Maznah Ismail @ Mona Fandey, Juraimi Hussien & Mohd Afendy Abdul Rahman
Mungkin, ramai yang sudah lupa malah tidak tahu siapakah itu Mona Fandey
Terutamanya generasi masa sekarang...
Kes pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Mona Fandey, suaminya, dan juga pembantunyaadalah Kes Pembunuhan Paling Kejam yang pernah berlaku terhadap ahli politik di Malaysia!
Maznah Ismail ( 1956 - 2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey adalah seorang penyanyi dan juga bomoh yang berasal daripada Perlis.
Beliau pernah menerbitkan sebuah album yang bertajuk Diana 1 pada tahun 1987 namun tidak begitu mendapat sambutan.
Meremang bulu tengkok letak video ni kat blog #alahai
Lagu ni kalau dengar lepas tengah malam lagi meremang bulu2 yang ada.
Album Mona Fandey- Diana 1
Albumnya hanya meletup setelah Mona Fandey menjadi perhatian ramai dengan kes2 kontroversinya.
Pada tahun 1991, beliau menggemparkan dunia seni tanah air apabila beliau didakwa mempunyaipulau persendirian di selatan Thailand.
Beliau dan suaminya, menjadi artis pertama Malaysia yang memliki sebuah pulau persendirian seluas 4800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.
Mereka juga didakwa membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket, dan Pattaya dengan harga RM 5. 8 Juta pada 1990.
Juga, mereka gemar mengumpul kereta sehingga memiliki 5 BMW, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.
Mona Fandey dibawa polis ke Mahkamah untuk perbicaraan
Kisah ngeri ini bermula apabila berita kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan BatuTalam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris pada tahun Julai 1993.
Rupanya2, allahyarham telah dibunuh dengan kejam oleh Mona, Affandey dan juga Juraimi sewaktu upacara mandi bunga yang dilakukan oleh mangsa secara berbaring di bilik air sebuah ruamh yang tidak bernombor di Raub, Pahang..
Khabarnya, upacara mandi bunga itu dilakukan bagi meningkatkan lagi kekebalan dan pengaruh mangsa dalam bidang politik.
Kepala mangsa telah ditetak sebanyak 3 kali sehingga putus
dan anggota badan mangsa pula dipotong kepada 18 bahagian!
Semuanya ditanam di dalam lubang yang telah digali sedalam 1.8 meter!
Ilustrasi 18 keratan ke atas mayat ADUN Batu Talam
Selain cara pembunuhan yang begitu kejam, kes ini menjadi tumpuan hangat kerana ini adalahkes terakhir yang menggunakan khidmat juri dalam perbicaraan.
Sewaktu perbicaraan, ketiga2 suspek kelihatan begitu tenang dan selalu berjenaka kepada wartawan2
Tumpuan pastinya kepada Mona Fandey kerana cara berpakaian beliau yang sangat menarik dan ranggi ketika menghadiri perbicaraan..
Antara penampilan ranggi Mona Fandey sewaktu perbicaraan
Berikut adalah lakaran songkok dan tongkat sakti milik Datuk Mazlan yang didakwa boleh menjadikannya kebal, kalis peluru, kaca dan juga sakti.
Songkok dan tongkak sakti tersebut hendaklah dipakai bersama2 pengguna bagi mendapat kesaktiannya itu.
Malangnya, pada malam tersebut, songkok dan tongkat sakti tersebut tidak berada di tangan mangsa.
Dan itu memudahkan lagi kerja suspek untuk membunuh mangsa.
Juraimi - Pembantu & anak angkat Mona dan Mohd Afendy
Sewaktu perbicaraan, terdapat sedikit percanggahan maklumat di antara Mona dan Affandey, dengan Juraimi.
Juraimi mendakwa mereka bertiga sudah bersepakat untuk membunuh Datuk Mazlan dan menetak lehernya apabila mendapat arahan daripada Mona dan Affandey.
Namun, Mona dan Affandey pula mendakwa Juraimi hilang pedoman dan menetak kepala Datuk Mazlan sebanyak 3 kali sehingga putus.
Akhirnya, Mahkamah Tinggi Temerloh telah menjatukan hukuman gantung sampai mati kepada ketiga2 suspek kerana berniat dan melakukan pembunuhan.
Semuanya kerana wang ringgit dan harta...
Pada subuh 2 November 2001, Mona, Affandi, dan Juraimi telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan.
Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan bersebelahan di Kajang dan Juraimi pula dikebumikan di kampungnya di Pelabuhan Klang, Selangor.
Aduyai, kisah pembunuhan ngeri ini sampai sekarang tak boleh nak diterima dek akal..
Terlalu seram woo....
Aku duk tulis pasal ni pun asyik duk toleh belakang je.. Seyes cuak!
Ada jugak yang mengatakan, pada saat2 akhir kematiannya,
Mona Fandey mengucapkan, " Aku Takkan Mati!" sebelum beliau menjalani hukuman gantung itu.
kayrozz : Kini selepas bertahun berita kes pembunuhan ini lenyap begitu sahaja, tersiar artikel yang menyatakan lokap yang menempatkan Mona Fandey dan Mohd Afendy sewaktu di IPD Raub kembali menjelma dengan kisah misteri Mona Fandey :
Mona Fandey...kes pembunuhannya membawa kepada 1001 misteri
NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.
RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.
Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.
Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.
Thank you a bunch for sharing this with all people you really recognise what you're speaking approximately! Bookmarked. Please also talk over with my website =). We will have a link trade contract between us

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Si Mati supaya kesemuanya masih dan tetap di dalam keredhaan Allah s.w.t. Insya allah....Aminn.
1 comment:
Anonymous
said...
Thank you a bunch for sharing this with all people you really recognise what you're speaking approximately! Bookmarked. Please also talk over with my website =). We will have a link trade contract between us
1 comments:
Thank you a bunch for sharing this with all people you
really recognise what you're speaking approximately! Bookmarked.
Please also talk over with my website =). We will have a link trade contract between us
my site Atmos vaporizer
Post a Comment