♠ Posted by kayrozz at 4:07 PM
Salam Sejahtera...
Proton Edar merupakan suatu nama yang cukup unggul dan ternama di dalam bidang automotif negara. Khusus diwujudkan bagi memberi ruang perniagaan yang cukup luas dan relevan kepada masyarakat yang peka terhadap perkembangan industri jual beli automotif. Sejak ia ditubuhkan bagi menjadi pusat pengedar kereta nasional atau PROTON, kita dapat lihat dengan jelas banyak pihak tidak kira daripada vendor sehinggalah ke penjual kereta mendapat manfaat yang cukup besar ertinya. Edaran Otomobil Nasional (EON) yang merupakan abang sulung kepada Proton Edar terpaksa memberi ruang kepada Proton Edar yang juga suatu dahulu dikenali sebagai USPD, bertapak dan memberikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat Malaysia khasnya dan pengguna luar negara amnya. Peningkatan dari segi pertusan jualan yang amat mendadak di kalangan kereta PROTON sejak ia ditubuhkan amat menggembirakan semua pihak yang tersebut. Setiap tahun, kerajaan juga mendapat habuan dari segi pembayaran cukai eksais dan juga jualan. Impak kewujudan Proton Edar ini tidak dapat dinafikan dapat memacu kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat dan membangun. Namun, itu suatu ketika dahulu, ketika ia menikmati zaman puncak. Tetapi apa telah jadi dengan Proton Edar sekarang?
Ibarat hidup segan, mati tak mahu.. sedangkan kejayaan beberapa model luar negara yang dapat menembusi pasaran tempatan, di manakah kebanggaan kita selama ini terhadap jenama buatan tempatan? Proton merpakan nama yang simbolik dan penuh dengan patriotik. Semangat PROTON seharusnya tidak sewajarnya dipadamkan disebabkan oleh segelintir pihak yang terlalu merebutkan sesuatu untuk kepentingan sendiri. Jangan diibarat seperti "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong keciciran". Sesuatu yang mempunyai pemilikan sepenuhnya oleh sesebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia wajib dijaga dan ditatang dengan penuh rasa hormat, dedikasi serta komitmen yang tinggi. Mudah sahaja hendak menyatakan di sini, "Tinggalkan sahaja sesuatu amanah jika berat hendak dipikul, Jika digendong juga kerana terpaksa maka akan terbit rasa amarah dan pekerjaan tanpa keikhlasan". Jadi siapa yang akan mendapat bahana?Siapa yang akan manjadi mangsa?
Jangan menjadi ibarat Pak Sanggup, menadah kepala yang sudah tentu terpancung dengan sendirinya meskipun parang belum terhayun. Fikirlah dengan matang sebagai Pemimpin, oleh sebab itu setiap keputusan yang perlu dan seharusnya dibuat dengan pantas dan efisien, patut disegerakan. Sampai bila wahai Pemimpinku? Sampai Bila? Sudah terlalu lama kita menunggu akan kesudahan episod cerita Proton dan VW. Bilakah ia akan tamat bagi meredakan spekulasi yang tidak berkesudahan ini? Masa depan PROTON memang berada di tangan anda. Fikirkan sesuatu yang dapat memberi kepuasan paling minimum bagi mereka yang terlibat. Apakah terlalu siksa untuk memikirkan soal hidup mati ini? Umum tahu bagaimana wadah politik yang terancang di dalam PROTON, sehinggakan untung berbilion boleh bertukar kepada rugi bermilion. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah tahap kejuruteraan dan pembangunan automotif PROTON terlalu cetek ilmu pengetahuannya? Jadi siapa sebenarnya yang memimpin PROTON sekarang ini? Bangkitlah berfikir, usah terlalu lama terdodoi dengan dengkur yang kuat kerana dunia sekarang sudah maju beribu tapak ke hadapan.
HIDUP PROTON.........HIDUP PROTON.......HIDUP PROTON
0 comments:
Post a Comment