MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Mat..nasi lemak dua bungkus.

♠ Posted by kayrozz at 10:12 PM

Kisah benar ini pernah aku lalui sewaktu aku sibuk mempersiapkan diri menjelang MASUM di USM. Elok aje lepas maghrib aku didatangi senior merangkap kapitan yang diberi nicky Mat B. Sampai aje kat depan aku terus dia duduk bersila dgn kain gombang ala2 lalong....dia saper aku "Chot, aku ada satu cerita la...tengah bosan ni, kau tolonglah layan citer aku kejap". Demi untuk tidak mengecewakan kapitan, aku pun bilang, "Lu, citer lah bang..aku layan jer nie, tapi kalau nak bagi citer seram tunggu malam sikit waktu bulan mengambang sebab senang sikit hantu nak lalu lalang". "Ish..mana ada chot, ni citer betul la beb".

Lalu kapitan aku pun mula bukak gelanggang penceritaan dia. Nak dipendekkan citernya, lebih kurang begini. Di hujung kampung arwah atuk dia ada dua orang anak angkat puak pribumi yang memang tak pernah nak keluar kampung disebabkan anti-sosial yang tahap maksimum. Siang dan malam, pagi dan petang hanyalah merayap di sekitar kampung, buat keja2 kampung dan mempunyai semangat kampung yang tinggi mengalahkan Tok Ketua Kampung tu sendiri. Tapi pada satu hari Tok Ketua Kampung (TKK) datang menjenguk mereka berdua kerana ada berita penting yang ingin disampaikan, nak dijadikan asbab dua orang makhluk tuhan ni (namanya disebut terang oleh Kapitan aku iaitu Tam dan Mat...aku ingat lagi) sebenarnya terpaksa jugak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur aka KL untuk menguruskan surat pajakan tanah bagi mewakili puak pribumi di kampung tu. Disebabkan penduduk lain yang sudah uzur dan tua serta selalu gering, dalam hati yang sendu lagi sedih malahan ketakutan tahap gaban, nak tak nak terpaksalah mereka berdua tetapkan hati dan iman ke KL.

Esoknya juga sebelum subuh Tok Ketua pun temankan Tam dan Mat ni ke stesen bas yg berdekatan. Selesai aje dibelikan tiket bas pergi dan balik, Tok Ketua berikan nama orang (Undai) yang akan menunggu mereka di KL nanti. Lalu tepat masa perjalanan, bas pun meluncur laju membelah hening subuh membawa Tam dan Mat ke destinasi yang tak pernah mereka sampai sebelum ini. Tok Ketua pun cuma berpesan, "Tam...Mat, sampai KL nanti kau berdua ikut ajer cakap si Undai tu, kalau tak faham tanya, Undai akan tolong kau berdua selesaikan masalah di kampung kita ni".

Lepas aje di Tol Sg Buloh, Tam dan Mat dah terkebil2 melihatkan fenomena bandar yang penuh dengan hutan batu yang bertingkat2 lagi memukau mata memandang. Mereka berdua betul2 kagum dengan segala pemandangan indah serta tahap kemodenan yang tidak pernah mereka lihat selama hidup. Sayup-sayup azan asar berlalu, mereka pun berlabuh di stesen pudu raya dan terus mendapati Undai sudah siap siaga menunggu di platform 23. Selepas memperkenalkan dirinya, Undai terus membawa Tam dan Mat check-in di sebuah hotel ala2 4 bintang di tengah bandaraya KL. Bilik penginapan mereka berdua terletak di Tingkat 10. Tam dan Mat memang tak menolak pelawaan Undai, sebab mereka memang ingat pesanan Tok Ketua. Undai terus berpesan, "Malam ni kau berdua berehat aje di hotel nie, jangan ke mana2, ni aku dah bekalkan nasi ayam, esok pagi aje aku datang untuk selesaikan urusan kampung tu". Tanpa bersoal-jawab, Tam dan Mat menurut perintah Undai.

Lepas aje mandi hadas kecil, Tam terus bertanya kepada Mat, "Mat, Si Undai bilang malam ni kita makan nasi ayam, kau lalu ke nak makan nasi ayam ni? Apa ke giler Si Undai nak kasi kita makan nasi ayam, nasi orang makan tak da ker?". Mat terus terpaku dan membalas,"Betul gak tu Tam, kat kampung kita ayam ajer makan nasi, kalau camtu biar kat situ ajer Tam, nanti kita bawak balik kampung kasi ayam makan". Lalu, berlaparlah mereka berdua malam tu tanpa perut diisi sebarang makanan.

Lebih kurang pukul 7.30 pagi keesokan harinya, "Kriut!Kriut!Kriut!...", bunyi perut Tam bagi melambangkan tahap kelaparan tanpa batasan lagi. "Mat! Mat!...bangun la oii...aku tengah lapar giler ni, kau pergilah cari makanan, semalam aku sampai bermimpi nak makan nasi lemak sebungkus". Mat yang sedang terpalit rasa ngantuk terkebil2 memandang muka Tam lalu membalas, "Yelah...yelah, aku pergilah sekarang ni carikan nasi lemak kau tu". Selepas memakai attire rapi seluar track bottom kaler hitam dengan t-shirt merah jambu, Mat terus turun ke bawah untuk mencari kedai makan. Selang 3 minit, hati Tam terdetik, "Alamak, mana cukup nasi lemak sebungkus nie, kalau kat kampung pun makan pagi kurang2 ubi rebus paling tidak 2 gugus". Tam terus berlari ke balkoni @ anjung bilik dia dan mencari2 Mat di bawah. Ternampak aje kelibat Mat dgn baju kaler merah jambu terus ajer si Tam menjerit2 panggil nama Mat di bawah, "MAT!...OIIII MAT! BELIKAN AKU NASI LEMAK DUA BUNGKUS", berulang2 kali Si Tam menjerit nama Mat di bawah umpama orang separuh gila di alam sedar. Kat kampung kalau jerit kurang daripada ni pun memang dah disedari Mat, lalu Tam pun dah kebingungan dengan sikap Mat bila di KL ni. Jeritan dan pekikan Si Tam yang dari tadi terpekik terlolong macam org disampuk setan, membuatkan security guard hotel tercungap2 masuk ke bilik Tam lalu bertanya,"Kenapa ni encik, ada masalah besar ke?". "Ehhh...tak der laa bang, saya nak panggil kawan saya di bawah tu nak mintak dia belikan nasi lemak dua bungkus", Tam termengah2 menjawab disebabkan kepenatan menjerit tadi. "Oh....macam tu ke encik? Ni saya ada bawakan teropong ni, cuba encik pastikan kawan encik yang di bawah tu, ye laa mana tahu orang lain pulaknya", Security Guard mencelah bagi niat ikhlas membantu dan mengurangkan tekanan jiwa yang sedang dihadapi Tam.

Sementelah aje, Tam meneropong ke bawah, "Humanghaiiihhh!!!!.....betul laa encik memang kawan saya yang kat bawah tu, terang dan jelas betul muka dan gambar dia dalam teropong ni". Dengan penuh selamba lagi penuh bermakna, terus ajer Tam dengan nada membisik (macam orang bisik2 atas katil tuuu)........nak tau apa dia kata "Mat....nasi lemak dua bungkus mat". Sejak daripada peristiwa itu, Tam dan Mat terus diarahkan balik ke kampung bagi menjalankan rutin harian mereka tanpa gangguan, itu pun sejurus Tok Ketua mendapat laporan bedah siasat daripada Security Guard yang kini telah dinaikkan pangkat ke Kapitan.

Kepada Mat B....lu memang Biol...
Aku layan tidur lagi baik......esok ada game.

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

1 comment:

-HeLiNa- said...

ok gak citer ni....hahaha