MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Kembalilah Ke Jalan Yang Lurus!!!

Setahun bakal berlalu dan akan muncul tahun baru di alaf yang baru dalam beberapa hari lagi. Hilang 2012 maka akan muncul 2013. Tahun baru, maka azam pun nak yang baru2. Tapi agak2nya azam yang lalu tak kesampaian lagi, apatah lagi kalau azam pun tak pernah termaktub di dalam hidup (sama dengan ke apa yang aku tulis dengan diri aku sendiri??). Tepuk dada tanya selera makan esok nanti.

2012 bagi aku adalah tahun penghijrahan yang cukup besar ertinya buat aku di antara makhluk TUHAN yang diciptaNYA. Setiap nafas yang terhirup di dalam ruang lingkup atmosfera ini adalah cukup bermakna bagi empunya diri ini kerana masih lagi diberikan nikmat untuk meneruskan hidup dan memiliki REZEKI yang     sentiasa diberikan olehNYA. Syukur YA ALLAH atas segala kurniaan dan kesihatan serta limpahan REZEKI yang selama ini tidak pernah terfikir akannya. Segala dugaan dan cabaran yang telah dilalui merupakan suatu CUBAAN terhadap empunya diri ini bagi mengetahui sejauh mana daya tahan dan kepercayaan terhadap PENCIPTANYA. Secebis peringatan dan pehatian yang harus empunya diri ini lebih FOKUS dalam hidup bagi mencapai keberkatan di duniawi dan ukhrawi. Azam aku untuk 2013 adalah untuk kembali ke Jalan Yang Lurus!!! Sharing is caring...
Asas pembicaraan ilmu tauhid mempunyai empat perkara penting yang perlu dipelajari oleh semua umat Islam. Antara perkara tersebut ialah :
Uluhiyah
Uluhiyah adalah pengEsaan Allah dalam ketuhanan. Ketauhidan ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata, bersama rasa cinta, takut, mengharap, tawakal, gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah. Uluhiyah itu mengesakan Allah dalam ketuhanan, kerana dasar aqidahnya dibangun atas keikhlasan bertuhan. Dan dalam mendapatkan keikhlasan itu perlu pula kepada cinta yang amat sangat kepada Rabbul Izzah Allah Maha Esa. Firman Allah :
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai arasy yang besar." (At-Taubah : 129)

Dalam erti kata yang lain, uluhiyah juga dinamakan sebagai tauhid ibadah, kerana ubudiyyah merupakan sifat bagi seorang hamba untuk menyembah Allah dengan seikhlas hati dan bergantung segalanya kepada Allah.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun tidak memiliki bandingan yang dapat dikiaskan, tetapi dari sebahagian segi mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi, diantara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana, hakikat seorang hamba adalah hati dan rohnya, ia tidak boleh baik, kecuali dengan Allah yang tiada Tuhan selainNya. Ia tidak boleh tenang di dunia, kecuali dengan mengingatNya.
Nubuwwat
Tauhid Nubuwwat adalah tauhid yang berkaitan dengan perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah SWT untuk disampaikan kepada sekelian manusia. Mempercayai nabi dan rasul adalah salah satu daripada Rukun Imam yang wajib kita percayai. Andai kata seseorang itu tidak mempercayai tentang kewujudan para nabi dan juga para rasul, maka dia boleh menjadi kufur dan rosak akidahnya.
Sam’iyat
Maksud sam’iyat adalah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. Perkara sam’iyat juga boleh diberi maksud perkara yang berlaku di luar batas akal fikiran manusia yang wajib dipercayai sepenuhnya oleh umat Islam. Antara perkara-perkara sam’iyat ialah seperti :

  1. Hari Kiamat : Hari kebangkitan semula.

  2. Hari Akhirat : Hari kebangkitan selepas alam dunia.

  3. Alam Barzah : Alam kubur, siksaan kubur, nikmat kubur.

  4. Mahsyar : Tempat berkumpul manusia untuk menunggu perhitungan Allah.

  5. Mizan : Alat timbangan amalan baik dan buruk manusia.

  6. Buku Amalan : Setiap manusia akan direkodkan segala amalan baik dan buruk di dalam buku amalannya.

  7. Sirat : Titi yang merentangi neraka, akan dilalui oleh semua manusia.

  8. Neraka : Tempat seksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah.

  9. Syurga : Tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah.

  10. Dosa : Ganjaran buruk bagi orang yang tidak melaksanakan suruhan Allah. 

  11. Pahala : Ganjaran yang baik bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.
Mumkinat
Mumkinat atau mumkin bermaksud perkara-perkara harus yang boleh jadi ada dan boleh jadi tiada seperti perkara-perkara yang ada di alam ini. Mumkin Pada Akal ialah kita dapat menentukan atau menghukum sesuatu benda atau sesuatu zat itu boleh berkeadaan tertentu atau boleh pula berkeadaan tidak begitu. Contohnya “Langit mendung dan gelap, kemungkinan ia akan hujan nanti”. Maksud di sini langit tersebut boleh jadi hujan dan boleh jadi tidak hujan.

JOM LAYAN TAZKIRAH : [kerana ianya suatu kewajipan] <<--klik sinun

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI