♠ Posted by kayrozz at 1:21 PM
Wahai Sang Pembunuh...
Kenapalah masa kecil2 dahulu tidak kau direjam ke batu sampai kau mati bergelandangan..
Mengapalah sewaktu kau dikandungi tidak saja kau mati dlm keguguran..
Bagaimana engkau yg dikandung 9 bulan, yang didoakan supaya menjadi makhluk yg terbaik, kini menjadi makhluk perosak dan pemusnah..
Biarlah kau mati sekarang daripada kau terus dibiarkan hidup untuk membunuh jasad org lain..
Matilah engkau dalam kesiksaan sebagaimana engkau menyiksa orang lain..
Sesungguhnya baru engkau tersedar daripada lena duniamu bahawa keangkuhan dan kebiadapanmu di dunia ini akan dibalas dengan siksaan yang maha dahsyat lagi menyiksakan di akhirat nanti..
Apakah dosa mereka sebenarnya? Apa perlu sehingga engkau merentap nyawa dan memusnahkan jasad insan2 yang tak berdosa ini..
Dapatkan kau kedamaian hati? dapatkah kau segunung emas permata? dapatkah kau pangkat umpama maharaja? dapatkah kau jutaan ringgit yang kau puja? dapatkah kau dunia yang kau sangka sempurna? dapatkah kau cinta abadi yang kau pinta? dapatkah? dapatkah? dapatkah?
Tiada bangkai sebusuk binatang seumpama matinya baru seminggu boleh dibandingkan dengan perwatakan yang kau cuba dendangkan di pentas dunia..
Nyata dan sebenarnya bahawa kau hanya sebaris dgn bangkai binatang malahan lebih teruk dan hina daripada spesis tersebut..
Bangkai anjing masih dikasihani daripada terus dilenjan oleh ganasnya aliran trafik di jalanan, tapi untuk bangkai binatang seperti kau hanya selayaknya dibiarkan sahaja cebisan jasad dilenyek pipih dan menghilang terus dari pandangan mata..
Biar terus bangkai binatang seperti kau tiada berkubur dan bernama, kerana mengingati sejarah penghidupanmu di dunia diibaratkan sebagai terpahat duri siksa yang bukan kepalang di hati ini..
Terlajak perahu boleh diundur....terlajak perbuatan buruk padahnya..
Berani kau berlagak umpama tuhan yang mampu mengatur segalanya..
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersembam ke tanah jua..
Tiada kasihan dan simpati akan diumumkan kepada binatang seperti engkau..
Tempat kau adalah neraka jahanam yang akan terus-terusan menjadi kediaman sehingga ke akhir hayat kau di akhirat kelak..
Biar tubuh kau terus dijilat kembali dengan segala hasad dengki dan khianat kau selama ini..
Sesungguhnya tidak terampun dosa2 silam kau yang penuh dengan sifat2 keji lagi terkutuk..
Matilah kau wahai sang pembunuh dalam kesiksaan...
Kesiksaan yang penuh azab dan penuh sengsara..
Biar kau tahu bahawa nikmat hidup itu lebih bermakna daripada mati..
Tapi....sayang semuanya sudah terlambat untuk kau meminta ampun..
30 OGOS 2010
Al-Fatihah untuk kesemua mangsa pembunuhan kejam dan tragis pada malam 30/08/2010 :
Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, 47
Allahyarham Kamaruddin Shamsuddin, 44
Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim, 32
Allahyarham Noorhisham Mohamad, 38
Semoga sekalian roh2 mereka ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh dan solehah...
AMIN YA RABBAL A'LAMIN..
ALLAHU AKBAR!!!!
1 comments:
Al-fatihah.....
Post a Comment