MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

[Tragis Bergambar] 6 Jahanam MYVI Bunuh 3 Sekeluarga

Tiada kata sekesat bahasa mahupun makian berkoyan-koyan buat 6 pelumba haram lagi Jahanam & Maha Terkutuk yg telah mengakibatkan 3 sekeluarga terbunuh serta merta di lokasi kemalangan. Lebih menyayat hati apabila  salah seorang mangsa adalah bayi yg baru berumur 6 bulan saja. Innalillahi waainna illaihi raji'un. Ketiga2 mangsa dilaporkan tercampak keluar daripada kereta Mit Pajero Sport akibat rempuhan kuat salah sebuah daripada MYVI2 Laknatullah tersebut. Diberitakan juga keluarga malang ini mempunyai 2 orang cahaya mata lagi yg terselamat kerana tidak bersama sewaktu kejadian tragik ini.

Tidurlah anakanda semoga tenang di Syurga kelak

Dengarlah wahai pemandu MYVI yg dikutuk serta dilaknat Allah dalam kejadian ini. Bahawasanya kematian memang sudah pasti, namun menjadikan seorang bayi tidak berdosa sebagai cagaran nyawa demi menghalalkan nafsu serakah kamu dlm pelumbaan haram lagi jadah ini sedangkan di saat blog ini ditulis kamu masih lagi hidup dan menghirup udara segar milik Allah, amat2 menyamai diri kamu sebagai spesis yg terlalu taksub dan ego serta tidak takut mati. Sudah barang pasti peristiwa yg berlaku ini bakal merenggut ego kamu yg sebelum ini kental bak batu konkrit, melainkan otak kamu yg sudah disaluti kanker tahap 4 yg menjadikan jiwa kamu terus disaluti kemegahan menjadikan litar di jalanan sebagai kuburan utk orang2 yg tidak berdosa sedangkan kamu masih enak dibuai egomunafik. Sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia bakal menjadikan kamu bahan rujukan buat seketika demi nyawa seorang bayi yg tidak berdosa ini.

Semoga Roh Almarhum & Almarhumah yg terbunuh di dalam kemalangan ini akan dirahmati Allah dan diletakkan bersama2 orang2 yg beriman. Amin Ya Rabb..

AL-FATIHAH
 
Nak Lihat Gambar Sayu Dan Berita Lanjut : [KLIK SINI]

Sumber : thehypemedia.com

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: