MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

[PICS] : Harimau Baham Garuda - SYABAS HARIMAU MALAYA!!! -

Detik paling manis di dalam sukan bola sepak tanah air apabila skuad muda Harimau Malaya menundukkan pasukan Garuda Muda Indonesia di stadium keramat mereka Gelora Bung Karno. Dengan disaksikan oleh lebih 100,000 orang penonton yang membanjiri stadium dengan lebih jutaan lagi melihatnya melalui skrin televisyen, skuad muda bimbingan Ketua Jurulatih Ong Kim Swee, meranapkan impian 2 dekad Indonesia untuk mengenggam pingat emas Sukan Sea apabila kali terakhir mereka memenanginya pada temasya 1991.

Meskipun dirintangi dengan pelbagai kesukaran dan dugaan di sepanjang temasya Sukan SEA di Palembang, Indonesia ini, semangat juang yang cukup tinggi berserta disiplin dan azimat untuk membantu Malaysia meraih IBU kepada segala pingat emas ini, Skuad Muda Harimau Malaya akhirnya berjaya mencipta kejayaan yang cukup membanggakan seluruh peminat bola sepak dan rakyat Malaysia apabila mengalahkan Skuad Indonesia dengan aggregat 5 - 4 selepas penentuan sepakan penalti. [Kedudukan penuh 120 minit masa permainan, MAS dan IND terikat 1 - 1 melalui gol Gunawan Dwi Chayo, '4 dan Mohd Asrarudin Putra, '34].

SYABAS!!!!! Buat anak2 muda serta wira negara dan semoga sukan bola sepak akan terus berjaya menaikkan martabat Malaysia di persada antarabangsa. Semangat dan jiwa kental anda seharusnya menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia yang mencintai Tanah AirKu ini.

"HARIMAU BAHAM GARUDA!!!"

MALAYSIA : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Irfan Fazail, K. Gurusamy, A. Thamil Arasu, Mohd Nazmi Faiz, Zubir Ali

INDONESIA : Kurnia Meiga, Egi Melgiansyah, Octovianus Maniani, Gunawan Dwi Cahyo, Hasim Kipuw, Andik Vermansyah, Diego MIciels, Titus Bonai, Hendro Siswanto, Patrich Wanggai, Lucas Mandowen

- MALAYSIA TANAH AIRKU -

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI