuWAR. AnuWAR adalah pencetus kepada ideologi Melayu Membenci Sesama Melayu.
  • Banyak perlakuan salah laku moral yang telah ditonjolkan dengan bukti yang nyata, namun masih bersikap hipokrit dan tidak mahu mengakuinya sedangkan hanya dengan satu kenyataan SUMPAH memungkinkan terlerai segala kemelut. Namun, AnuWAR tetap Pandikutty!!
  • Pemimpin yang kerap menuding jari orang lain sebagai mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme tetapi sebaliknya dia sendiri yang mengamalkan sejak azali lagi.
  • Pemimpin yang selalu mencari kesalahan orang lain, namun bila dicabar mengenai kesalahan diri sendiri terus menikus dan mendiamkan diri.
  • Pemimpin yang menjadikan bahan carutan dan makian sebagai makanan berzatnya sewaktu memberikan ceramah dan road-tour.
  • Pemimpin yang mempunyai lidah bercabang dan kerap menukar identiti dirinya sendiri. Tidak ubah seperti cicak mengkarung yang berubah2 daripada nasionalisme kepada liberalisme serta tidak mustahil mempunyai idea komunisme (Malaysian Malaysia) di dalam dirinya.
  • Mengaku memberikan ceramah untuk menyatukan ummah Islam tetapi dia hanya menggunakan Islam sebagai platform mendapatkan kuasa dan tidak lebih daripada itu.
  • Bangsa dan Agama adalah mainan politik AnuWAR Pandikutty, justeru ia tidak membawa makna apa2 baginya bahkan negara sendiri pun sanggup digadai jika terpaksa.
  • Isu Lina Joy dan Komunis Chin Peng menurut kenyataan AnuWAR Pandikutty adalah dua isu berlainan yang patut membuka mata orang2 Islam dan bangsa Melayu sama ada patutkah AnuWAR ini layak diangkat sebagai pemimpin Melayu?
  • AnuWAR diramal mempunyai sindrom 'split-identity' yang akan digunakannya selama mungkin kelebihan ini untuk memaksa rakyat yang tidak rasional mengangkat darjatnya ke Putrajaya.
dan banyak lagi...........malahan terlampau banyak sangatnya!!!!

Klik untuk jengah apa kata [Tok Him]

Malaysia Bakal Cipta Rekod Pasangan Bercerai

Sejak Mashitah ni dah tak keluar TV untuk Forum Hal Ehwal Perdana, program tersebut masih berjalan lancar dengan kemunculan Dr Sharifah yang lebih mantap. Kini Mashitah nak cari publisiti sikit takut ramai peminat kat luar dah tak kenal macam mana rupanya sebab glamer dah hilang. Isu yang cuba dikupas Mashitah ini adalah konsep perceraian di Malaysia tetap dihalalkan untuk menyelesaikan kemelut wanita Malaysia. Dalam Al-Quran memang disebut tentang perkataan Talak yang dibenarkan. Namun, perkara Talak inilah yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t. Kenapa Timbalan Menteri ni tak ulas lanjut mengenai perkara ni? Lagi pulak dia sebut tentang masyarakat celik undang2, maksudnya undang2 nikah kahwin tak celik lagi tapi undang2 cerai dan talak aje masyarakat faham dengan teliti.

Perceraian bagi pandangan positif Mashitah hanyalah jalan paling singkat untuk selesaikan kemelut wanita di Malaysia. Alasannya, takut banyak kes yang bertimbun dan tak boleh nak diselesaikan. Sayugia aku nak maklum, kalau inilah pencapaian perundangan di Malaysia, maka aku percaya dengan sepenuh jiwa dan raga bahawa rekod 15 minit setiap pasangan di Malaysia bercerai bakal dipecahkan tidak lama lagi. Kalau nak lebih hebat boleh masukkan ke dalam Malaysia Book Of Records. Mashitah patut cepat2 cari statistik mengenai pasangan bukan Islam di Malaysia, cuba bandingkan tengok? Di mana silapnya institusi kekeluargaan di Malaysia ini? Jangan bila berdehem asyik nak ultra-seksis. Apa pentingnya wanita di Malaysia, begitu juga pentingnya lelaki. Apa sahaja kemelut isteri, pasti suami juga ada kemelut tersendiri. Statistik untuk sesuatu yang negatif sepatutnya diimbangi dengan kaedah untuk mengurangkannya dan bukan mencari alasan untuk lebih menambah impak negatif lagi serta mendatangkan implikasi di masa hadapan.

Perceraian selesai banyak masalah wanita

KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita.

“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.

“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan.

“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya.

Sumber : [beritaharian]

Klip MTV Panas!! : Lagak Berani Hero Malaya

Klip video ni memang dah banyak tersebar di kalangan bloggers. So, aku tampilkan aje kat blog ni sebab nak bagtaw capaian klip ni untuk 1 hari jer dah lebih 10,000. Wow!!! Memang menarik dan tertarik. Ye laa...kalau dah pelakon2nya memberikan aksi berahi dan mengasyikkan, orang yang nak pakat tengok pun mestilah beribu-riban ramainya. Cuma, MTV seperti ini sepatutnya tidak melibatkan seorang pelakon Melayu yang beragama Islam kerana ia tetap menyalahi syariat dan tatasusila mengikut adab2 ketimuran. Shah Jaszle patutnya lebih peka dan bersikap lebih sensitif di dalam isu ini kerana selepas ini yang mendapat tempelak dan nama busuk adalah dirinya sendiri. Tepuk dada, tanya selera beb. Anyway, kalau duit berlakon dah tak cukup dan nak layan klip murahan macam ni, lu dah macam tersalah ikutan beb. Ini bukan Hollywood boleh hentam sembarangan. Esok2 lu lagi teruk kena hentam. Kena tunggu jer lah apa kata bahagian penapisan, sahih dan konfom tak boleh nak lepas dan silap2 kena GAM.
Klip MTV yang terbaik daripada ladang bakal terbakor!!

Sumber : [duniacacamarba]

Edisi Potong! : ANU Yang Bernama

Kepada perogol bersiri, berita tergempar ini mungkin akan menjadikan mimpi paling ngeri seumur hidup anda. Siapa kata ANU tidak bernama. Sah Ada Nama!!! Bila ia boleh dijadikan bahan bukti, sudah tentu boleh dibawa ke balai polis kerana ia mempunyai tanda nama (name tag)..kih kih kih. Aku tak tahu berapa tahun nak meraung kalau dah hilang ANU. Menangis air mata asid pun belum tentu kalau disambung masih berfungsi lagi. Anu...Anu...kau ada nama rupanya. Itulah pasalnya, kalau dah dijadikan bahan bukti boleh tahu siapa nama si ANU. Atoyaiii!!!!

Wanita bawa kemaluan lelaki yang menyerangnya ke balai polis

DHAKA: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogol dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP

Sumber [beritaharian]

FC Barcelona : The World Greatest Team Ever

Kalau Pep Guardiola layan pic ni mesti nangis guling2 atas simen. Inilah team masa depan Barcelona yang berpangkalan di Kem Teluk Gersang dekat Bandar Ottabad, Pakistan. Pep dah janji nak bawak derang pegi main final Champions League 2011, tapi last minit terpaksa tunda sebab masalah terlupa saiz kasut. Kesian puak2 ni kena tinggal bas hidup2. Padahal dah berapa lama derang berlatih tu. Tak kira masa sebelum perang atau sedang berperang, mereka gigih turun padang training asah bakat mana2 yang tumpul...kih kih kih.

Apapun Pep Guardiola ada pesan suruh korang simpan Piala ni elok2 dalam kabinet.

Sketsa Barca Di Pagi Isnin!!!

AnuWAR Meliwat Minda Belia 1Malaysia

Realitinya Ketua Penipu Rakyat ini akan sentiasa mengekori strategi yang digunapakai oleh YAB PM Najib. Contohnya, bila PM Najib buat gig dengan Belia, AnuWAR Pandikutty pulak akan cuba ikut nak buat gig tapi pendekatan cabuknya yang biasa adalah menghalang rakyat daripada mendengar nasihat YAB PM Najib supaya para Belia sentiasa matang dan bersikap rasional. Sebaliknya kata Pandikutty penipu ni dalam 'gig'nya pulak, dia menyeru Belia di negara ini mencontohi amalan dan budayanya iaitu berperangai hipokrit dan buat salah laku moral serta beberapa lagi budaya negatif demi kejayaan negara yang tercinta ini.

Sila klik untuk jengah lagi apa kata [AnuWAR Pandikutty]

Bila AnuWAR Pandikutty menyeru Belia supaya jangan contohi YAB PM Najib, maknanya tidak secara langsung dia mengarahkan Belia supaya mencontohi perangai khufarat di dalam dirinya. Inilah dilema yang sepatutnya tidak berada di sudut hati Belia2 di Malaysia. Para Belia wajar bergabung tenaga dan terus bersatu menyokong kepimpinan YAB PM Najib di bawah payung dan semangat 1 Malaysia.

Berikut adalah inisiatif2 yang diumumkan oleh YAB PM Najib ketika berucap melancarkan program Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 di sini petang semalam. Inisiatif kerajaan ini adalah untuk mempersiapkan Belia di dalam memacu wawasan mereka di dalam aspek kepimpinan negara di masa depan. Enam inisiatif tersebut adalah :
  • Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya selaras hasrat kerajaan menjadikan pusat pentadbiran negara itu sebagai bandar raya mesra belia. Perbadanan Putrajaya diarah menyediakan kemudahan infrastruktur bagi taman itu termasuk tapak perkhemahan;
  • Mewujudkan Parlimen Belia untuk membolehkan wakil yang dipilih belia menyatakan pandangan, cadangan dan cita rasa golongan itu kepada kerajaan. Ia adalah persediaan untuk masa depan negara serta usaha kerajaan memahami pandangan, cadangan dan cita rasa belia bagi membolehkan wakil golongan itu berbahas usul dan kerajaan akan menimbangkannya;
  • Mewujudkan portal belia sebagai satu galeri untuk memaparkan kegiatan belia di seluruh negara;
  • Memperkenalkan Ikon Belia bagi menonjolkan tokoh belia dan remaja negara ini yang boleh menjadi idola kepada rakan lain. Mereka akan menjadi contoh kepemimpinan kepada belia;
  • Program My Corps untuk memupuk semangat khidmat sukarela di kalangan belia dan meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan golongan itu dalam segala kegiatan;
  • Program The Leader iaitu mentor-mentee yang boleh memberikan galakan ke arah mewujudkan belia yang berjaya dalam bidang keusahawanan, aktiviti sosial, pentadbiran awam dan profesional;

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama belia yang hadir pada Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, semalam. - Foto Sairien Nafis

Terkini!!! : Kaki AnuWAR Punya Kelentong

David Tiong akan melancarkan klip MTV terkini milik Ketua Penipu Rakyat khusus untuk pengikut2 totok AnuWAR Al-Juburi. Tajuk yang belum ditapis oleh FINAS ialah AnuWAR Ibrahim Kaki Kelentong Rakyat. PGayR juga akan menganjurkan peraduan mencari tajuk untuk Anughairah Tuhan kesayangan mereka ini bersempena dengan program 'AnuWAR Gila Bayang' ke Putrajaya lepas PRU13. Sesapa nak masuk peraduan ni boleh layari Al-Juburi.com untuk maklumat lanjut.

Hikayat Si Pundek yang tak habis2 kelentong rakyat

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI